Saturday, 7 December 2013

100 Tahun Dihidupkan Kembali: Kisah Nabi Uzair a.s


Nabi Uzair a.s, adalah seorang Nabi yang pernah Allah matikan selama 100 tahun dan kemudian menghidupkannya kembali. Nabi Uzair a.s telah keluar daripada kampungnya pada umur 40 tahun kemudian dalam perjalanan bersama keldainya dia telah berehat di bawah sepohon pokok berdekatan dengan tanah perkuburan. Dia terlalu asyik berfikir berkenaan dengan bagaimana Allah SWT menghidupkan kembali orang yang telah mati.

Lalu, Allah SWT memerintahkan kepada malaikat maut agar mencabut rohnya sedangkan keldai itu masih terikat di situ sehingga mati kelaparan. Dia dimatikan selama 100 tahun. Ramai kaum kerabat dan orang-orang kampung yang mencarinya namun mereka berputus asa, isterinya menangis dengan sangat lama akan kehilangannya.

Thursday, 5 December 2013

Sejernih Air di Hati



Sejernih air di hati,
Setaman bunga di laman,
Seindah suria yang menyinar,
Selaut air di kali,
Setinggi gunung di daki,
Secantik mawar berduri,
Semuanya kurniaan Dia,
Selama-lamanya aku cinta
Allah SWT.

Dan hati aku tutup untuk cinta manusia. 
Jika cinta itu membawa aku jauh daripada-Nya.
Kerna hati aku semuanya hanya Dia Yang Esa. 
InshaAllah.






Wednesday, 4 December 2013

Bila Sejarah dan Ibrah Bersatu

***

Sejarah, bukan hanya semalam, bukan dua malam, bukan seminggu, bukan bertahun-tahun yang lepas sahaja. tetapi sejarah adalah suatu perkara yang akan berterusan selama-lamanya, hari ini juga sejarah, hari esok juga akan menjadi sejarah.

Sebenarnya sejarah adalah suatu ibrah, suatu pengajaran yang sangat berharga jika sejarah itu diambil iktibar dan tidak kita biarkan ia berlalu tanpa dianalisis, tanpa difikir dan tanpa dinilai.


Sunday, 24 November 2013

Ibrah: Hafalan Shalat Delisa


***

Alhamdulillah, baru siap menonton filem hafalan shalat delisa yang diadaptasi daripada novel hafalan shalat delisa yang ditulis oleh Habiburrahman el-Shirazy.

Cerita yang sangat baik dan mampu menjatuhkan berjuraian air mata saya. Cerita yang banyak ibrah dan pengajaran daripada kisah seorang anak, yang sangat tabah dan cekal dalam menghadapi musibah dunia (tsunami).

Bagi saya kisah ini memaparkan aspek kasih sayang, ketabahan, kebergantungan kepada Allah SWT, melakukan sesuatu kerna Allah SWT, kesatuan hati, penjagaan batas aurat, solat berjemaah, didikan yang baik, semangat setiakawan, redha, pasrah, keimanan,ketakwaan, kesabaran, keyakinan, tolong menolong, keikhlasan, saling memberi, berkongsi rasa, berkongsi nikmat, kekeluargaan, seni dalam mendidik, seni dalam berkomunikasi, sokongan, kekuatan dan kemanisan dalam menjalani hidup sebagai seorang hamba Allah SWT.

Daripada cerita ini juga saya memuhasabah diri sungguh-sungguh. Kita yang ada dua kaki, dua tangan, dua mata, dua telinga, badan yang sihat, suara yang baik, dan segala yang Allah SWT nikmatkan pada kita. Sudahkah kita gunakan dengan sebaiknya kerna Allah SWT? Sudahkah kita gunakan apa yang ada untuk berjuang di jalan-Nya? Sudahkah kita isi masa yang terluang dengan perkara-perkara yang bermanfaat dengan menguruskannya dengan baik dan cermat di jalan-Nya?

Sungguh, cerita ini memberi kesan yang mendalam pada diri saya, ibrah yang baik untuk makanan rohani saya. Tahniah untuk penulis dan penerbit filem ini. Moga-moga Allah SWT menghitungnya sebagai ibadah dan semoga lebih ramai hati yang tersentuh dan melahirkan kesan jiwa yang positif dan menumbuhkan semangat juang yang tinggi dalam kalangan masyarakat Islam seluruh dunia, inshaAllahu taala.


Allah SWT berfirman yang membawa maksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: 
Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (Surah al-Ankabut: 2-3)

~Senyumlah, kerna itu pengubat duka~




Saturday, 23 November 2013

Bintang

***

Jauh..
ku adukan mimpi
agar ia pasti,
Jauh..
mencari permata
dalam mutiara
Jauh..
di sebalik bintang
ada syurga,
syurga impian.

ku rindu bulan dan bintang.
biar iman menjadi paksi.




Tuesday, 12 November 2013

Kisahku dengan Bas (Hikmah 3)

***

Suatu hari aku ke negeri di selatan Malaysia. Bas yang aku naiki pada pagi jumaat selamat sampai pada jam 7 malam. Seharian aku di atas bas, jem yang sangat memenatkan kerana esok adalah hari perayaan kaum India, Deepavali.

Sampai sahaja di stesen bas, dengan keadaan yang masih longlai aku usahakan untuk ke kaunter bas yang masih dibuka untuk mendapatkan tiket pulang semula ke utara Malaysia esok malam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad