Thursday, 2 January 2014

Jambatan Syurga

***

Terdengar sayup-sayup suara anak-anak bermain di tepian sawah. Berlari sana sini, berkejar-kejaran satu sama lain. Sawah kelihatan menguning dengan padi yang minta untuk dituai. Ikan-ikan di kali berenang girang.

Layang-layang terbang melayang di bawa arus angin petang. Indah suasana yang dianugerahkan Tuhan kepada penduduk kampung Murni. Tenang, damai dan tenteram.


Wednesday, 1 January 2014

Ashabul Ukhdud: Kisah Benar dari Surah al-Buruj


“Drap..drap..”

Cangkul terus-menerus menggali tanah yang ada di hadapan. Kak Nita sekejap-kejap menghela nafas panjang, ada juga terkadang tercungap-cungap nafasnya meneruskan cangkulan demi cangkulan. Parit itu perlu disiapkan sebelum hujan mula mencurah lagi seperti semalam, lebat dan deras.

“Aiman nak cangkul juga,” kata Aiman sambil bercekak pinggang.

Kak Nita senyum, peluh memercik ligat di dahinya. Angin mula bertiup sepoi-sepoi bahasa, ada udara segar yang menerjah nyaman.

Saturday, 28 December 2013

Man Jadda Wajada



***

"Kenapa Guru sayangkan Ahmad lebih daripada sayangkan saya. Padahal dia baru sahaja datang ke sini sedangkan saya yang lebih lama di sini."

"Panggil semua orang berkumpul di laman hadapan sekarang."

Semua pelajar dipanggil ke laman hadapan termasuk Ahmad dan Ali.

Thursday, 26 December 2013

Pisau yang tajam lama-lama akan tumpul, Minda yang tidak diasah lama-lama berkarat.

Kehidupan: 
Remaja Bukan Kanak-kanak

Aiman Azlan
Langitlahi.com

Daripada artikel Aiman Azlan di Langitilahi.com saya ringkaskan artikel ini. Apa yang saya dapat daripada artike itu adalah ia berkenaan dengan sikap orang dewasa pada masa kini yang lebih serupa dengan perangai kanak-kanak atau boleh dikatakan sebagai tidak matang.

Dalam psikologi, manusia hanya dibahagikan dengan dua kategori sahaja iaitu kanak-kanak dan dewasa. Namun ianya telah mengalami fasa perubahan sekitar 200 tahun yang lalu, dan fasa itu dinamakan fasa adolescence (fasa pertengahan). Remaja digolongkan dalam fasa ini.
Pemikiran ini jauh telah meresap ke dalam minda masyarakat kita pada masa kini. Hal ini secara jelas bertentangan dengan agama Islam kerana Islam hanya membahagikan manusia kepada dua golongan sahaja iaitu golongan kanak-kanak dan dewasa. 


Tuesday, 17 December 2013

Wanita Solehah


***

Dari Abdullah bin 'Amr r.a Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


ayat1.jpg


"Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah."

             (Hadith Riwayat Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)


***

Hargai dirimu kerana dirimu begitu berharga.





Sunday, 8 December 2013

Antara Pelangi dan Air Mata: Hebatnya Kuasa Alhamdulillah


***

Dulu, saya beli handphone Alcatel, kena tambah rm50 je dengan guna rebate. Kemudian, ingatkan handphone itu akan kekal dengan saya tapi bila adik nak, saya bagi pada dia. Redha dan ucap alhamdulillah saja. Ada juga rasa sedih, tapi sekejap je. Saya yakin ada hikmahnya inshaAllah. Allah lebih tahu.

Sekarang, saya dapat beli handphone samsung galaxy grand dan memang sangat kena dengan jiwa saya. Alhamdulillah, handphone yang jauh lebih baik daripada yang sebelumnya. Jadi apa hikmahnya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad