Sunday, 6 January 2013
Tinta Usia
***
makcik: mehla duk depan
saya: senyum dan terus duduk kat depan sebelah kiri makcik tu (betul-betul kat depan ustaz/ustazah, memang confirm tak ngantuk, hee)
kakak (sebelah kanan): kerja kat mana?
saya: kat dalam sini juga
selang seketika, ustazah edarkan buku yang kami nak kena beli untuk digunakan sepanjang kelas ni.
kakak: nak ke buku ni? akak belanja
saya: betul ke kak? (dengan nada terharu, baru je kenal dah
kena belanja, he Alhamdulillah),
semangat betul makcik ni tuntut ilmu, wlaupun dah usia 50an, kakak tu pula walaupun dah kahwin dan ada anak, n kerja tetap masih lg guna waktu hujung minggu untuk tuntut ilmu (tempoh masa belajar pogram ni 2tahun plak tu). Malu dengan mereka, semangat berkobar-kobar, ustaz/ustazah tanya cepat je diorang jawab dan berebut nak cakap.
saya: T_T (menghitung diri sendiri, semoga usia sebegitu juga saya juga akan terus-menerus semangat untuk menuntut ilmu macam mereka, in sha Allah)
#Tuntutlah ilmu hingga ke hujung usia ^^"
In sha Allah
'Ku Pilih Dia'
***
Dia (Sahabat yang setia): kenapa
jadi macam ni?
Saya: tak tahu (sambil
menjungkit bahu)
Dia: cuba tengok kembali
hubungan dengan Allah, mungkin ada yang masih kurang.
Saya: tunduk,
berfikir-fikir sendiri. Berkata dengan agak perlahan. ‘mungkin’
Semakin menginjak ke usia
melebihi separuh 20an, saya masih lagi mencari-cari identiti diri sendiri. Kadangkala
rasa dah jumpa kadangkala pula hilang ditelan masa.
Kadng-kadang rasa give up dengan hidup pun ada. Betul la syaitan tu tak
pernah putus asa, xpernah berehat mengelirukan manusia. Tapi kita, selalu
sahaja rasa mengalah. Rasa nak berehat dari melakukan kebaikan. Tak istiqamah
dengan apa yang dah kita lakukan sebelum-sebelumnya.
Seminggu dua ini, jiwa seakan memberontak. Hati seakan memaksa. Mungkin apa
yang saya buat sebelum ni, Allah mengajar untuk menarik saya daripada terus
selesa dengan keadaan yang sebenarnya tak selesa buat fitrah manusia. Fitrah bergerak
ke arah-Nya.
Jiwa rasa kosong, hati rasa tak tenteram. Sedangkan jika benar beriman. Takkan
tergugat oleh musibah, takkan lalai dengan senang, takkan rebah dengan ujian.
Sukar kan jadi manusia? Tapi lebih sukar bila jadi manusia yang tak tahu
bersyukur.
Allah mengajar dengan berbegai bentuk, ada yang kita sedar, ada pula yang
kita tak sedar. Hakikatnya semua adalah pelajaran bagi kita. Proses belajar tu
akan sentiasa berputar-putar dalam hidup kita. Takkan pernah lenyap selagi
nyawa masih ada di badan.
Apa pun percayalah, apa yang terjadi, telah terjadi dan akan terjadi
semuanya suatu proses pengajaran dan pembelajaran daripada-Nya. Dari situlah
kita boleh kenal diri dan membaiki diri untuk terus melayari bahtera dunia
dengan keimanan dan menuju al-Falah. Sebelumnya rebutlah mardhatillah.
Kerana Al Falah hanyalah natijah daripada Marhatillah (redha Allah SWT).
“Siapa yang
meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan
sendiri.”
Sayidina Umar al
Khattab
------------------
Jika Jiwa Kosong,
Isilah..
Jiwa Jiwa Kacau,
Carilah..
Jika Diri Masih Keliru,
Islahlah..
Jika Hati Masih Sakit,
Kembalilah..
Carilah, Kembalilah Pada
Dia Yang Mencipta
Nyata Dirimu Kan Bahagia
Dan Tenang Dengan Segalanya
Insha Allah ^^”
Wednesday, 2 January 2013
Bukan Hanya Kita Seorang
***
Menjejaki tahun baru ini dengan umur yang baru, membuat saya berfikir sendiri. Sampai bila sahaja hayat saya di bumi indah ciptaan Tuhan.
Bergunung-gunung nikmatnya untuk saya di dunia, namun setakat mana telah saya tumpahkan kudrat untuk-Nya?
Kita hidup dengan ramai orang, bukan kita seorang saja, berkasih sayang, tolong menolong, saling memberi, saling berinteraksi.. orang yang hidup sendiri-sendiri pasti tidak akan ada life, xda feel.. rasa macam jauh dengan orang lain.
itu bagi saya, mungkin ada juga manusia yang boleh hidup sendiri, harta banyak, rumah besar, namun tak pasti adakah itu suatu kebahagiaan?
dengan hidup bersama komuniti saya rasa hidup saya lengkap, ada ibu ayah, saya bersyukur, ada adik beradik yang ramai, saya rasa bahagia.. walaupun masih belum ada teman hidup.
sebelum hidup berkeluarga, ataupun sudah hidup berkeluarga dan dah ada anak-anak suatu masa nanti. tanggungjawab pada orang sekeliling kita tak boleh nak lepas tangan.
tanggungjawab mendidik keluarga itu paling besar, bukan hanya kita seorang je yang nak masuk syurga, kita tak boleh nak pentingkan diri. cuba fikir, kita rasa hepi tak bila kita seorang je dapat masuk syurga sedangkan emak, ayah, adik beradik kita tak?
mesti tak best kan? even kalau salah seorang diorang takde masa hari raya pun dah rasa tak best, ini kan pula kat syurga..
so, kita perlu kena lebih bertanggungjawab dalam mendidik mereka, usaha sedaya mampu nak tarik mereka ke arah yang Allah redha. tarik sikit-sikit, lama-lama akan jadi biasa. saya sayang keluarga saya, saya kalau boleh nak tengok diorang berjaya, berjaya di dunia dan ke arah akhirat yang Allah redha baru saya nak hidup berkeluarga.
mak ayah, adik beradik dulu yang saya nak utamakan. walaupun kadang-kadang ada rasa nak hidup dengan teman hidup, ada anak-anak namun, biarlah saya dah usaha hanya Allah yang tentukan pula. moga ada hikmahnya, yang penting nak usaha untuk tingkatkan diri sendiri dan keluarga dulu, in sha Allah. doakan saya ya.
"Selamatkanlah diri dan keluargamu daripada api neraka."
(Surah al-Tahrim: 6)
------AZAM TAHUN BARU-------
sungguh aku malu,
dengan mereka yang tak putus berjihad,
dibedil, diketuk, dihiris, ditoreh,
namun punya hati seteguh kerikil,
berjuang hanya kerana-Nya,
moga hatiku sekuat mereka,
tak gentar dengan musuh..
akan ku lawan musuh itu sedaya mampu..
dan musuh yang paling digeruni adalah
diriku sendiri.
Tuesday, 25 December 2012
Andai Ini Terakhir Buatku
Sunyi seketika, kala insan sibuk berlari,
Aku masih sepi mengasuh diri,
Malu dengan Dia dan mereka,
Banyaknya dosa, betapa lukanya kini.
Kala lihat cakera alamnya,
Angin-angin lembut beralun damai,
Matahari menyinsing indah dan ceria,
Awanan berkejaran hemat dan erat,
Burung-burung riang berkicau di langit dunia,
Itu tanda Kuasa-Nya Dia,
Andai inilah yang terakhir buatku,
Pergilah dunia dalam genggaman,
Hapuslah air mata tanpa tangisan,
Doakanlah daku dalam keriangan,
Biarku damai di sisi Pencipta.
Andai ini yang terakhir buatku..
--
inanNaurah
26.12.12/12.16 p.m
Bumi Tuhan
Thursday, 20 December 2012
jauh di sudut hatinya
...
banyak kali disakiti, lagi dan lagi.. aku yang tak pernah puas untuk mencuba..
ya Allah.. berapa banyak hati yang terguris kerna hanya sikap begini, kenapa
mesti ada rasa macam ni..
Tuhan.. impian yang hanya tinggal secicip untuk terealisasi..kini hanya tinggal
debu putih berterbangan.. mungkinkah akan hadir lagi..
mungkinkah akan ku jumpa lagi..
sungguh,, cukup teruji diri kala ini..mencari belas namun sudah terguris tegar aku
lukis.. bukan mudah untuk diterima kembali..
kerana luka yang terhiris..pasti susah untuk ditepis..
akan mungkinkah ada peluangnya lagi?
banyak kali disakiti, lagi dan lagi.. aku yang tak pernah puas untuk mencuba..
ya Allah.. berapa banyak hati yang terguris kerna hanya sikap begini, kenapa
mesti ada rasa macam ni..
Tuhan.. impian yang hanya tinggal secicip untuk terealisasi..kini hanya tinggal
debu putih berterbangan.. mungkinkah akan hadir lagi..
mungkinkah akan ku jumpa lagi..
sungguh,, cukup teruji diri kala ini..mencari belas namun sudah terguris tegar aku
lukis.. bukan mudah untuk diterima kembali..
kerana luka yang terhiris..pasti susah untuk ditepis..
akan mungkinkah ada peluangnya lagi?
ya Allah..pandulah kami-kami ini menghadapi hari muka dengan
tenang dan bahagia..
Cerpen: i Have A Dream
BERPUSING-PUSING gasing
yang digolek anak kecil itu bila tali yang dipegang dihempas kuat menuju tanah.
Syakir bersorak riang melihatnya, dia suka sekali. Saya sangat suka suasana ini,
susah nak lihat Syakir ketawa, dia lebih banyak diam daripada bercakap.
Susun
ayat dirasakan malas baginya kerana asal sahaja ayat yang keluar daripada mulut
pasti diketawakan orang. Kesian Syakir ia mewarisi gen arwah ibunya, sengal
sejak lahir.
Saya sudah lama berjiran dengan
dia, anak kecil yang beribu tiri itu tinggal di rumah sebelah bersama adik
beradik kandungnya yang lain, enam orang semuanya dan dialah yang paling
bongsu. Cik Melur baru sahaja berstatus ibu tirinya sebulan yang lepas selepas
menikahi ayah kandungnya, Pak Cik Zolkifli.
Saya turut tertanya-tanya
dengan penerimaan Cik Melur dengan kesanggupannya untuk menikahi ayah Syakir,
perbezaan umur mereka sangat ketara, sembilan belas tahun juga bezanya. Umur
pak cik Zolkifli sudah mencecah 49 tahun.
Mariam di sebelah saya mengekek
ketawa, dia yang baru berusia setahun jagung lucu mendengar perkataan yang
diungkapkan Syakir. Mariam menyua botol susu yang ada kemas di tangan. Susu itu
masih panas.
Syakir senyum-senyum melihat. Mariam anak sepupu saya, ditinggalksn
sekejap sepeninggalan ibunya keluar ke pekan membeli baju-baju sekolah untuk
anak-anaknya sempena sekolah yang akan dibuka kembali minggu depan selepas cuti
panjang.
Apabila melihat senyuman
Syakir. Senyumannya ikhlas, kini dia lebih banyak senyum, ketawa dan badannya terlihat
lebih cerdas daripada dulu. Baju Syakir yang dulunya compang-comping kini kemas
memikat. Rambut yang dulunya serabai disikat kemas dengan rapi. Selipar pula tersarung
di kaki, kini agak sukar lagi bagi makhluk-makhluk mikro di tanah mempengaruhi
kesihatannya. Saya tenang dengan keadaan dia sekarang. Sangat!
Saya teringat dengan kisah yang
lama, dia datang dengan luka-luka kecil di tangan, berbalam-balam dibedal sang
abang. Rambutnya kusut masai, lagaknya macam baru sahaja disepak terajang di
medan peperangan. Baju yang labuh pula carik sana-sini. Riak di muka langsung
tidak menunjukkan dirinya sakit. Syakir hanya menahan lapar kerana sepanjang
hari tidak ada makanan yang menggalas perut.
Keluar air mata saya ketika
melihat dia begitu. Sang ayah yang merana dengan pemergian si isteri langsung
tidak mempedulikan anak-anak di rumah. Mereka yang masih kecil bergelut sesama
sendiri untuk sesuap nasi. Syakir selalu dipaksa abangnya untuk mencari sumber
makanan dibuat lauk.
Memanjat pokok kelapa, mencari ikan di sungai, menggali
tanah bagi mendapatkan ubi, memetik pucuk-pucuk ubi, masuk ke hutan untuk
mencari rotan-rotan pun dia pernah.
Perbezaan umur antara adik-beradiknya
hanya setahun seorang. Syakir baru berusia enam tahun. Saya pula anak tunggal
di rumah ini. Rumah kami agak sederhana, tidak terlalu daif dan tidak terlalu mewah.
Umie tak dapat nak bagi saya adik beradik yang lain lagi kerana umie sakit.
Abah
bersyukur dengan kehadiran saya. Abah sayang umie, walaupun
hanya ada saya seorang, abah tak pernah bersungut untuk kahwin lain.
Abah
selalu cakap abah sayang umie sangat-sangat, abah luahkan dengan saya tanpa
pengetahuan umie. Abah romantik, pandai ambil hati, umie pun lebih-lebih lagi
patutla menjadi kesayangan. Cinta kerana Allah akan nampak ikhlas di pandangan
mata, akan tetap tegar dibadai lara.
Syakir sudah saya anggap macam
keluarga sendiri tapi nenek macam tak suka Syakir datang ke sini. Kalau ikut
hati nak saja saya suruh Syakir tinggal dengan saya. Baru saya boleh jaga dia,
ajar dia macam-macam. Budak mentah yang baru nak kenal erti hidup, pasti banyak
yang dia nak tahu terutamanya ilmu kenal Allah.
Bukan mudah untuk diajar jika
tak diasuh bermula dari sekarang. Tapi sekarang Syakir dan keluarganya nampak
lebih terurus dengan kehadiran Cik Melur. Saya rasa Cik Melur akan mampu
membimbing Syakir adik beradik dan mengubat sedih di hati Pak Cik Zolkifli.
“Warghh..” Syakir menyergah.
Mariam di sebelah mengekek ketawa, kuat.
“Syakir ni.. terkejut akak
tau.” Saya buat-buat riak terkejut, sengaja ingin menduganya. Muka Syakir
seakan rasa bersalah. Comel sekali. Saya meleret senyum.
“Akak.. minta maaf tak sengaja,
hehe.” Tersengih dia menampakkan giginya yang seikit rongak. Terus berubah riak
muka yang bersalahnya kepada riak nakal.
Syakir pantas memanjat pokok
kelapa yang hanya tinggal separuh sahaja batangnya. Panjatannya sangat pantas.
Saya mengurut dada. Takut dia akan jatuh ke tanah, bukan rendah tinggi juga.
Syakir masih di atas sana menunjukkan aksi lincahnya.
“Syakir.. cepat turun sambil
melambai-lambaikan tangan kiri, sedang tangan kanan erat memegang Marian.
Syakir hanya menggelengkan
kepalanya di atas sana. Saya mula gelisah. Rasa takut pun ada. Nanti kalau dia
jatuh bukan dia sahaja yang akan sakit, saya pun akan turut sedih. Bahkan semua
yang menyayanginya pun sama.
Tiba-tiba ada satu bunyi
bising, semacam bunyi ribut kecil. Lama saya perhatikan namun tak muncul juga.
Apabila saya berpaling sahaja ke sebelah kiri. Satu kawanan lebah datang
menyerang Syakir.
Bersambung..
Subscribe to:
Posts (Atom)



