Monday, 8 July 2013

Ramadhan..


***

banyak artikel-artikel tentang Ramadhan yang saya baca, sungguh ada kesan pada diri walaupun sekejap-kejap rasa hamba itu hilang, masih  merintih pada kenangan-kenangan yang lalu..

Ramadhan kali ni rasa sangat berharga bagi saya, mungkin dulu pernah juga rasa tapi tak sama macam ni, rasa sungguh jiwa hamba.. mungkin atas-atas khilaf-khilaf yang dulu, atas kehilangan, atas rintihan.. rasa makin dekat dengan Dia..

bercakap tentang pendosa, manusia memang takkan lepas dari dosa. pasti ada walau pun sekelumit,
dosa-dosa menitikkan titik  hitam pada hati, akibatnya diri tak nampak pun dosa yang makin membukit tapi merasa ia hanyalah sekecil butir-butir garam,



melihat kepada situasi dunia hari ini, banyak yang masih leka dengan hiburan-hiburan dunia, masih leka dengan manusia, masih leka dengan keperluan-keperluan yang tidak tahu ke mana penghujungnya..
tapi bagi saya, saya tak salahkan mereka, kerana saya juga pernah rasa..

manusia akan melalui satu detik ke detik yang lain, bezanya sama ada kita nak berubah atau masih gigih berada di takuk yang lama, untuk berubah ke arah kebaikan pasti ada saja dugaan, tapi itulah yang menentukan taraf keimanan kita,

RAMADHAN ni bagi yang sedar ia satu rahmat namun bagi yang tak sedar satu bencana kerana tak rasa ikhlas untuk puasa, rasa payah sangat..

jadi kan, cuba kita koreksi diri kita, kita ni manusia yang mana:

1) gembira dengan kehadiran Ramadhan kerana rindunya pada rahmat dan kasih sayang-Nya,
2) gembira dengan kehadiran Ramadhan kerana nanti akan menyambut musim perayaan
3) bersedih dengan kehadirannya..

jika yang pertama ketahuilah, anda insan yang bahagia.. moga-moga jiwa pendosa bertukar kepada jiwa hamba yang penuh dengan keimanan, kecintaan dan taqwa pada-Nya,

jangan bersedih jika diuji, jangan merintih jika perlu berkorban, jangan lelah jika ada saja halangan..
kerna itu tandanya darjat kita akan diangkat-Nya jika lulus ujian-ujian dari-Nya,
bersyukurlah jika didatangi kebahagiaan dan bersyukurlah jika perlu menghadapi dugaan..

jom tetapkan matlamat di Bulan Ramadhan:

1. buang jiwa pendosa
2. hadirkan jiwa hamba
3. tetapkan matlamat
4. cuba sedaya mampu
5. azam yang kuat
6. hati yang teguh
7. jiwa yang cekal
8. diri yang bahagia..

- sambutlah Ramadhan dengan penuh kebahagiaan dan pengharapan untuk lebih mendekatkan diri kepada-Nya, in sha Allah..

Alhamdulillah..

Ramadhan, kau bawa cahaya..
aku menunggu dengan sepenuh jiwa dan cinta..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad