Wednesday, 29 February 2012

camar yang tinggi

* * *


apa yang saya rasa sekarang.. makin pelik, kadang rasa hilang kadang rasa ada.. tapi kelainannnya membuat jiwa sikit terseksa, bila kita berserah rasanya tu macam salah tapi kalau terus ke depan tanpa tak tahu apa-apa itu seksa namanya.. saya cuba untuk jadi yang terbaik, tapi usaha saya xsebaik yang saya kata..


kita tak punya apa-apa tapi yang kita ada itu memang bahagian kita, senang tengok diorang buat.. sana sini macam semuanya mudah, saya rasa susah.. cepat sangat putus asa sebelum mencuba,


tapi bila nilai baik-baik, memang kita takkan pernah sama, Allah dah bagi adil, seadilnya untuk setiap hamba-Nya, bila mana kita lebih ada insan lain yang kurang, bila mana kita kurang Allah bagi lebih pada yang patutnya, adil bukan?


so, dunia takkan berputar balik melainkan putaran tetap pada paksinya saja, bulan juga akan terus terang sampai pagi dia hilang, matahari tetap ada, cuma kita je yang dok negeri yang berbeza-beza, sana terang sini malam,


jadi, jom kita tinggikan nilai kita dengan sentiasa berusaha untuk menjadi seorang yang berjiwa tinggi, tak keluh dengan apa yang kita ada, tapi bersyukur sentiasa.. :)


insyaAllah.. 


with luv,
Inan Naurah

Tuesday, 28 February 2012

Tak Kenal Maka Tak Cinta

* * *


dulu.. menulis jadi satu kesusahan buat saya, perasaan tak suka lebih banyak dari yang suka, tapi entah macam mana, rasa terinspirasi dengan penulisan seseorang.. 


gaya bahasa yang dia tulis cantik, mudah.. nak faham senang, mesej pun sampai. saya selalu tengok blog diorang, seorang lelaki dan sorang perempuan.. dua-dua kenal cuma satu di alam maya tak kenal kat realiti, 


walaupun blog diorang nampak macam blog peribadi namun diorang menonjolkan mesej yang baik untuk dikenang-kenang, gaya bahasa yang tercatit cukup indah.. memang hati saya cepat tertawan, inilah namanya takdir dan sekarang bidang penulisan rasa semakin bersemi dalam diri saya, apa saja yang dibuat pasti ada hubung kaitnya dan penulisan dah jadi sebahagian besar dalam hidup saya.. Alhamdulillah




mungkin, ini caranya untuk Allah tunjukkan pada saya, apa yang kita benci tak semestinya tak baik untuk kita, 


"..dulu benci sekarang suka, dulu suka sekarang dah naik muaknya.."


 dan yang mudahnya,


"Tak kenal maka tak cinta."


with luv,
Inan Naurah







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...