Saturday, 16 January 2016

1515

***

Sejak dari pagi hingga petang aku tak lepas meneliti susunan cerita yang dikisahkan Faisal Tehrani dalam 1515. Mungkin novel yang berusia sejak tahun 2003 sudah dihabiskan bacaan sejak dahulu oleh peminat setianya. Bagi aku, aku mengenal Faisal Tehrani masih agak baru dengan bermula membaca karyanya bertajuk Manikam Kalbu berkisar berkenaan falsafah pakaian pada masyarakat melayu, bagaimana baju kurung dicipta. Bagaimana gambaran hikayat dipersembahkan dengan fiksyen yang menjadikannya seolah-olah hidup.

Dan kisah berkenaan dengan 1515 adalah berkishkan sejarah. Sejarah Portugis menakluk Melaka dan diangkat kisah seorang srikandi melayu yang perawan iaitu Nyemah Mulya. Kadang-kadang bila aku baca, ia agak pelik kerana terkadang begini dan terkadag begitu. Namun, jika diteliti baik-baik ianya sangat menarik kerana ia menceritakan bagaimana sejarah itu tercipta walaupun hanya sekadar penceritaan. Bagaimana dan apa yang akan berlaku jika sejarah diubah. Bagaimana sekiranya sejarah dilupakan dan tidak dipedulikan.




Friday, 15 January 2016

API TAUHID


***

Seindah tahun 2016 yang baru menjelang tiba. Januari menjadi laluan yang mungkin baru bagi mereka yang mengambil tahun hijrah sebagai sandaran. Manakala sudah menjadi laluan yang telah sedia ada yang memulakannya di jalan Masihi.

Tahun baru hijrah, aku mengambil tekad untuk menetapkan mengambil berbanyak ilmu daripada mereka yang suci dan murni hatinya dalam menegakan kalimah Allah SWT dengan karya . Berdakwah dan mendidik dengan pena, dan menjadikan diri sebagai pejuang atau doktor pengubat jiwa-jiwa manusia yang semakin lesu dengan teknologi yang menggila dan emosi dan nafsu yang tidak ada arah tuju.

Ok, tanpa banyak meleret. Aku dah habis baca tiga buku bermula 1 Januari 2016. Buku pertama Edensor karya Andrea Hirata, walaupun novel ni dah agak lama, sejak 2009 lagi. Kedua Jazirah Cinta karya Randu Alamsyah juga dari Indonesia dan ketiga Api Tauhid karya Habiburrahman el Shirazy.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...