Wednesday, 21 March 2012

bahgia..


bahagia penentunya ketenangan,
musibah tak semestinya duka,
kerna yang hadir itu walau apa pun..
hilangnya dari mata akan dirindu jua..  :')


Friday, 16 March 2012

semangat yang hilang



* * * 


Dunia terasa sepi tanpa dia, bercucuran mutiara jernih jatuh di kanan dan kiri pipinya. Dia lemah, tidak berdaya menanggung rindu. Puas sudah ditahan namun kenangan tetap memujuk rayu untuk menerjah ke ruang sempit mindanya.


Dikerling jam di tangan kirinya, sudah pukul 11 malam. tapi kaki tetap berdiri di situ, tidak mahu berganjak. Dia pasrah namun bukan menyerah, dia redha namun seakan paksaan pada hatinya.


"Pasrahkah aku atau redha aku? Jiwa ku kosong, derita ini tidak mampu untuk aku tanggung. Inikah yang aku mahu?"


Monolog suhairah sayu, kecewa dengan hidupnya. Derita dengan sikapnya sendiri.  Segala harapan yang dibina masihkah ada harapannya, dia keliru dengan dirinya sendiri. Teringat kembali kenangan dua minggu lepas,


"Saya tak layak untuk awak.. saya rasa awak boleh dapat yang lagi baik daripada saya. Saya nak awak bahagia, saya nak awak dapat yang lebih baik daripada saya."


"Tapi saya nak awak, kita akan usaha ke arah yang lebih baik kan. Saya juga bukan insan sempurna seperti yang awak anggap. Saya punya banyak kekurangan."


"Saya tak pernah nampak kekurangan dalam diri awak. Saya rasa saya banyak berdosa, dosa-dosa semalam masih menghantui fikiran saya. Betul, saya sayang awak, malah awaklah lelaki nombor satu untuk saya jadikan suami. Namun hati saya tak boleh nak terima, saya takut untuk kecewakan awak. Saya tak nak awak menyesal berkahwin dengan saya."


"Ya Allah su, bukankah setiap manusia juga punya hati dan perasaan. Punya kelebihan dan kekurangan. Oleh sebab itulah suami dan isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain. Apabila ada kekurangan pada si siteri, si suamilah pelengkapnya. Apabila ada pula kekurangan pada suami, isteri yang menjadi pelengkapnya. Adil kan."


"Tapi.."


"Dah, tak ada tapi tapi lagi, cukuplah su." Mesej itu hanya tergantung di situ.


* * *


"Saya nak hubungan kita ni bertahan. Saya tak nak lepaskan awak su. Saya sayang awak. Malah hanya awak satu-satunya dalam hati saya. Walaupun saya tak berdaya untuk lafazkan kata sayang dan cinta sekarang namun saya nak awak tahu. Awaklah pilihan saya." Bisik amri sendiri.


bip..bip


satu mesej sampai..


"Jika awak ada pilihan yang lebih baik, saya redha.. saya rela undur diri." Satu sms daripada Suhaira.


Amri hanya diam seribu bahasa. Tidak mahu dia membalas mesej itu. Dia tahu jika dilayan, makin parah pula jadinya. Dia hanya diam. Membiarkan Suhairah dengan emosinya sendiri. Dia juga mahu mengajar agar Suhairah  bertambah matang dalam membuat keputusan.


bip..bip


"Maaf"-sender Suhairah


Suhairah tidak dapat duduk diam, hatinya bergolak resah. Tiada satu pun sms nya berbalas. Sudah dua minggu. namun masih tidak ada sebarang berita dari amri.


Fikirnya sendiri "Adakah mereka sudah putus?"


* * *


Hatinya tidak tenang, memang dia merelakan Amri untuk pergi dari hidupnya. Namun dia tidak mampu. Ini bukan kali pertama dia berbuat seperti ini. Sudah banyak kali. Namun perkara yang sama diulang-ulang. Emosinya tidak dapat dikawal.


Suhairah merenung diri, dia sukar untuk melupakan Amri. Baginya jika Amri memilih untuk berkahwin dengan orang lain suatu hari nanti dia lebih rela untuk hidup sendiri dan hanya mampu melihat kebahagiaan Amri dari jauh. Dia hanya memiliki semangat yang lemah, tidak yakin dirinya untuk bahagiakan Amri. Seringkali dia tewas dengan perasaaan sebegini.


Sukar untuk dilawan. Perlukan mujahadah. Rasa rendah diri menebal lagi, terutamanya apabila dia berstatus bendera merah. Dia tidak mahu melayan sangat hatinya. Namun jiwanya tidak kuat.


"Maafkan saya, awak masih marahkan saya." Suhairah menghulurkan satu mesej kepada Amri.


tiada balasan, namun pada jam tiga pagi telefon bimbitnya bernyala. Menandakan ada mesej yang masuk.


"Saya tak marah awak pun.." Sender Amri.


Suhairah tersenyum sendiri. 


"Ya Allah, dia tidak marahkan aku walau sedikit pun. terima kasih ya Allah.


Hatinya kembali tenang. Mesej dari Amri tidak dibalas. Dia berazam perkara yang sama dia tidak akan ulanginya lagi. Payah untuknya melepaskan orang sebaik Amri. Suhairah termenung seketika. Teringat akan pesan ustaznya.


"Berkahwin juga suatu ibadah, maknanya dalam soal ibadah kita perlu dahulukan diri kita sendiri daripada orang lain. Rezeki itu Allah yang bagi, beruntunglah mereka yang bersyukur kepada-Nya, insyaAllah bila kita dah buat yang terbaik, Allah akan mudahkan urusan dan jalan kepada kita."


Dia tahu silapnya, selepas ini dia tidak akan mendahulukan orang lain lagi dalam soal ibadah. Diri perlu diutamakan. Mendapat lelaki soleh juga merupakan suatu rezeki yang tidak boleh ditolak. Selepas ini dia perlu lebih berhati-hati bermain emosi, tidak boleh diturutkan perasaan namun perlu dibatasi dengan akal.


Dua hari selepasnya dia menghantar mesej kepada Amri.


"Terima kasih kerana memahami saya, moga awak dapat memimpin saya dan menjadi pemimpin yang baik kepada saya suatu hari nanti.. insyaAllah, sentiasa doakan saya ya." sender- Suhairah


Amri hanya senyum memandang, dalam hatinya berdesis "Sayang awak kerana Allah." Bagi Amri Suhairah sudah sempurna di matanya, apa pun  kekurangan yang ada asalkan ada takwa yang dilandaskan pada Allah semua ok rasa cinta.


Pertunangannya dengan Amri kekal seperti biasa, namun perhubungan telefon tidak ada sama sekali sejak dahulu lagi, pernah tapi sekali dua semasa diri masih rapuh dalam permainan cinta. Hanya sms yang menjadi penghubung, itupun sudah jarang.  Mereka saling menjaga, dan juga merasa berdosa dan salah jika ada sms-sms yang melalaikan mereka jauh dari Allah. Taubat dilakukan untuk menyucikan segala dosa-dosa semalam.


Akhirnya perkahwinan mereka berlangsung setahun selepas itu. Alhamdulillah. 


                  "..indahnya perkahwinan bersulamkan barakah, mawaddah, warahmah.."


<3 <3 <3


Hilang keyakinan dan hilang semangat dalam diri manusia, adalah satu perkara yang senang terjadi. Bukan sahaja dalam perhubungan dengan kawan-kawan malah kerja, belajar. Ada yang senang mengundurkan diri dengan mudah, namun itu bukan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah.


Emosi wanita seringkali mengalahkan akal, katakan tidak layak, hanya akan menghiris diri sendiri. Bukankah baik kalau kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. Layak atau tidak itu urusan Allah. Dia tahu yang terbaik untuk setiap hambanya. Doa dan tawakal itu perlu, selayaknya manusia itu mendapatkan apa yang dia usahakan, kerana itu juga janji Allah pada setiap hambanya yang berusaha.


Ayuh kawan kita terus usaha untuk membuat yang terbaik di dalam kehidupan kerana tanpa cinta dunia juga, sukar untuk mencapai Akhirat yang Abadi.


"..dan lelaki yang baik itu akan sentiasa memahami perasaan setiap wanita, sayangilah mereka dan terimalah kekurangan mereka seadanya..kerana setiap wanita ada emosi yang kadangkala hilang kadangkala pula ada"








Tuesday, 13 March 2012

manisnya cinta yang bersemi..

* * *

Dengan debaran di hati, langkah kaki tetap dia teruskan. Sepanjang perjalanan menaiki bas ekspress mutiara tadi hatinya sudah tidak tenteram, jauh menerawang. Berfikir-fikir apa yang ingin diucapkan apabila berjumpa. Terima atau tidak mereka akan hajatnya. 

"Ya Allah.. mudahkanlah, mudahkanlah ya Allah."

Hatinya berbisik sendiri, hanya pada Tuhan dia mengharap. Sampai ke hadapan pintu pagar bewarna putih. kakinya kaku, otaknya ligat berfikir, mulut terkunci rapat, muka sedikit risau.

"Nak masuk ke tak nak, nak masuk ke tak." Lama dia berdiri. Berfikir-fikir sendiri. Namun hatinya masih tidak kuat, takut, resah, gelisah semua bercampur baur.

"Kalau tak terima macam mana?" Sudah lebih lima minit berdiri. Akhirnya dia mengalah. Berpusing balik, dua tiga langkah dilangkahi dengan longlai. 

Sudah sampai di persimpangan jalan, dia masih berkira-kira. Langkahnya terhenti, dipusing balik ke arah rumah berpagar putih tadi.

"Aku mesti kuat, mesti!" Sampai lagi dia di pintu pagar berwarna putih. hati masih berkira-kira, otak tidak dapat berfikir jalan terbaik. Segan, malu itu yang bermain di fikiran. lantas dia melangkah lagi menjauhi rumah itu.

Sampai lagi di persimpangan tadi. 

"Duit dah banyak habis, buat tambang bas, datang jauh-jauh begini, takkan nak mengalah." Bisik nya sendiri.

"Ya kali ni mesti masuk..mesti! Terima ke tak terima itu soal kedua. Yang penting kena cuba." Dia bertekad penuh yakin, langkah dihayun teliti. Pintu pagar bewarna putih sudah ada di depan. Lantas salam perlahan diucap kali pertama.

Kali kedua sedikit kuat. Lantas ada seorang lelaki yang menyambutnya di pagar.

Dia dipelawa masuk penuh hormat. Kemudian hajatnya dihulur lantas diterima. Bunga yang diingini berjaya disunting menjadi permaisuri hati.

Hatinya bersyukur sendiri. "Terima kasih ya Allah, terima kasih." Dia senyum penuh lega.

Tersingkap satu kisah cinta yang terbit dari seorang lelaki yang berani untuk menyunting pilihannya. Sudah lama diperhatikan bunga itu, akhirnya akan diakad di hari perkahwinannya nanti.

<3 <3 <3

Keberanian seorang lelaki untuk menyunting diri setiap wanita idaman. Itu yang sentiasa diharapkan. manisnya cinta bersemi dalam rumahtangga seorang pemimpin yang bijak menakhoda bahtera rumahtangganya dengan hati nurani dan keimanan yang utuh pada Allah S.W.T. 

Allah telah berfirman bahawa:

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji (pula), dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik (pula).." [Surah an-Nur; 26]

..berbahagialah bila mendapat yang soleh dan solehah di antara kamu..

Sunday, 4 March 2012

MARIA

* * *

hanya Allah yang tahu rasa hati saat ini..

huluran lembut yang saya terima melalui pembacaan yang dapat menjernihkan hati.. terima kasih Allah.. baru sudah membaca buku bertajuk 'MARIA' suatu kisah benar dari seorang gadis Jerman. kisah yang diceritakan kepada seorang penulis Turki bernama Emine Syenlikogiu, ia mengisahkan kisah benar seorang gadis bernama Maria  yang terlibat dalam 'Pergelutan tiga penjuru Islam-Ateis-Kristian'. Akhirnya dia menemui hanya Islam agama yang benar.

buku ni saya baca sejak darjah enam, kepunyaan akak sepupu  hasil kiriman tunangnya dari mesir. ya masa tu masih tak kenal erti kehidupan, tak mampu untuk mentafsir apa itu dunia, mungkin faham tapi tak sama dengan kefahaman sekarang. Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk membaca buat kali kedua yg dipinjam dari seorang kakak :)

dalam meniti ranjau kehidupan saya rasa saya masih bergelut dengan tuntutan dunia, yang pastinya iman memang selalu turun naik. hidup kerana Allah masih jauh, seringkali saja tersasar bila dirundung gelisah. 

..dan hakikatnya Allah tahu masalah kita, Allah tahu kita mencari-Nya, dan Allah beri bila kita sungguh-sungguh, saya bersyukur kerana menerusi pembacaan kisah ini persoalan yang terbuku terjawab dengan penuh makna dan mendalam..

antara petikan-petikan dalam buku ni yang saya rasa ada satu semangat yang menitik:

"..saya bimbang kamu mendapat dosa kerana saya.."

"Sesungguhnya penat dalam berjuang adalah perkara biasa dan ia berakhir setelah tibanya waktu berehat. Manakala takut dan menyerah tidak berakhir dengan rehat."

"Jangan menghindarkan diri daripada orang yang benar-benar kasih kepada Allah. Mungkin kita tidak berjumpa dengan mereka itu pada masa sekarang, tetapi percayalah, bilangan mereka bertambah dari semasa ke semasa."

"Jangan memusuhi atau mengenepikan mana-mana golongan atau mazhab yang ada kerana kewujudannya disebabkan perselisihan dalam mentakwil atau mentafsir. Jika mereka menyisihkan kita , jangan sekali-kali rasa tersisih. Bantu dan sokonglah apa yang berunsur baik dan memberi faedah yang terdapat dalam mana-mana golongan. Orang yang taksub membabi buta sekali-kali tidak menyetujui apa yang dilakukan oleh golongan lain. Awas, jangan sekali-kali jadi golongan seperti itu!"

<3 <3 <3

..dan yang positifnya dalam novel ini, dia sanggup mengutuk agama yang dianutinya dulu hanya kerana Allah. kita sekarang bagaimana? Saya sendiri rasa saya tidak seberani dia.

..dalam keadaan negara yang tidak sempurna sepenuhnya menjalankan sistem Islam, dalam puja-pujaan pada artis yang sama sekali mengikut telunjuk barat, pakaian dan cara hidup barat yang diagung-agungkan

umat Islam sudah lama tersesat jauh. saya juga mungkin pernah tersesat suatu ketika dahulu dan kerana itulah, saya menyeru kepada bangsa saya dan semua yang menganut agama Islam, bangkitlah dalam menegakkan kebenaran agamamu dan jauhilah budaya yang menjajah pemikiran dan akal kita selama ni yang hanya akan menghancurkan dan menyesatkan kita jauh daripada jalan menuju Allah S.W.T.

"..dan medan penulisan itu adalah satu senjata yang utuh dalam berdakwah.."

with luv,
Inan Naurah

Friday, 2 March 2012

hingga akhir usia

* * *

bayu lembut menyapa tubuh Alisa, angin timur laut itu senang berarak dari timur lalu beralun ke barat, Alisa menggigil.. sejuknya sampai ke tulang, diambil jaket tebal untuk membaluti tubuh kecilnya. 

pandangannya disua ke luar jendela, terlihat bunga-bunga segar mewangi, daun-daun riang menari, indah sekali.

"Alhamdulillah." bibirnya mengutum senyum, tenang melihat alam ciptaan Tuhan, bersyukur diberi kesedaran sebelum diri dilanjut usia, sebelum tersungkur jauh ke lembah hina, ada hiba yang dikenang, ada dosa semalam yang ditinggal.

"Ya Allah, aku bersyukur." dia berbisik sendiri. 

pintu diketuk dari luar, "tok.. tok... Alisa, Alisa.." bunyi seseorang memanggil cemas. Dia hairan, siapa yang datang pagi-pagi begini, 

"Masukla, pintu tak berkunci." Pintu dikuak, sekujur tubuh menerpa laju masuk ke dalam, mukanya resah macam dipagut banyak kerisauan, ada basahan air mata kering di pipi mulusnya.

"Ya Allah, Lin kenapa ni? Apa dah jadi?" Alisa hairan dengan situasi sahabatnya.

"Lisa.. Ija dah takde.. dia dah takde.. meninggal dalam tidur." Kaku. Ada air mata yang turut berjuraian. Keduanya berpelukan, sama-sama menenangkan diri.

"Allah lebih sayangkan dia.. kita doakan yang baik-baik untuk dia, moga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman." Dalam  terkesima, Alisa berpagut tabah, memujuk Azlin lembut. 

"Ya Allah kematian itu sungguh dekat." Alisa halakan pandangan ke luar jendela, awan yang berarak masih tenang mengikut aturan Tuhan.. 

..yang pasti semua yang ada pasti akan padam akhirnya, sama macam manusia, sampai akhir usia.

<3 <3 <3

kawan.. kita tak tahu bila, bagaimana, dan di mana kita diambil pergi,  mungkin hari ini, mungkin esok atau lusa. Semua rahsia Allah, yang perlu.. usaha kena ada untuk buat hari ini lebih dari semalam, kawan, doakan bersama.. semoga gapai redha Allah hingga akhir usia..

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."  [Surah al-'Imraan; 33]

"..dan kesudahan yang baik dalah bagi orang yang bertakwa.."






kosong

* * *

dalam keterbatasan waktu saya selalu menghitung diri, apa yang saya nak buat semua di luar kotak fikir, rasa nak jadi macam dia, matang, cantik, bila susun ayat mesti kemas.. namun, yang pastinya dunia kita berbeza..

kita takkan pernah sama, memang rasa baik sekarang tapi tak semestinya baik untuk masa depan, mungkin itu yang paling molek, tapi pasti sangat ke?

cari identiti sendiri itu pasti lebih baik, tanpa meniru.. tadi, tergamam kaku bila ada yang menegur

"seni bercakap itu perlu ada, itu yang akan menghidupkan suasana. jangan tanya dengan kasar, nanti ada yang salah tafsir, apa yang kita maksudkan mungkin luar jangkaan mereka."

saya gamam.. muhasabah diri semula, rupanya banyak yang lompang, hati masih kucar kacir,sedar diri  tak pandai buat keputusan, menulis tanpa fikir bukan semudah yang disangka, pasti ada yang kurang.

tekad dalam hati, "aku ingin berubah.. pasti!"

dan harapan itu pasti akan bersinar..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...