Wednesday, 2 January 2013

Bukan Hanya Kita Seorang


***

Menjejaki tahun baru ini dengan umur yang baru, membuat saya berfikir sendiri. Sampai bila sahaja hayat saya di bumi indah ciptaan Tuhan.

Bergunung-gunung nikmatnya untuk saya di dunia, namun setakat mana telah saya tumpahkan kudrat untuk-Nya?

Kita hidup dengan ramai orang, bukan kita seorang saja, berkasih sayang, tolong menolong, saling memberi, saling berinteraksi.. orang yang hidup sendiri-sendiri pasti tidak akan ada life, xda feel.. rasa macam jauh dengan orang lain.

itu bagi saya, mungkin ada juga manusia yang boleh hidup sendiri, harta banyak, rumah besar, namun tak pasti adakah itu suatu kebahagiaan?

dengan hidup bersama komuniti saya rasa hidup saya lengkap, ada ibu ayah, saya bersyukur, ada adik beradik yang ramai, saya rasa bahagia.. walaupun masih belum ada teman hidup.

sebelum hidup berkeluarga, ataupun sudah hidup berkeluarga dan dah ada anak-anak suatu masa nanti.  tanggungjawab pada orang sekeliling kita tak boleh nak lepas tangan.

tanggungjawab mendidik keluarga itu paling besar, bukan hanya kita seorang je yang nak masuk syurga, kita tak boleh nak pentingkan diri. cuba fikir, kita rasa hepi tak bila kita seorang je dapat masuk syurga sedangkan emak, ayah, adik beradik kita tak?

mesti tak best kan? even kalau salah seorang diorang takde masa hari raya pun dah rasa tak best, ini kan pula kat syurga..

so, kita perlu kena lebih bertanggungjawab dalam mendidik mereka, usaha sedaya mampu nak tarik mereka ke arah yang Allah redha. tarik sikit-sikit, lama-lama akan jadi biasa. saya sayang keluarga saya, saya kalau boleh nak tengok diorang berjaya, berjaya di dunia dan ke arah akhirat yang Allah redha baru saya nak hidup berkeluarga.

mak ayah, adik beradik dulu yang saya nak utamakan. walaupun kadang-kadang ada rasa nak hidup dengan teman hidup, ada anak-anak namun, biarlah saya dah usaha hanya Allah yang tentukan pula. moga ada hikmahnya, yang penting nak usaha untuk tingkatkan diri sendiri dan keluarga dulu, in sha Allah. doakan saya ya.

"Selamatkanlah diri dan keluargamu daripada api neraka." 
(Surah al-Tahrim: 6)


------AZAM TAHUN BARU-------

sungguh aku malu,
dengan mereka yang tak putus berjihad,
dibedil, diketuk, dihiris, ditoreh,
namun punya hati seteguh kerikil,
berjuang hanya kerana-Nya,
moga hatiku sekuat mereka,
tak gentar dengan musuh..
akan ku lawan musuh itu sedaya mampu..
dan musuh yang paling digeruni adalah
diriku sendiri.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad