Sunday, 10 May 2015
nikah?
bila bercakap soal perkahwinan.. ia adalah fitrah yang ramai inginkan. Bila tengok status fb sahabat-sahabat tidak kurang juga bila bercerita dengan sahabat-sahabat rapat. Ramai yang mempunyai masalah mahu menikah tetapi tiada lagi calon atau sudah ada calon namun status masih tidak dikenal pasti atau masih tidak ada perancangan untuk menikah daripada pihak bakal pasangan~
..saya sendiri tidak tahu nak cakap apa, cuma jom kita berfikir sejenak. renung diri dalam-dalam dan berfikir. Perkahwinan bukan suatu hubungan yang dibina dalam waktu yang singkat tetapi kalau boleh ingin kekal selama-lamanya hingga syurga. Bukan sehari dua bahkan bertahun-tahun jika umur panjang~
oleh itu, perkahwinan bukan suatu perkara mudah atau simple. tetapi ia memerlukan ilmu, pengalaman dan musyawarah dengan orang-orang yang sudah makan garam sebelum kita dalam bab perkahwinan. Anak-anak yang bakal mewarnai hidup selepas perkahwinan jika ada rezeki daripada Allah SWT adalah amanah yang sangat tinggi nilai tanggungjawabnya. Pasangan juga adalah amanah yang sangat tinggi nilainya, tanpa ilmu dan kekuatan dalaman serta kekuatan hubungan dengan Allah SWT, amanah itu bukan senang untuk digalas. Perlu keazaman, ketabahan untuk berkorban dan untuk menghadapi.
Jadi, if rasa dah cukup ikhlas untuk sebuah pernikahan dan tanggungjawab. Berdoalah dengan ikhlas dan sungguh-sungguh, Allah SWT melihat kesungguhan, Allah SWT melihat kamu sudah berusaha mengorek ilmu banyak-banyak untuk sebuah ikatan yang akan dibina. Sudah bersedia dengan ilmu dunia, ilmu akhirat, ilmu kasih sayang, ilmu pengorbanan, ilmu ketaatan, ilmu ketabahan, ilmu menghargai, dan segala-galanya kau telah usaha..
maka bersabarlah, orang yang bersabar pasti menang inshaAllah.. bukan sahaja akan menang hati sendiri malah akan memenangi hati pasangan~
maka, kawan. Jangan bersedih bila Allah SWT belum mengurnia, itu tandanya kau belum bersedia, atau mungkin pasangan bukan di dunia, pasti tertulis di akhirat sana. Jangan putus asa berdoa setelah berusaha, cintalah akan usaha~kau pasti akan merasa manisnya
:)
....
inanNaurah
20150510
844pm
Tuesday, 24 March 2015
Gila
***
Orang yang dapat berfikir secara waras tidak dianggap sebagai mereka yang gila. Ada juga yang mengatakan yang tidak gila adalah mereka yang memiliki ilmu tinggi dan rasional dalam membuat keputusan dalam hidup.
Saya tak pandai dalam pengukuran orang gila ini kerna saya pernah berjumpa dengam seorang waras yang berkelakuan macam gila. Namun identiti gilanya dalam keadaan sembunyi dan hakikatnya dia sangat bijak namun mungkin tidak dapat mengurus emosi dengan baik.
Berkenalan dengan buku 'Aku Nabi Isa' karangan Dr. Rozanizam Zakaria memberi pengetahuan kepada saya sedikit sebanyak berkenaan psikiatri iaitu penyakit yang dihinggapi oleh orang yang dikatakan tidak waras atau tidak dapat membuat keputusan dengan betul.
Buku ini menceritakan berkenaan dengan pengalaman beliau semasa bertugas di Adelaide, Australia. Ada 10 topik yang dibicarakan dalam buku ini iaitu..
Kes bunuh diri
Kemurungan atau depression
Stress
Skizofrenia
Grief: Kesedihan akibat kehilangan seseorang
Demensia: Nyanyuk
Marah
Penderaan seksual
Obsesif Kompulsif (OCD)
Di samping menceritakan pengalaman, penulis menerangkan dengan jelas berkenaan setiap penyakit tersebut.
Kawan
Kadang-kadang kita terlalu selesa dengan hidup ini sampai kita lupa melihat penderitaan dan kesusahan orang lain. Kadang-kadang kita terlalu asyik melihat kebahagiaan orang lain sampai kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.
Sesekali untuk menguatkan hati dan menjadi manusia yang cakna dengan sekeliling kita perlu keluar daripada zon selesa dan meghayati apa yang ada di sekeliling kita. Saya juga bukanlah baik namun semoga kita sama-sama berusaha untuk menjadikan diri keluar daripada kepompong hidup selesa.
Jom terokai dunia mereka ini untuk lebih menghargai diri sendiri dan menghargai orang lain yang berada di sekeliling kita ataupun yang jauh. Jika tidak dapat berbuat apa-apa untuk mereka yang jauh sekurang-kurangnya kita berdoa. InsyaAllah..
---
inanNaurah
0121am
30150325
Masa.
***
Setiap perkara memerlukan masa. Setiap doa juga memerlukan masa. Yang penting sabar dan tabah.
InsyaAllah.
Orang yang sabar orang yang menang.
Orang yang sabar orang yang tenang.
Kawan..
Bukan senang nak sabar, ia perlukan masa untuk mendidik diri. Jangan putus asa dalam mencari ilmu. Sabar juga perlukan ilmu dan ilmu juga memerlukan masa.
"Dan tidaklah seseorang itu berputus asa daripada rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat." (Al Hijr: 56)
"Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah hati ini ketakwaan, Ya Allah bantulah hamba bersihkan dan sucikan hati ini. Engkaulah sebaik-baik yang dapat membersihkan hati ini kerna Engkaulah pemilik dan pelindung hati ini."
Ameen Ya Rahman. Perkenankanlah doa kami.
---
inanNaurah
1032pm
20150324
Rela Paksa
***
Sehari tak cukup. Dua hari tak cukup..tiga hari? Masih tak cukup.. seminggu? Dua minggu? Sebulan? Setahun?
Begitulah.. hati manusia bukan senang nak ubat. Memerlukan masa. Dalam masa yang sama hati perlu dipaksa. Paksa rela. Atau rela paksa.
Saya cuba untuk paksa diri saya. Berkali-kali gagal. Mungkin saya ini manusia yang lebih pada kekuatan hati. Sungguh saya akan longlai bila ada masalah yang datang.
Kadang-kadang terjelopok seorang diri. Yang saya perlukan cuma masa.. masa untuk baiki hati yang sangat rapuh. Masa untuk menilai semula apa yang berlaku dengan rasional.
Masa pun tak banyak tup tup dah tinggalkan dunia. Doakan teman untuk saya jadi manusia yang berjiwa besar yang tak tergugat langsung dengan dunia.
Orang kata letakkan dunia di tangan. Akhirat di hati. Mati di pelupuk mata. Nak menghayati kata-kata tu pun susah. Apa yang kita perlukam cuma masa. Paksa dan rela.
T_T
Monday, 23 March 2015
Brave
***
Be brave
Be hepi
Be simple
Terkadang berbagai rasa Allah SWT bagi untuk kita lebih dekat dengan-Nya. Alhamdulillah ya Allah..
Benar..
Kata sabar boleh diungkap tapi hatilah yang remuk menderita..
Deep in my heart.. yes i'm hurt.
Alhamdulillah Ya Allah..
Please guide me, i'm never strong without You Allah..
---
inanNaurah
1142am
20150324
Thursday, 19 March 2015
who are you?
Jam menunjukkan jam 11.28 malam. Hati dia menerawang jauh memikirkan berselirat macam perasaan yang ada. Entah apa yang difikirkan sehingga seusai sahaja membaca buku yang agak sederhana tebal tidak mematahkan semangat hatinya untuk terus berfikir dan berfikir.
Identtiti? Ya dia mencari suatu identiti diri yang jelas untuk mempamerkan dirinya sendiri kepada dirinya sendiri? Apa yang dia nak jadi seterusnya? Apa yang dia nak buat selepasnya? Dia nak jadi macam siapa? Dia nak jadi orang agama atau profesional?
Berselirat persoalan menerjah minda..
Apabila mendengar ceramah best daripada ustazah yang diminatinya, berkorbar hatinya untuk menjadi sepertinya. Apabila melihat mereka yang bagus ilmu dalam bidang akademik. Berkorbar pula hatinya berpaling untuk menjadi seperti itu. Apabila mendengar para ilmuwan berceramah cerdas di kaca televisyen, bersemangat dia ingin menjadi seperti mereka. Apabila membaca novel yang bagus ingin sekali dia ingin menjadi seperti watak itu. Identiti mana? Identiti siapa?
***
Hakikatnya dalam ketercampuran rasa, berfikir jalan yang baik. Moga Allah SWT menganugerahkan yang terbaik untuk dirinya.
Setiap manusia ada keistimewaan tersendiri, setiap insan dikurniakan kelebihan yang terbaik untuk dikongsi bersama. Dia sedar semua yang dia ada perlu dipotensikan sehabis mungkin. Kelamahannya adalah emosi, kelemahannya adalah membuat keputusan. Kelemahannya adalah mengutamakan yang utama.
Yang terpenting dia perlu menghiasi dirinya dengan kitab Allah, doa dan hadith daripada Rasulullah SAW untuk mengabdiikan diri menjadi hamba yang terbaik setiap detik. Bukan meniru manusia lain. Mereka yang berjaya bukan mengambil masa sehari dua untuk menempa kejayaan dan kebahagiaan tapi berperingkat-peringkat dengan sabar dan mujahadah yang tinggi.
Who are you?
Tak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri yang sentiasa ceria dan sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan hari demi hari. Istiqamahlah dengan kebaikan dan baikilah kekurangan diri.
InsyaAllah..
Moga dia menjadi hamba-Nya yang taat dunia akhirat.
Doakan dia.
---
inanNaurah
20150319
1139pm