Sunday, 30 November 2014

Masalah

***

"Saya nak kerja sebab nak beli kereta!"

"Saya nak kerja besar untuk beli rumah besar, untuk hidup selesa, untuk pakai kereta mewah."

"Saya nak kerja gaji tinggi untuk buat kenduri grand..grand.."

.
.
.
.
.

Friday, 14 November 2014

Jauh..

***

kekadang, bila hidup rasa kosong.
Bila jauh daripada Tuhan dan rahmat-Nya.

Hari-hari aku berfikir bagaimana untuk aku menjadi manusia yang berbuat banyak kebajikan.
Dalam masa yang sama sebenarnya, aku banyak meninggalkan kebajikan dan menjauh daripada rahmat-Nya.

Aku sering tergesa-gesa dalam solat kerana mengejar kebaikan..
Aku termengah-mengah menunaikan puasa, dalam masa yang sama aku keliru dengan kejahatan.
Aku sentiasa mengais-ngais kemanisan ukhuwah, dalam masa yang sama aku meninggalkan teman lama yang perlukan perhatian,

Aku sentiasa menjaga perkara-perkara yang akan menghijabkan doa daripada ditolak Allah SWT, dalam masa yang sama aku tidak menjaga tahajudku,
Aku sentiasa inginkan kebahagiaan, dalam masa yang sama aku menolak kebahagiaan,
Aku sentiasa menadah tangan berdoa, namun dalam masa yang sama aku tidak bersungguh-sungguh memohon dan berharap..

Adakah untuk aku secebis kemanisan dalam mengejar hidup sementara,
Adakah Allah SWT redha dengan setiap derap langkah aku di dunia,
Adakah nyawa aku akan berakhir dengan husnul khatimah..

...

Apakah yang aku cari?

.
.
.
.
.
.
.
.

Redha Ilahi itulah yang seharusnya didamba.
Bukan redha manusia,.


.
.
.
.
.

----



Wednesday, 5 November 2014

Lihatlah dengan mata burung, bukan tempurung

***

Saya masih ingat lagi dialog dengan kakak sekerja saya.

"Kak macam mana nak jadikan diri kita ni matang?" Alasan kenapa saya bertanya adalah kerana saya merasa diri saya ini terlalu tidak matang dan cetek pengetahuan.

Dengan tenang dijawab oleh kakak itu,

"Banyakkanlah membaca dan menonton filem yang baik-baik, sedikit sebanyak kita akan belajar daripada ilmu baik yang disampaikan. Juga pekalah dengan setiap hikmah yang berlaku dantabahlah dengan ujian Dengan itu, hati dan fikiran akan sentiasa bekerja untuk berfikir dan mencari kebaikan serta jalan penyelesaian."

Setelah itu, saya termenung sendiri dan meminta kepadanya cadangan buku-buku yang sangat baik untuk dibaca dan cadangan filem yang bagus-bagus.

Sejak hari itulah saya terjebak dengan cerita-cerita dan novel dan Indonesia. Hasil daripada cadangannya. Sebenarnya filem serta novel Inodonesia sangat mengispirasikan diri saya. Dan hasil daripada itu, saya merasakan perlu untuk saya berkongsi novel yang sangat membekas dalam diri saya saat ini dan selamanya inshaAllah.

***



Friday, 24 October 2014

Mencari Fokus Diri

***

Dalam banyak-banyak perkara yang saya lakukan. Berniaga dan menulis adalah menjadi perkara yang membahagiakan bagi saya.

Kedua-dua perkara yang saya lakukan alhamdulillah Allah SWT izinkan untuk mendapat secebis kejayaan. Namun, kadang-kadang apabila banyak perkara yang kita lakukan dalam satu masa menjadikan kita tidak fokus dan menerawang ke perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan.

Dalam tahun 2011 saya menulis dan diberikan tugasan menulis pada tahun 2012.

2013 saya menulis tetapi semakin berkurang dan pada tahun 2014, saya langsung tidak menulis dan fokus saya adalah pada perniagaan. Dan kini ketika semangat menulis telah berkurang saya disedarkan oleh Tuhan, bahawa menulis adalah sebenar-benarnya bidang yang saya ingin lakukan selama ini.

Ini fokus yang sebenarnya ingin saya garap untuk menjadi penulis profesional suatu masa nanti.

Ya Allah, terima kasih kerana Engkau menyedarkan aku bahwa menulis itu adalah suatu bidang yang sangat mulia.

Menulis bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk manusia lainnya. Manakala, berniaga adalah sampingan sahaja. Tetapi tanggungjawab untuk khalifah di dunia ini akan aku galas dengan usaha membaca dan menulis siang dan malam kerana itu tradisi dan anjuran para ilmuwan dan Rasul
tercinta.

InshaAllah

Man Sara Ala Darbi Washala: 
Siapa yang berjalan di jalannya, akan sampai ke tujuan.

***

InanNaurah
20141025.
144pm




Thursday, 2 October 2014

Kenapa Doa Tidak Makbul?


***

Seseorang bertanya kepada Ibrahim bin Adham,

"Kita selalu berdoa, tetapi kenapa doa kita tidak dimakbulkan Allah SWT, sedangkan Allah SWT berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.: [Ghafir; 40:60]

Ibrahim menjawab "Sebab hati kamu semua telah mati."

Orang itu bertanya, "Apakah yang membunuhnya?"

Wednesday, 1 October 2014

Tips Khusyuk Dalam Solat

***

Hatim al-Asyam ditanya, "Bagaimanakah keadaan solatmu?"

Dia menjawab, "Jika waktu solat telah tiba, aku berwuduk dengan sempurna. Selepas itu aku berjalan ke tempat solat yang kuinginkan. Aku duduk di sana dan berusaha bersungguh-sungguh menumpukan seluruh anggota tubuhku untuk solat.

Kemudian, aku berdiri untuk solat.



Tuesday, 30 September 2014

KEADILAN TUHAN

***

Antara munajat Nabi Musa a.s kepada Allah SWT di Bukit Tursina ialah, "Ya Allah, tunjukkanlah keadilan-Mu kepadaku."

Allah SWT berfirman kepadanya, "Jika Aku menampakkan keadilan-ku kepadamu, engkau tidak akan dapat bersabar dan tergesa-gesa menyalahkan-Ku."

Nabi Musa a.s berkata, "Dengan taufik daripada-Mu, aku akan dapat bersabar menerima dan menyaksikan keadilan-Mu."

Allah SWT berfirman, "Pergilah engkau ke tempat yang ada mata air. Bersembunyilah di tempat tersebut dan saksikanlah apa yang akan terjadi."

Sunday, 28 September 2014

99 Cahaya Di Langit Eropah

***

Part 1



Part 2



***

Sangat menginspirasi.

Saturday, 27 September 2014

TERBANG DENGAN HATI


***

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Di sini aku berdiri dengan kudrat yang sepenuhnya daripada Tuhan Yang Maha Pengasih. Aku pandang diri sendiri di dalam cermin fikiran. Aku rasa aku dah banyak berubah dalam banyak hal. Lebih matang dan lebih mandiri bak kata orang Indonesia. Lebih berdikari.

Bagaimana? Bukan satu hal yang baru apabila kita nak mengetahui jawapannya. Sebenarnya perubahan yang aku rasa adalah banyak dipengaruhi oleh orang sekeliling aku. Bila iman mereka kuat. Aku turut merasakan iman aku juga selamat. Kerana? kerana mereka yang berusaha untuk membawa diri mereka ke Syurga. Akan juga berusaha membawa kita bersama-sama mereka.

Lagi?


Thursday, 11 September 2014

MIRAI E



Tangan aku terketar-ketar menahan kesejukan. Angin yang kuat kian lebat menerjah diri sama juga dengan mata yang semakin berkaca-kaca mahu menurunkan mutiara putih. Bunyi kaki yang menderap semakin mendekat, aku terasa bagaikan di dunia asing. Aku melihat makhluk-Nya tidak seperti biasa, mereka dipandang tetapi tidak memandang kembali kepadaku. Langkah aku semakin laju, tangan ini semakin kuat gigilannya di poket baju.

Hampir sahaja ke hadapan. Perkataan-perkataan yang ditulis di dinding-dinding itu seolah-olah memerli aku. Apakah mereka faham keadaan aku sekarang? Oh, pada siapa untuk aku mengadu, hilangnya kini sahabat-sahabat itu menambahkan perit di dalam dada. Namun, akan aku teruskan juga walaupun keadaan sudah jauh berbeza.


Saturday, 6 September 2014

Cerita Sepotong Kek

***

Dah lama saya tak menulis. Rindu dengan penulisan sambil mendengar lagu sutera kasih dendangan kumpulan nasyid in-team. Jam 2.33 pagi mata masih segar sambil mengingat kembali pengalaman dan pengajaran yang berlaku hari ini dan semalam.

Cerita sepotong kek yang berlaku di hari-hari saya dan juga kemungkinan pengalaman yang sama sudah terjadi kepada saya berulang kali namun tahap iman itu pasti ada turun naiknya. Manusia itu sifatnya pelupa, akan terus lupa dengan nikmat dan bersedih bila ditimpa kecelakaan.

***

Sepotong kek itu berkisar apabila saya mengadakan sedikit jamuan di rumah kepada sahabat-sahabat. Dua biji kek yang bersaiz besar dan kecil dihidangkan kepada tetamu beserta makanan-makanan yang lain. Namun, disebabkan dengan kesibukan melayan tetamu saya tidak sempat untuk makan kek yang dikatakan sedap oleh kebanyakan tetamu yang dapat merasa.


Thursday, 24 July 2014

#22 Ramadan

***

Alhamdulillah dengan daya dan upaya yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kami dah menyiapkan makanan untuk diedarkan kepada mereka yang berkemungkinan tidak semat berbuka puasa kerana menaiki kenderaan awam. 100 packaging selamat disediakan. Alhamdulillah.



Dalam membuat kerja-kerja begini bukan usaha seorang tetapi perlukan ramai tangan yang sedia membantu. Kami beruntung dan bersyukur kepada Allah SWT kerana housemate dan kenalan, ringan tulang membantu. Saya pasti mereka yang rajin membantu itu yakin, ganjaran Allah SWT pasti berlipat ganda di bulan puasa.


Rindu Yang Masih Berbaki..



***

Beberapa bulan ni hidup dipenuhkan dengan berfikir dan merenung diri sendiri. Tapi diakui juga sebulan ni memang fokus pada bisnes. Matlamat nak bayar duit rumah sewa, menyumbang pada yang memerlukan dan yang utamanya adalah mengikut Sunnah Rasulullah SAW iaitu berniaga.

Bila tiba bulan Ramadan. Macam-macam perasaan ada. Rasa letih, demam pun ada juga dua hari, tapi rasa yang paling best adalah bila apa yang kita terlintas di fikiran terus jadi terutamanya kita rasa nak sesuatu terus kita dapat. Kita rasa nak tahu sesuatu benda terus datang sekelip mata. Pasal demam tu pun ada terfikir terus kena. Ya Allah betapa hebatnya bulan Mulia, apa yang terniat Allah SWT Maha Tahu dan Dia juga Yang Maha Mengurnia. Apa yang saya dapat? Alhamdulillah semuanya yang saya perlu dan mungkin Allah tahu itu juga yang terbaik untuk saya.


Friday, 16 May 2014

Seusia Hidupku

***

Hari ni rumah kosong dengan manusia, kosong dengan perbualan mereka. Rumah juga kemas, fikiran tenang. Hati lapang. Sesekali kita perlu menyendiri untuk memuhasabah diri, kan kawan?

Dalam seminggu selepas balik dari bermusafir, diri makin matang dalam menilai erti kehidupan dan mengenal diri sendiri dan manusia lain. Benarlah musafir adalah ubat untuk kegelisahan hati, insyaAllah jika betul niat dalam bermusafir.

Setelah balik ni saya dah habiskan dua buku karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, post-post terbaru beliau tidak saya lepaskan juga. Walaupun saya tahu ramai yang telah membaca karangan beliau yang bertajuk 'Rindu Bau Pohon Tin' dan 'Secangkir Teh Pengubat Letih' lama dahulu berbanding saya yang baru merangkak-rangkak membaca tulisan beliau. Tapi saya yakin, ada hikmahnya Allah menetapkan saya membaca masa sekarang bukan pada waktu dulu. Alhamdulillah ala kulli hall..

Membaca menyebabkan saya mengetahui banyak perkara terutamanya tulisan beliau. Saya mengenal dunia yang berbeza dengan apa yang kita lalui hari-hari. Kisah di Jordan, kisah di Turki dan negara-negara lain yang pada pandangan kita yang kita pandang dengan pandangan kosong dan keliru. Ada yang berkata luar negara itu indah ada pula sebaliknya. Benar kita tidak akan tahu perkara yang sebetulnya tanpa melalui apa yang mereka rasa.

Episod hidup saya amat rumit, saya bermula dengan menjadi manusia pengikut. Ikut orang suruh, semua saya buat. Sehinggalah saya belajar sekarang untuk menjadi manusia yang menjadi dirinya sendiri. Namun, sekarang juga masih terumbang ambing dalam menjadi seorang manusia yang tetap dan teguh dengan pendirian.

Takdir meletakkan diri saya pada sebuah pelajaran untuk saya menganalisis setiap apa yang terjadi di sekeliling saya. Menganalisis keputusan yang perlu saya buat, sama ada lebih banyak buruk daripada baik ataupun sebaliknya. Menganalisis untuk membuat kebaikan lebih dan memimumkan keburukan.

Hati sebenarnya terusik dengan ketidak berdayaan saya menganalisis apa yang saya baca dan tidak mampu hadam dengan baik apa yang saya baca. Terkadang hidup ini terasa kosong dan celaru apabila pembacaan tidak diterjemahkan kepada penulisan dan perkongsian. Saya ditakdirkan hidup dalam keadaan yang tidak berapa pandai untuk bercakap dengan baik dan indah seperti mereka yang sangat pandai dan mengusik jiwa apabila mengeluarkan patah-patah kata. Saya akan kaku apabila berhadapan dengan ramai orang untuk memberikan sepatah kata. Itu mungkin kerana diri saya yang tidak mahu untuk belajar dan mengubah keadaan diri.

Namun, saya sering mendengar, tulislah inan. Tulislah untuk kau tinggalkan apa yang sepatutnya, untuk mengutip pahala apabila orang membaca tulisanmu. Kelak kita akan mati, jadi tinggalkanlah sesuatu yang berharga dan membuatmu gembira di akhirat sana. Oleh itu, saya mengambil inspirasi mereka-mereka yang tidak jemu untuk menulis segala apa yang mereka fikirkan dapat mengubah dan mengajarkan umat bangsa akan bahagianya kita dengan Islam. Indahnya Islam dan ruginya tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan.

Saya berharap agar dengan penulisan ini bukanlah suatu tulisan yang sia-sia. Tetapi tulisan yang mampu untuk mencambahkan jiwa lain untuk menyemai Islam dalam diri mereka juga diri saya.

Allah, kami hamba yang hina. Bantulah kami dalam menempuh duri ranjau dunia dalam mengemis redha-Mu. Ameen Ya Rabbal Alamin..


----
inanNaurah
1124am
20140517







Monday, 12 May 2014

Rindu pada tangan yang berteleku

***

Bau-bauan kertas itu yang aku rindu..
Terletak dekat pada mata, tetapi sungguh jauh pada hati.
Sudah lama tangan ini berteleku,
Berkira-kira untuk menulis yang mana,
Berusaha mengingat memori yang lama,
Namun semakin dipinggir keterbatasan masa,

Bau harum kertas itu semakin memekar kini,
Kuhujani dengan cairnya lipatan,
Sudah terlalu lama aku hilang dengan permainan duniawi,
Terkapai-kapai sendiri menanti pena yang menari,
Bukan sahaja pena, bahkan jari pun sudah berhenti.

Terasa kosong dengan kemalasan dan penangguhan,
Terasa berat dengan perkongsian yang semakin tidak dipeduli,
Kini aku bangkit kembali, mencari lagi makna diri pada memberi.



--------
inanNaurah
530pm
20140512



Thursday, 17 April 2014

Warna Warni Kehidupan

***

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama tak menulis di blog ni, hampir dua bulan juga. Dua bulan ni lebih banyak melihat dan meneliti je, mentafsir tetapi tak diadunkan dalam bentuk penulisan. Rasa kosong pun ada juga.

Apa yang berlaku dalam dua bulan ni terhadap diri saya, macam-macam. Perkara-perkara di luar jangkaan tetapi semuanya hikmah yang cukup besar daripada Allah SWT. Belajar daripada pegalaman diri sendiri dan pengalaman orang lain. Itu semua memang mendewasakan diri dan menerjah hati untuk menerima kekurangan-kekurangan serta kelemahan yang ada.

Monday, 24 February 2014

Penulisan Berkait Dengan Kepimpinan?

***

Alhamdulillah, sekarang saya sedang mengkaji berkaitan kepimpinan dalam penyelidikan sarjana saya. Semoga penyelidikan ini lebih mematangkan diri saya dan lebih mengenal diri sendiri sebagai seorang hamba dan khalifah Allah SWT.

Khalifah?

Ya, banyak disebutkan dalam al-Qur'an bahawa makhluk manusia diutuskan sebagai khalifah-Nya untuk berdakwah dan sebagai hamba-Nya.



Thursday, 20 February 2014

Sakit yang dianggap Biasa

***

Banyak perkara yang berlegar dalam minda saya sejak dua menjak ini. Menjadi berat kerana susahnya mencari ubat. Ya, ubat kepada masyarakat yang semakin ramai buta mata hatinya sendiri dan tidak mahu pula mengubati ketika sedang sakit malah membiarkannya menjadi tenat.

Sebenarnya apa yang saya nak utarakan adalah mereka yang tahu, yang banyak ilmu agamanya, yang sedar akan anutan agama yang diikutinya tetapi tidak mengamalkan apa yang mereka tahu. Atau cara mudahnya menganggap itu secara mainan dan tidak berusaha untuk mengekalkan apa yang benar tetapi lebih selesa dengan meninggalkan apa yang memang hati sudah mempercayainya bahawa benar.

Saturday, 15 February 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar

***


Alhamdulillah, selesai membaca buku cerita cinta Ahmad Ammar yang merupakan seorang sehidimiz, seorang yang telah syahid di bumi Turki. Buku ini adalah himpunan cerita cintanya bersama orang-orang sekeliling yang rapat dengannya. Mereka bukan sahaja bercerita berkenaan dengan akhlak beliau tetapi juga harapan dan kasih sayang beliau pada ummah.

Saturday, 8 February 2014

Biarlah alunan menerjemahkan sebaris kata

***

Pernah dengar lagu tak? Saya yakin semua orang pasti pernah dengar lagu, sama ada lagu berbentuk islamik atau tidak. Alunan lagu mempunyai lirik-lirik yang kadang-kadang sangat bermakna dan menyentuh hati. Ada juga yang sampai buat orang menitiskan air mata dan berubah.

Wednesday, 5 February 2014

Siapa Sang Pemurah?

***

Seminggu tak menulis, rasa ada sesuatu yang hilang.
Benarlah, istiqamah akan setiakan kita dengan amalan. Bila hilang pasti jiwa rasa tak tenteram dan kosong.

Begitu juga dengan pengisian ilmu dalam dada. Ilmu merupakan makanan bagi rohani untuk setiakan hati dengan amal baik. Ilmu yang benar-benar diamalkan pula perlu kepada hati yang bersih. Itu kerana hatilah punca segala amalan, niat kena betul, hati ikhlas dan yakin hanya pada Allah SWT.

Wednesday, 29 January 2014

Memaknakan Semula Kehidupan

***

Alhamdulillah, hari ini suatu hari yang indah dan baik dalam hidup saya. Ditarbiah dengan baik dengan izin Allah SWT. Bukan secara langsung tetapi dengan memerhati, meneliti dan berfikir.

Hari ini ada dua program. Satu dinilai oleh pihak atasan berkenaan dengan tugasan kami secara berkumpulan dan dibentangkan sendiri oleh muraabi kami. Kedua, kami menerima lawatan rasmi daripada sebuah institusi pendidikan tempatan.

Tuesday, 28 January 2014

Ihsan.

***

Selalu kita akan rasa segan, lemah, longlai bila diperhatikan oleh orang dengan terlalu lama akibat segan. Ada juga yang akan buat yang sehabis baik, dijaga penampilannya kerana ada yang memerhati dan menilai. Apabila ditemuduga kemasnya bukan main, siap dengan kot dan kemeja, tudung yang rapi, kedudukan yang terbaik.

Tapi..

Hidup untuk tidur atau Tidur Untuk Hidup?

***

Pernah dengar tak kata-kata kalau nak berjaya dalam hidup. Jauhkan diri daripada lambung yang enak. Maksudnya jauhkan daripada tempat tidur yang empuk dan jangan banyakkan tidur. Saya rasa begitulah kata-kata dan maksudnya. Kurang pasti juga. Tapi,

Orang yang nak berjaya dalam hidupnya, hidup pula untuk Allah SWT. Agak-agak dia akan banyakkan tidur tak?

"Hidup untuk tidur atau tidur untuk hidup?."

Hidup Bukan Untuk Suka-Suka

***

Seminggu sekali kami akan ditarbiah, akan ada kelas tazkirah dan pengajian mingguan. Ya, bukan senang untuk istiqamah dengan kelas sekali setiap minggu terutamanya kelas yang membincangkan perihal agama.

Namun, begitulah jika terdidik dan terbiasa, perkara tersebut akan jadi satu kemestian dan akan merasa kehilangan jika tidak dipenuhi.

Hari ini kata-kata daripada murabbi saya.

Sunday, 26 January 2014

Deep in my Heart

***

Kadang-kadang pernah tak kita rasa sangat malas nak melakukan sesuatu perkara. Semua pun kita tak nak buat, nak je tido, makan, tengok tv. Otak nak terima perkara mudah sahaja. Melihat dengan tak mentafsir, mencari dengan tak menggali, membaca tapi tak analisis dan muhasabah.

Itulah diri saya yang dulu..

Sunday, 12 January 2014

Bintang Syurga: Sehidimiz Ahmad Ammar

***
Sehidimiz Ahmad Ammar
Pencetus ummah,

Bagi saya dia pencetus kebangkitan anak muda yang semakin hilang rasa Bertuhan dan perjuangan untuk menegakkan kalimah Tuhan.

Friday, 10 January 2014

Jahiliah Yang Terbuka


***

Dulu, yang dikatakan tanam anak perempuan hidup-hidup dikatakan jahiliah,
Yang menyembah berhala dikatakan jahiliah,
Yang menyembah matahari dikatakan jahiliah,
Yang suka sesama sejenis dikatakan jahiliah,
Yang menyembah firaun dikatakan jahiliah,
Yang minum arak dan berpesta dikatakan jahiliah,

Sikit Cakap, Banyak Buat.

***

Satu ayat yang sungguh tajam bagi telinga saya hari ini;

"Jangan banyak cakap, tapi banyak buat atau lakukan."


Thursday, 9 January 2014

Sangka-sangka jangan sampai jadi rangka.

***

Minggu ni saya belajar something yang simple tapi dalam maksudnya. Sesuatu yang mudah orang buat tapi berat akibatnya. Sesuatu yang indah kat luar tapi dalamnya racun.

Nak tahu apa dia?
Itulah sangka-sangka, bukan sangka baik tapi sangka buruk kat orang lain, kat diri sendiri, kat famili yang paling buruk sangka buruk dengan Allah SWT.


Wednesday, 8 January 2014

Kita Bukan Lama..

***

Kita bukan lama,
Dunia bukan fana,
Jiwa takkan tenang,
Hati takkan aman,

Allah..
Aku tahu aku khilaf,
Banyak amanah aku cantas,
Banyak janji aku mungkir,

Aku lemah tanpa bimbingan,
Aku insaf dengan kelemahan,
Tuhan,
Jangan tinggal aku,
Jangan tinggal kami.

Rindu dengan taubat dan sungguh-sungguh.
Rindu dengan ilham dan kasih sayang.

Allah..
Hanya Engkau Yang Maha Satu.








Saturday, 4 January 2014

Selagi Ada Waktu, Selagi Bulan Masih Bersinar


Hufaz-Selagi Ada Waktu


***

"Esok aku mesti study sungguh-sungguh, banyak dah masa terbuang hari ni."

"Kejap lagi la aku buat, nak rehat kejap."

"Kalau buat kejap lagi mesti ok."

"Solat lambat sikit la, nak baca sampai habis dulu."

"Baca kejap lagi la, tengok tv dulu."

"Tak pe la tak payah la tegur dia, dia akan tahu sendiri juga nanti."


Thursday, 2 January 2014

Jambatan Syurga

***

Terdengar sayup-sayup suara anak-anak bermain di tepian sawah. Berlari sana sini, berkejar-kejaran satu sama lain. Sawah kelihatan menguning dengan padi yang minta untuk dituai. Ikan-ikan di kali berenang girang.

Layang-layang terbang melayang di bawa arus angin petang. Indah suasana yang dianugerahkan Tuhan kepada penduduk kampung Murni. Tenang, damai dan tenteram.


Wednesday, 1 January 2014

Ashabul Ukhdud: Kisah Benar dari Surah al-Buruj


“Drap..drap..”

Cangkul terus-menerus menggali tanah yang ada di hadapan. Kak Nita sekejap-kejap menghela nafas panjang, ada juga terkadang tercungap-cungap nafasnya meneruskan cangkulan demi cangkulan. Parit itu perlu disiapkan sebelum hujan mula mencurah lagi seperti semalam, lebat dan deras.

“Aiman nak cangkul juga,” kata Aiman sambil bercekak pinggang.

Kak Nita senyum, peluh memercik ligat di dahinya. Angin mula bertiup sepoi-sepoi bahasa, ada udara segar yang menerjah nyaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad