Sunday, 15 March 2015

Impian Ayahnya

***

Dia melihat sekeliling, indah tapi bagai ada sesuatu yang hilang dari dirinya. Rasa sunyi. Dia melihat pada catatan yang terakhir. Amanat seorang ayah yang dia galas bukan senang. Untuk menjadi seorang doktor yang membantu Ummah.

Kini, dia bagai terkeluar dari landasan yang menjadi impian itu. Landasannya kini menjadi seorang ahli akademik. Yang bukan hanya berbeza dengan profesion sebagai seorang yang pakar dalam perubatan namun ahli penyelidik yang bertungkus lumus menjadikan dunia akademik sebagai dunia pertempuran kerana Allah SWT.

Lama dia merenung dan berfikir dengan keadaan diri. Fokus diri yang makin hilang ditelan masa, memungkinkan dirinya untuk gugur bila-bila masa. Namun, jika tiada Allah SWT, rasanya sudah lama dia rebah menyembah bumi. Ujian yang bertimpa-timpa terkadang melumpuhkan kemampuan jiwa yang tidak berapa kuat.

Dia teringat akan seorang teman yang sering menasihati dirinya tanpa sedar.

"Tahajudlah, itu akan menjadi kekuatan kita. Pohonlah pada Allah SWT dengan sungguh-sungguh pada waktu sahur. Itu senjata yang sangat kuat untuk menempuh dugaan hidup. Ketenangan itu pula akan hadir dengan berzikir dan bertahmid dengan sungguh-sungguh pada waktu itu. InsyaAllah, dengan izin Allah SWT."

Dia mengamalkan apa yang diberitahu temannya. Sungguh hatinya kini tenang, setenang air di kali. Dia tekadkan azam mencapai amanat daripada seorang ayah untuk menjadi seorang doktor. Walaupun dia kini tersasar jauh daripada bidang perubatan, namun dia akan berusaha untuk menyempurnakan impian itu dengan gelaran doktor akademik. Doktor falsafah insyaAllah. Dia tahu itu bukan senang, namun bukan susah jika berusaha. Allah SWT sentiada ada untuk meminta dan berharap. Cuma yang perlu melakukan dan merubah keadaan adalah manusia itu sendiri. InsyaAllah. Suatu masa itu cita-cita dia.


Ayah, akan aku sempurnakan impianmu. InsyaAllah.

Kata-kata dia bergemang di satu waktu sunyi.



***

20150315
0435pm



Friday, 13 March 2015

Taubat.

***

Akhir rasa, manusia akan tersungkur jatuh dalam kelemahan sendiri.

Akhir-akhir ni saya memang banyak berfikir sebenarnya. Apabila melihat kepada akaun facebook sahabat-sahabat. Saya melihat kawan-kawan banyak post kan gambar anak, gambar suami, gambar makanan, gambar keluarga di facebook.

Saya berfikir dan merenung diri sendiri, adakah aku juga akan menjadi seperti itu setelah memiliki sebuah keluarga. Adakah aku akan menjadi manusia yang lalai dengan keluarga sehinggakan melalaikan status khalifah yang tergalas di bahu.

Ya Allah, sungguh aku bertaubat kepada-Mu, jika niat untuk aku memiliki sebuah keluarga adalah jauh daripada untuk memperjuangkan agama-Mu. Ya Allah aku bertaubat kepada-Mu jika harapan aku untuk memiliki seorang pendamping hidup melalaikan aku daripada tujuan sebenar dalam sebuah kehidupan dan penyerahan diri kepada-Mu.

Hati dan fikiran aku ketuk sungguh-sungguh untuk mujahadah dan muhasabah.
Moga-moga tujuan sebenar hidup aku tidak jauh daripada landasan Tuhan.
Dan aku redha sungguh dengan ujian ini Ya Allah, Engkaulah Yang sungguh menyayangi aku. Engkaulah yang memberikan aku apa yang aku mahu dengan jalan yang tidak aku sangka-sangka.

Dan aku lebih bahagia demgan diri aku kini. Alhamdulillah.

***

inanNaurah
20150314
1054am

Saturday, 31 January 2015

Menghadirkan Hati Pada Mereka Yang Diuji

***

Semalam, saya join sukarelawan untuk menziarahi pesakit-pesakit yang berada di salah satu general hospital di malaysia.

Kami tak ramai dalam berbelas orang sahaja, namun pengalaman yang saya dapat menjadikan hidup saya semalam lebih bererti dan lebih menghargai diri sendiri dan kehidupan.

Mungkin.. dah ramai yang dah join perkara macam ni. Tetapi bagi saya ia suatu pengalaman baru yang insyaAllah saya akan join lagi pada masa akan datang.


Sunday, 30 November 2014

Masalah

***

"Saya nak kerja sebab nak beli kereta!"

"Saya nak kerja besar untuk beli rumah besar, untuk hidup selesa, untuk pakai kereta mewah."

"Saya nak kerja gaji tinggi untuk buat kenduri grand..grand.."

.
.
.
.
.

Friday, 14 November 2014

Jauh..

***

kekadang, bila hidup rasa kosong.
Bila jauh daripada Tuhan dan rahmat-Nya.

Hari-hari aku berfikir bagaimana untuk aku menjadi manusia yang berbuat banyak kebajikan.
Dalam masa yang sama sebenarnya, aku banyak meninggalkan kebajikan dan menjauh daripada rahmat-Nya.

Aku sering tergesa-gesa dalam solat kerana mengejar kebaikan..
Aku termengah-mengah menunaikan puasa, dalam masa yang sama aku keliru dengan kejahatan.
Aku sentiasa mengais-ngais kemanisan ukhuwah, dalam masa yang sama aku meninggalkan teman lama yang perlukan perhatian,

Aku sentiasa menjaga perkara-perkara yang akan menghijabkan doa daripada ditolak Allah SWT, dalam masa yang sama aku tidak menjaga tahajudku,
Aku sentiasa inginkan kebahagiaan, dalam masa yang sama aku menolak kebahagiaan,
Aku sentiasa menadah tangan berdoa, namun dalam masa yang sama aku tidak bersungguh-sungguh memohon dan berharap..

Adakah untuk aku secebis kemanisan dalam mengejar hidup sementara,
Adakah Allah SWT redha dengan setiap derap langkah aku di dunia,
Adakah nyawa aku akan berakhir dengan husnul khatimah..

...

Apakah yang aku cari?

.
.
.
.
.
.
.
.

Redha Ilahi itulah yang seharusnya didamba.
Bukan redha manusia,.


.
.
.
.
.

----



Wednesday, 5 November 2014

Lihatlah dengan mata burung, bukan tempurung

***

Saya masih ingat lagi dialog dengan kakak sekerja saya.

"Kak macam mana nak jadikan diri kita ni matang?" Alasan kenapa saya bertanya adalah kerana saya merasa diri saya ini terlalu tidak matang dan cetek pengetahuan.

Dengan tenang dijawab oleh kakak itu,

"Banyakkanlah membaca dan menonton filem yang baik-baik, sedikit sebanyak kita akan belajar daripada ilmu baik yang disampaikan. Juga pekalah dengan setiap hikmah yang berlaku dantabahlah dengan ujian Dengan itu, hati dan fikiran akan sentiasa bekerja untuk berfikir dan mencari kebaikan serta jalan penyelesaian."

Setelah itu, saya termenung sendiri dan meminta kepadanya cadangan buku-buku yang sangat baik untuk dibaca dan cadangan filem yang bagus-bagus.

Sejak hari itulah saya terjebak dengan cerita-cerita dan novel dan Indonesia. Hasil daripada cadangannya. Sebenarnya filem serta novel Inodonesia sangat mengispirasikan diri saya. Dan hasil daripada itu, saya merasakan perlu untuk saya berkongsi novel yang sangat membekas dalam diri saya saat ini dan selamanya inshaAllah.

***



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad