Monday 5 August 2013

Si Hitam.

sayup-sayup kedengaran suara si hitam melaung-laungkan suaranya yang sedikit garau. mak siti tidak mengendahkan si hitam, dia sibuk dengan adunan kuih di tangan. hitam letih dia lapar, dia inginkan belas kasihan mak siti, Raudhah belum pulang dari sekolah sudah lima hari Raudhah berkhemah di hutan. biasanya Raudhah yang akan memberinya makanan.

Hitam tetap di situ, kerana keletihan dia rebahkan diri di sudut tikar di dapur, matanya terasa berpinar-pinar, sejak beberapa hari dia tidak mendapatkan makanan.




hitam diam berteleku, sambil kedua tangan di bawah dagunya, air matanya mengalir perlahan akhirnya hitam pergi buat selama-lamanya, dia bukan manusia yang mampu menahan lapar berhari-hari lamanya, dia hanyalah seekor kucing..

dia hanya harapkan belas manusia, dia bukan tidak mahu mencari, tapi dia terlalu penat, dia tahu manusia itu diberi rezekinya oleh Allah, dan dia hanya mengharap secicip rezeki kurniaan Tuhan daripada manusia itu, salahkah dia?



dan ingatlah..

"Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dann tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah." (Hadith Riwayat Bukhari)

"Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya)." (Hadith Riwayat Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah.)


Wallahualam hadith ini sahih atau tidak, namun kena beringat, setiap makhluk yang bernyawa ada haknya masing-masing, kita sebagai khalifah Allah di muka bumi perlu prihatin dan cakna dengannya. in sha Allah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad