Sunday, 9 June 2013

Puding Gula Hangus/ Karamel



***

Assalammualaikum wrt.wb semua ^__^

Ok, ni resepi style kazen saya, belajar daripada dia sejak darjah 3 lagi..
Sampai sekarang saya guna resepi ni je,

Mula-mula bab kerohanian ni kita baca Bismillah (Dengan Nama Allah) dulu, pastu selawat, pasang  mp3 ayat-ayat Quran kat dapur. Ok jom mula masak:



Bahan-bahan:

1. Telur dalam 6,7,8 biji ikut size, kalau besar guna 6 je ok dah, kalau kecik amek la 7/8biji

2. Susu cair (yang orang letak dalam ABC tu, guna xsampai habis satu tin, agak-agak nak habis je)

3. Satu sudu kecil esen vanila

4. Satu sudu kecil tepung jagung

5. Gula

6. Pengisar dan loyang

Cara-cara

1. Amek pengisar, masukkan telur, susu cair, esen vanila, tepung jagung dan sedikit gula (rasala nak manis takat mana). Kemudian kisar semuanya.

2. Masukkan gula (setakat mana yang korang nak) ke dalam loyang, api biar kecil, kacau-kacau hingga cair dan bewarna perang. Kemudian tutup api dan biar dia keras dalam tu.

3. Masukkan semua bahan-bahan dalam pengisar ke dalam loyang kemudian kukus.

4. Nak tau bila masak? Ambil garpu/lidi cucuk kat bahagian tengah puding. Kalau puding dah tak melekat kat garpu/ lidi dah boleh tutup api. SIAP.

5. Letak dalam peti sejuk, SEDAAPP..

* Selamat Mencuba! :)

p/s: jangan lupa selawat ye, tiup-tiup sikit dalam masakan, mudah-mudahan Allah berkati dan jernihkan hati kita Insha Allah. Pada yang nak buat mereka lembut hati dan makin bertambah sayang, suami/isteri/anak-anak/famili boleh baca ayat-ayat yang berkenaan, sambil kacau sambil baca. Mudah-mudahan Allah kekalkan kebahagiaan rumahtangga, in sha Allah.

.::Luv-InanNaurah::.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad