***
Minggu ni saya belajar something yang simple tapi dalam maksudnya. Sesuatu yang mudah orang buat tapi berat akibatnya. Sesuatu yang indah kat luar tapi dalamnya racun.
Nak tahu apa dia?
Itulah sangka-sangka, bukan sangka baik tapi sangka buruk kat orang lain, kat diri sendiri, kat famili yang paling buruk sangka buruk dengan Allah SWT.
Bersangka buruk ni sebenarnya tak best pun. Hati jadi tak tenang, makin jadi berhati-hati pada yang tak sepatutnya. Orang pun rasa tak tenang tengok kita, rimas.
Dalam kelas hari tu, dikatakan bahawa Rasulullah SAW tak pernah bersangka buruk dengan orang lain kecuali Baginda SAW hanya mengambil sikap waspada. Waspada tu perlu ada juga apabila dah kena dengan sesuatu yang tidak baik.
Muslim yang baik tu kan takkan jatuh ke lubang biawak dua kali. Kan?
Contoh sangka buruk.
***
A: "Eeee.. dia tak senyum kat aku pun." Terasa hati sendiri.
Padahal si B rabun, atau sibuk dengan benda lain, mana nak perasankan Si A.
***
"Kenapa Allah bagi orang lain kawen, tapi aku tak lagi? Allah tak sayangkan aku ke?"
Padahal Allah SWT tahu sebenarnya dia masih lagi tidak mampu untuk memikul beban amanah yang berat. Maih lagi kurang dalam ilmu perkahwinan. Mana tahu berkahwin sekejap sahaja dan bercerai. Itulah cinta Allah SWT, dia tahu akan kekuatan setiap hambanya. Tepat pada hari, masa dan jamnya kahwinlah dia kerana Allah SWT tahu dia telah mampu untuk memikul amanah-amanah yang makin berganda.
***
D: "Aku ni teruk ke, kenapa tak da orang nak kawan ngan aku?"
Padahal dia sendiri yang tidak memulakan perkenalan, tidak memanjangkan silaturahim. Tidak pula sanggup menolong orang lain dan tidak pula sanggup mengorbankan diri. Orang yang disukai oleh ramai itu, mereka yang ringan tulangnya, baik hatinya, tidak pemalas dan tidak pula menyusahkan orang lain.
p/s: Jangan banyak sangka-sangka nanti jadi rangka, hehe ;)
***
Wallahualam
InanNaurah
20140109
No comments:
Post a Comment