Friday 24 July 2015

LA TAI ASU-PART 1

Dia sedang membaca al-Qur'an di penjuru selekoh sebelah bilik ICU. Sekali sekala dia berhentikan mata daripada ayat-ayat cinta Allah SWT untuk melihat sekeliling.

Orang ramai lalu lalang tanpa henti, manusia berkot putih di kiri kanan, ada yang berkejar-kejar, ada yang melenggang sambil melihat telefon di tangan. Ada pula yang berkumpulan menuju ke arah cafe. Ada pula insan beruniform lengkap warna putih, biru,  hijau tidak kurang yang berkopiah di kepala sambil duduk-duduk di kerusi bermarmar biru.

Dia memerhati segala gelagat yang ada, berlainan segala karakternya, pemakaian, cara jalan, cara bercakap, tidak kurang juga berlainan akhlak. Dia memerhati. Lama. Sambil otaknya ligat menafsir segala macam yang dia lihat sambil dalam hatinya berdoa agar semuanya diberi kebaikan yang banyak oleh Allah SWT.



Thursday 2 July 2015

Baca..

***

Lama tak menulis. Sekarang ni saya target nak banyak membaca. Buku yang dibeli dekat pwtc tahun lepas pun tak habis baca lagi. Lepas tu dapat baucer buku, tambah lagi buku-buku yang ada, memang tak dan nak baca semua. Jeling-jeling pun tak sempat. Balik je keja, memang xdan nak buka buku pun, terus menghadap benda lain..

Masa..

Semua daripada kita dapat 24jam sehari, tapi tak ramai yang dapat gunakan dengan sebaiknya. Bila muhasabah diri, banyak masa sebenarnya tapi banyak dok habis dekat benda lain, teknologi, tidur, dok saje2, keluar jalan2 yang tak berfaedah.,, shopping.. errr..

Banyak masa terbuang sebenarnya..
dan masa tu tak digunakan depenuhnya dengan aktiviti berfaedah seperti membaca buku yang bermanfaat..

T_T

Bila tiada ilmu, tiada pula semangat nak berdakwah, sebab tidak tahu apa yang nak disumbangkan dan dikongsi. Ayat pun tak best bila nak menulis. Eh..

Huhu..
Jom mulakan semula membaca, bermula dengan membaca kat blog pun jadilah.
Dah baca, fikir dan semat dekat hati, bukan buang jauh2..huhu..

***
inanNaurah
20150703
1027am



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad