Cahaya itu ketenangan jiwaku,
Cahaya itu sumber ilham diriku,
Cahaya itu penyuluh perjalananku,
Dan cahaya itulah petunjuk ke arah-Mu
CAHAYA (BAB 1)
HUJAN seakan tidak mahu berhenti, turunnya mencurah-curah
deras dari awan gelap yang menyaluti permukaan bumi yang aku huni tika ini.
Pokok-pokok di hadapan hentian bas kecil ini kelihatan menangis yang seringkali
menggugurkan daunnya jatuh ke bumi. Daun-daun itu yang hanyut bersama
kotak-kotak kecil dan selipar yang telah putus talinya lalu mengalir terus
bersama air deras jatuh ke longkang di tepian jalan.
Surah al-Kahfi aku lumatkan di hati, 110 ayat yang terkandung, belum dapat aku hafal sepenuhnya, hanya 20 ayat pertama yang sentiasa bersimpang siur di minda aku. Ayat-ayatnya yang sedikit panjang sedikit mengelirukan. Aku tahu bukan ayat itu yang susah untuk diingati, bahkan akulah yang tidak istiqamah menghafalnya.
Aku ada impian untuk menghafal surah ini selepas surah
Yassin dan surah al –Mulk yang telah aku sebatikan dalam diri. Surah al-Kahfi
memberi banyak kebaikan kepada pembacanya, terutamanya di hari jumaat semacam
hari ini. Ketenangan dan kebaikan hanya akan dirasai sendiri oleh si
pengamalnya yang setia.
SURAH AL-KAHFI
Surah al-Kahfi adalah termasuk dalam surah Makkiyyah
yang mengandungi 110 ayat dan merupakan surah yang ke-18 dalam al-Qur’an.
Rasulullah SAW
·
Allah SWT
·
Allah SWT
·
Para malaikat memohon rahmat sampai ke waktu subuh
sehingga Allah SWT menjauhkannya
daripada penyakit panas, penyakit yang sukar disembuhkan juga terhindar
daripada tipu daya dan fitnah syaitan.
|
Sekejap-sekejap aku berpaling ke kanan dan ke kiri. Bas
yang aku tunggu belum juga muncul, biasanya pada masa ini sudah datang. Mungkin
keadaan hujan yang agak lebat telah membantutkan perjalannya. Bisik aku
sendiri.
Di hentian bas kecil itu, hanya ada aku dan seorang ibu
tua beserta seorang kanak-kanak lelaki. Terbit rasa kasihan aku melihat
keduanya, baju mereka yang compang-camping sana sini, alas kaki yang sudah agak
lusuh yang tunggu masa saja untuk ditinggal pergi.
Kelihatan anak lelaki kecil itu menggerak-gerakan ibu
jarinya seakan-akan memberitahu tentang keadaan dirinya kepada perempuan tua di
sisinya. Setelah lama melihat telatah mereka, aku yakin, kanak-kanak lelaki itu
seorang manusia bisu, hanya isyarat yang menjadi perantara antara mereka,
tangan dan mata saja yang menjadi bahasa.
Yang aku faham dari bahasa badan budak comel itu, dia
kelihatan merengek kesejukan. Ibu tua hanya memeluk erat dengan penuh kasih
sayang. Kasih seorang ibu walau bagaimana cacat dan tidak berertinya anak
mereka pada pandangan manusia lain, kasih sayangnya tetap tidak boleh
ditandingi. Anak yang hadir itu pastinya penyeri hati, takkan disia-siakan
walau seketika kerana mereka punya kasih yang sejati.
Luahan anak kecil itu mengingatkan aku dengan kisahku. Di
dalam hujan aku ditemui di tepi sungai, dalam keadaan diri masih berbalut
dengan kain putih. Tiada kesan darah pada kain itu, ini menunjukkan aku bukan
dijumpai setelah dilahirkan. Seorang apek Cina yang menghulurkan budi
menghantarku ke hospital berdekatan. Keadaanku kritikal, air yang menyerapi
balutan kain, membuatkan aku menangis kesejukan. Itu cerita ibu susuanku di
kampung. Nasib aku baik, Tuhan masih menginginkan aku untuk hadir ke dunia.
Aku kemudiannya dihantar ke pusat kebajikan masyarakat
setelah tiada pengenalan diri dan tiada siapa yang datang menuntut diri aku.
Aku yang digelar anak yatim. Nasabku dinafi, mungkinkah aku ini anak luar
nikah? Ramai yang memandang serong pada nasabku. Ketika itu hanya Tuhan yang
tahu perasaan aku. Dicaci, dihina, diherdik sejak dari kecil oleh mereka yang
tidak berperikemanusiaan. Namun, itu tidak menggugatkan semangat aku untuk
terus bertahan. Jika aku ini anak luar nikah sekalipun, patutkah aku yang
disalahkan?
Manusia, hanya pandai menuding jari. Sebaiknya anak yatim
itu dihormati dan dipandang mulia, tentunya di sisi Allah mereka lebih baik.
Jangan mudah untuk buruk sangka kerana itu mainan syaitan yang sering
menyesatkan dan memecahbelahkan sesama kita sendiri. Namun aku yakin, aku tidak
seteruk ini, aku yakin dengan keturunanku. Aku yakin dengan ibu bapaku. Walau
ada beribu yang mencaci namun aku tahu harga diriku tinggi.
Ummi dan abi yang baik hati telah mengambilku di rumah
anak yatim Harapan. Aku banyak terhutang budi dengan mereka. Setelah aku
diambil menjadi anak angkat keluarga, aku disusukan sendiri oleh dia yang aku
gelar ummi. Dan aku menjadi anak susuan untuk ummi dan abiku. Aku bahagia
dengan mereka, tidak sekalipun aku diketepikan.
Mereka mengambilku di rumah anak yatim pada umurku
setahun. Pada masa itu mereka baru sahaja kematian anaknya yang sebaya
denganku. Setelah umurku mencecah usia tujuh tahun, kemudian lahir pula seorang
puteri dan dua putera daripada perut ibu susuanku. Mereka bertiga sudah aku
anggap sebagai saudara kandungku sendiri walaupun pada hakikatnya kami hanya
adik beradik susuan sahaja.
Hujan sudah mula reda. Bas yang ditunggu sudah hampir di
hadapanku, dengan langkah laju aku menaiki bas yang sudah seinci dengan
hidungku. Buku yang aku pegang di tangan jatuh dengan laju, ada sisi tubuh
manusia yang bergerak deras. Kemudiannya buku dihulur kepadaku. Aku lihat satu
susuk tubuh yang aku kenali. Dia kawan lamaku, kawan baikku suatu ketika
dahulu.
“Ya
Allah, Liana. Lamanya saya tak jumpa awak?”
Aku teruja, dia yang lama menghilangkan diri, kini berada
di hadapanku. Namun, hanya aku yang berucap sepi, sahutanku dibalas dengan
jelingan yang menghiris, seakan aku tidak dikenalinya lagi. Mungkin juga dia
bukan sahabatku yang aku kenali, mungkin juga mereka hanya sama dari segi rupa
namun tidak sama yang asli.
Setelah aku lihat dia berlalu pergi, cepat-cepat
aku menaiki bas yang tadi setia menunggu aku untuk masuk ke perutnya yang sarat
dengan manusia. Dalam hatiku, bersangka baik itu lebih baik dan membahagiakan.
BERBAIK
SANGKA
Rasulullah
|
Beg aku pegang erat, bas itu penuh dengan susuk tubuh
manusia. Kadang-kadang tubuhku tidak mampu untuk diseimbangkan. Kadang aku
terkehadapan kadang terkebelakang. Aku pantas berpaut pada sebatang tiang yang
ada di tepiku. Dalam dua puluh minit perjalanan, stesen bas utama sudah ada di
depan. Aku tersenyum keriangan, terus kutuju ke kaunter tiket untuk pulang ke
kampungku pula.
Akhirnya tiket dapat aku beli walaupun terpaksa menunggu
dalam barisan panjang. Aku hulurkan kesyukuran kepada Tuhan, sudah lama aku
tidak menjengah kampung halaman. Kesibukanku dalam kerja, dan aktiviti yang
diisi penuh dengan aktiviti syarikat pada hujung minggu tidak mengizinkan. Hari
ini petang jumaat yang indah mengizinkan aku untuk pulang. Hati aku berbunga
riang.
Bas terus meluncur laju, muatan di dalam bas tidak lagi
sama macam tadi. Suasana aman, aku melemparkan pandangan ke luar jendela.
“Hari
ini, Fathiah pulang ummi, abi. Fathiah rindu kat semua.”
Nukilan
inanNaurah
##BERSAMBUNG....
No comments:
Post a Comment