Sunday, 27 January 2013

bak beauty & the beast, ikhlas menerima,,




Ikhlas itu bebas, tak tergugat dengan pujian dan tak rasa hina dengan celaan..
diri tak mengharapkan keredhaan manusia kerna hanya Allah yang diutama..
diri redha dengan segalanya kerana sudah terikat kemas dalam diri,
yang ada hanya Dia..
Dia yang Satu.


Saturday, 26 January 2013

kau warnakan hidupku


***

Alhamdulillah, selesai kelas pengajian hari ini, kelas yang memberi seribu erti,
permulaannya pada awal bulan yang lepas menjadikan kelas pada hari ini sudah yang keempat kalinya..

pengajian yang mencambah banyaknya pinjaman ilmu daripada Dia, tentunya amat bermakna,
bukan sahaja untuk diri sendiri saya pasti ia juga pasti bererti untuk semua jiwa-jiwa yang hadir pada hari ini.

melihat muka para dai'e yang gigih berusaha demi menunaikan tanggungjawab memberi ilmu kepada kami, membuatkan hati saya terdetik,

Ya Allah, cekalnya mereka.. Ya Allah mampukah untuk aku menjadi persis mereka,
gigih mendidik anak bangsa demi membangunkan cinta kepada-Mu,

teguh memberi nasihat bukan hanya inginkan secicip rezeki tetapi mahu berkongsi rezeki ilmu yang telah Kau kurniakan pada kami..

mampukah aku Ya Allah.. mampukah aku juga menjadi sebegitu mulia..

doakan saya ya..



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah, Malaikat, Ahli (penduduk) langit dan bumi hinggakan semut di dalam lubang dan ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajarkan perkara yang baik kepada manusia." (Hadith Riwayat al-Tirmidzi)





Friday, 25 January 2013

'Cemburu itu Derita'

***

"Tak acilah, dia dapat lebih.. orang dapat sikit je.." Zia membentak sambil mencebik masam
"Mana ada, umie bagi sama je.."
"Tak.. umie plih kasih, kakak nak jugak macam adik punya.."

Puan Raihana senyum dengan celoteh anak sulungnya. kadang-kadang cemburunya melebih-lebih dengan adik sendiri. semua yang adiknya dapat akan direbut juga.

"Zia.. kan umie dah belikan semalam, kali ni giliran adik pula. sama je, tak lebih tak kurangnya pun." Puan Raihana memujuk lembut.

Zia tetap menggeleng-gelengkan kepala. tanda berkeras mahukan apa yang adiknya baru sahaja miliki.

***

"Cikgu, saya nak jawab cikgu.. saya pun tahu jawab juga, bukan Anis sorang je.."
"Ya Zia, silakan.."
"Emm... Errr.. saya rasa.. saya tak tahulah cikgu.."
"Zia, tadi awak yang beria-ia nak jawabkan?"
"Saya.."

***

"Yeay, aku dapat hadiah daripada ayah aku.. cuba kau tengok ni Zia, cantik tak?"
"Huh! tak cantik langsung la Hana.. dahla tu ni mesti ayah kau beli sebab nak pujuk kau tak dapat temankan kau ambil rekod kelas nanti kan?"

Hana diam.. terkesan dengan kata-kata Zia, dalam hati ada juga membenarkan kata-kata kawannya itu. dia mula bersangka buruk dengan ayahnya dan jiwanya juga memberontak memarahi ayahnya.

***

"Zia, aku dah dapat kerja sambilan dekat kedai hujung sana tu, Alhamdulillah.."
"Eleh, bukan bagus sangat pun. gaji ciput je, kalau dapat kerja yang gaji besar sikit kan lagi best."

***

dalam hatinya hanya ada cemburu. tidak senang akan kelebihan yang diperolehi oleh orang lain. hatinya senantiasa rasa tidak tenteram. rasa sakit hatinya. tidak ada kebahagiaan dalam setiap perkara yang dia lalui, hatinya sentiasa memberontak mahukan apa yang orang lain miliki.

ketahuilah..

cemburu itu hanya menderitakan jiwa..

berlapanglah dalam menerima kelemahan diri,
bersyukurlah dengan kelebihan yang ada..

sesungguhnya Allah sudah takdirkan yang terbaik untuk dirinya dan juga dirimu,
dan pastilah itulah yang terbaik untuk kita setelah kita sudah berusaha sehabis
mampu yang ada. in sha Allah. ^___^


"Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada hamba kepada hamba."
Saidini Ali. r.a






Wednesday, 23 January 2013

coretan hikmah.


***

kadangkala kita tidak tahu kita punyai kuasa yang lebih daripada apa yang kita ada sekarang. kuasa di sini bukan kuasa yang bermaksud kuasa sakti atau kuasa luar biasa yang tidak mampu untuk manusia miliki,

tapi.. kuasa untuk berubah menjadi yang lebih baik. seringkali kita rasa kita lemah, kita yang paling kurang berbanding orang lain. nyata, perasaan ini suatu kekalahan, dan kelemahan yang banyak memburukkan keadaan diri sendiri.

melalui pengalaman yang saya dapat selama saya menjalani latihan industri selama dua bulan di satu organisasi di institut pengajian tinggi dalam negara, telah mencungkil satu perkara yang selama ini saya tidak mampu untuk capai.

peluang?

ya peluang yang diberikan adalah satu cara untuk mencungkil bakat/kelebihan yang ada pada diri kita. apa yang saya belajar daripada perkara ini adalah jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru jika ianya adalah suatu perkara yang baik dan satu perkara yang memberi banyak kelebihan pada diri kita selama berada di dunia.

yang pentingnya, pastikan ianya membawa kepada redha Allah SWT.

satu perkara yang saya belajar lagi adalah, jikalah ditakdirkan kita mempunyai suatu kuasa/ berada di atas seperti menjadi majikan suatu ketika nanti. berilah peluang kepada orang lain. tidak semestinya melihatnya lemah akan selamanya dia lemah.

setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan yang berbeza-beza, tidak akan sama. manusia itu mempunyai satu yang dia sukai dan mungkin juga tak dia sukai. jadi kita mesti pandai mengorak langkah untuk memecahkan tembok atau mendapatkan peluang yang ada..

ini barulah sesuai dengan nama sebagai hamba Allah SWT.

manusia yang bercita-cita tinggi dan merealisasikan apa yang dicitakannya, pastilah yang selalunya manusia sanjungi dan in sha Allah akan semakin tinggi darjatnya di sisi Allah SWT.


"Rakus adalah kerendahan, tamak adalah kehinaan, bakhil adalah kerendahan, 
rasa takut adalah kegagalan dan lalai adalah penghalang." 
Dr. 'Aidh Abdullah al Qarni











Saturday, 19 January 2013

Terhuyung hayang dengan dunia sendiri

***

"Teruknya, apa yang aku dah buat selama ni, betapa hina, betapa luka."

resah hati-hati ini berbicara, bait-bait kata murobbi masih terngiang-ngiang di telinga.

ringkas, kemas, padat.



"Innamal a'malu binniyat.." (Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai dengan niat..)  itu sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan daripada al Bukhari dan Muslim.

bermuhasabah dengan diri saya sendiri, merasa betapa kerdilnya diri. melakukan amal tidak mengutamakan niat, membuat pahala tidak dengan niat yang sungguh-sungguh

rugi? sangat..

selepas masuk ke kelas yang pertama pada awal bulan ini, setiap murobbi membicarakan tentang niat yang  perlu diutama dalam apa jua perkara. ia diulang-ulang sentiasa oleh murabbi..

Ya Rabb nyata Kau masih sayang, Kau kasihan melihat aku yang terhuyung hayang dengan dunia sendiri. dunia yang dirasa indah namun kelam hakikatnya,

ibarat pokok yang rendang, daunnya  nampak indah tapi kering di akarnya, buahnya nampak ranum namun rosak isinya.

dan kini aku sedar, apa-apa pun sandarkanlah pada niat. tak kira apa yang akan  jadi pada akhirnya. Allah jualah yang akan menghitungnya. bukan natijah yang dihitung tetapi usaha, niat dan ikhlas itulah yang dirindu Dia. rindu pada harap-harap hamba-Nya, rindu dengan rintihan, rindu dengan puji-puji hamba-hamba-Nya hanya untuk-Nya.

dalam meniti usia yang masih berbaki, saya terus menerus mencuba berusaha menjadi hamba-Nya yang diterima-Nya, walau amal tak seberapa namun saya tahu Dia tetap cinta dengan  syarat berusaha dengan sepenuh amal dan sepenuh ikhlas, hanya untuk Dia Yang Esa.

dah terlambat?

tidak, selagi punyai umur kita masih ada peluang, peluang tidak datang berkali-kali, hidayah/teguran yang datang daripada-Nya jangan dibiar sunyi. berubahlah mungkin giliran kita pula untuk menghadap-Nya selepas ini, siapa yang tahu.. dan mati itu pasti.. bergeraklah menuju-Nya

jangan biar diri menangisi kerugian lagi, niatlah sebanyak mungkin untuk melakukan kebaikan. satu perkara banyakkan niat, moga-moga berganda terus kredit pahala daripada-Nya, dan tentu-Nya redha-Nya yang didamba-damba..

semuanya dengan izin-Nya, In sha Allah..

Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jundab bin Abdullah r.a beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berbuat kebaikan dengan niat supaya diketahui oleh orang lain, nescaya Allah akan membuat orang lain mengetahuinya (dan hanya itulah balasannya)."

"Selalunya satu amalan yang kecil boleh berubah menjadi besar lantaran niat. Sebaliknya amalan yang besar boleh menjadi kecil juga disebabkan niat."
Ibn al-Mubarak




Friday, 18 January 2013

Dua Dunia Berbeza

***

Ini duniaku dan itu duniamu,
takkan sama di pandangan manusia,
namun tetap sama di pandangan-Nya,
mana mungkin untuk aku terus menjauh darimu,
kerna ku juga separuh kamu..

sahabat..
aku takkan menjauh,
kerna aku tahu kamu mahu,
aku takkan pergi..
kerna aku tahu kamu sudi,
aku takkan lari..
kerna aku tahu kamu tak sanggup sendiri,
aku takkan mencari lagi..
kerna sudah ku temui sahabat sejati

jom sama-sama tuju syurga
aku dan kamu dalam satu bahtera
bahtera menuju syurga-Nya

Luv
inanNaurah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad