Wednesday, 6 November 2013

Kisahku dengan Bas (Hikmah 2)

***

Jam menunjukkan tepat 10 malam. Kelibat bas masih dalam khayalan, menunggu dan terus menunggu. Dalam hati ada rasa gelisah. Bukan kerana bas yang dinanti belum muncul tiba, namun gelisah siapa yang akan mengambil diri di stesen bas nanti. Pasti sampainya lebih kurang jam 4/5 pagi. Sorang-sorang, takut.

Memang ada sahabat di rumah sewa, hati memang tak nak menyusahkan. Rasa sangat tidak ingin menganggu tidurnya. Lagi pula dia baru dapat rehat di rumah. Hanya sehari sahaja harinya untuk bercuti di hujung minggu kerana majikan mewajibkan enam hari masa bekerja.


Monday, 4 November 2013

Kisahku dengan Bas (Hikmah 1)

***

Dia: Pak cik nanti saya nak berhenti dekat dengan simpang tiga dekat dengan kampung saya boleh?

Pakcik Bas: Eh! Tak boleh nanti kena saman. Sekarang banyak polis buat sekatan, tak boleh! Tak boleh!

Dia: Saya selalu naik bas, diorang berhenti je kat situ. (Dalam hati dah rasa nak menangis, macam-macam fikir, takkan nak susahkan ayah pergi ambil dekat bandar, jauhnya.)

Pak cik Bas: Dah pergi naik, bas dah nak gerak ni, nanti kita tengok macam mana.


Wednesday, 9 October 2013

Nerbes..

are u nervous??

***

yes i'm very nervous,
sebenarnya ini adalah perasaan yang dialami oleh semua orang,
semua orang akan berasa gemuruh jika tidak biasa melakukan
sesuatu perkara kerana telah diset dalam minda kita bahawa
kita tidak mampu lakukan ataupun otak kita tengah memproses
data untuk berasa safe, selamat daripada dimalukan
di khalayak ramai..

setiap kali saya ada perasaan yang macam ni.. setiap kali tu juga
saya akan sangat rasa rendah diri,


Saturday, 5 October 2013

Kenalkah kita dengan mereka yang setia memberi cinta?


Rasulullah SAW
Nabi-nabi dan Rasul
Khulafa' ar-Rasyidin
...
Imam-imam besar
Uwais al Qarni
Srikandi dunia
Rabiatul Adawiyah
...
ulama'-ulama'
pewaris Nabi
...
dan semua mereka yang setia memberi cinta
dulu kini dan selamanya..


Berpagi-pagi itu Cinta..

Alhamdulillah.. 

pagi ini berukhuwah di tepi tasik..
tenang dan damai..



kami ada buka page baru

toward jannah <--klik sini



jom follow ^_^

Sunday, 15 September 2013

masalah dan hati, takkan putus selagi tak mati.



***

banyak sangat perkara terjadi dalam sekelip mata sejak kebelakangan ni,
semuanya menjanjikan pahala jika kita tabah hadapi semua dengan tenang dan ikhlas.
ujian semua tu Allah nak bagi kita hadiah kan?

tak nak ke??

anything, everything jika letakkan Allah SWT yang utama dalam hati,
tak pikirkan manusia, tak lebihkan redha manusia, kompem
semua takkan jadi masalah, semua akan berjalan dengan tenang dan lapang..
betul..

tak caya?
cuba try..
inshaAllah :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad