Friday 16 May 2014

Seusia Hidupku

***

Hari ni rumah kosong dengan manusia, kosong dengan perbualan mereka. Rumah juga kemas, fikiran tenang. Hati lapang. Sesekali kita perlu menyendiri untuk memuhasabah diri, kan kawan?

Dalam seminggu selepas balik dari bermusafir, diri makin matang dalam menilai erti kehidupan dan mengenal diri sendiri dan manusia lain. Benarlah musafir adalah ubat untuk kegelisahan hati, insyaAllah jika betul niat dalam bermusafir.

Setelah balik ni saya dah habiskan dua buku karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, post-post terbaru beliau tidak saya lepaskan juga. Walaupun saya tahu ramai yang telah membaca karangan beliau yang bertajuk 'Rindu Bau Pohon Tin' dan 'Secangkir Teh Pengubat Letih' lama dahulu berbanding saya yang baru merangkak-rangkak membaca tulisan beliau. Tapi saya yakin, ada hikmahnya Allah menetapkan saya membaca masa sekarang bukan pada waktu dulu. Alhamdulillah ala kulli hall..

Membaca menyebabkan saya mengetahui banyak perkara terutamanya tulisan beliau. Saya mengenal dunia yang berbeza dengan apa yang kita lalui hari-hari. Kisah di Jordan, kisah di Turki dan negara-negara lain yang pada pandangan kita yang kita pandang dengan pandangan kosong dan keliru. Ada yang berkata luar negara itu indah ada pula sebaliknya. Benar kita tidak akan tahu perkara yang sebetulnya tanpa melalui apa yang mereka rasa.

Episod hidup saya amat rumit, saya bermula dengan menjadi manusia pengikut. Ikut orang suruh, semua saya buat. Sehinggalah saya belajar sekarang untuk menjadi manusia yang menjadi dirinya sendiri. Namun, sekarang juga masih terumbang ambing dalam menjadi seorang manusia yang tetap dan teguh dengan pendirian.

Takdir meletakkan diri saya pada sebuah pelajaran untuk saya menganalisis setiap apa yang terjadi di sekeliling saya. Menganalisis keputusan yang perlu saya buat, sama ada lebih banyak buruk daripada baik ataupun sebaliknya. Menganalisis untuk membuat kebaikan lebih dan memimumkan keburukan.

Hati sebenarnya terusik dengan ketidak berdayaan saya menganalisis apa yang saya baca dan tidak mampu hadam dengan baik apa yang saya baca. Terkadang hidup ini terasa kosong dan celaru apabila pembacaan tidak diterjemahkan kepada penulisan dan perkongsian. Saya ditakdirkan hidup dalam keadaan yang tidak berapa pandai untuk bercakap dengan baik dan indah seperti mereka yang sangat pandai dan mengusik jiwa apabila mengeluarkan patah-patah kata. Saya akan kaku apabila berhadapan dengan ramai orang untuk memberikan sepatah kata. Itu mungkin kerana diri saya yang tidak mahu untuk belajar dan mengubah keadaan diri.

Namun, saya sering mendengar, tulislah inan. Tulislah untuk kau tinggalkan apa yang sepatutnya, untuk mengutip pahala apabila orang membaca tulisanmu. Kelak kita akan mati, jadi tinggalkanlah sesuatu yang berharga dan membuatmu gembira di akhirat sana. Oleh itu, saya mengambil inspirasi mereka-mereka yang tidak jemu untuk menulis segala apa yang mereka fikirkan dapat mengubah dan mengajarkan umat bangsa akan bahagianya kita dengan Islam. Indahnya Islam dan ruginya tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan.

Saya berharap agar dengan penulisan ini bukanlah suatu tulisan yang sia-sia. Tetapi tulisan yang mampu untuk mencambahkan jiwa lain untuk menyemai Islam dalam diri mereka juga diri saya.

Allah, kami hamba yang hina. Bantulah kami dalam menempuh duri ranjau dunia dalam mengemis redha-Mu. Ameen Ya Rabbal Alamin..


----
inanNaurah
1124am
20140517







Monday 12 May 2014

Rindu pada tangan yang berteleku

***

Bau-bauan kertas itu yang aku rindu..
Terletak dekat pada mata, tetapi sungguh jauh pada hati.
Sudah lama tangan ini berteleku,
Berkira-kira untuk menulis yang mana,
Berusaha mengingat memori yang lama,
Namun semakin dipinggir keterbatasan masa,

Bau harum kertas itu semakin memekar kini,
Kuhujani dengan cairnya lipatan,
Sudah terlalu lama aku hilang dengan permainan duniawi,
Terkapai-kapai sendiri menanti pena yang menari,
Bukan sahaja pena, bahkan jari pun sudah berhenti.

Terasa kosong dengan kemalasan dan penangguhan,
Terasa berat dengan perkongsian yang semakin tidak dipeduli,
Kini aku bangkit kembali, mencari lagi makna diri pada memberi.



--------
inanNaurah
530pm
20140512



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad