Sunday 7 February 2016

Shine

***

Harini cuti Raya Cina, ada masa untuk membelek-belek blog. Kadang-kadang dah tinggalkan blog untuk masa yang lama, memang teringat tapi kadang-kadang malas nak update.

Nak update memerlukan otak yang berfikir, bukan hanya melihat dan menonton rancangan di televisyen atau mendengar. Tetapi menaip, menulis, membaca memerlukan komitmen dan usaha yang lebih dari mendengar dan menonton.

Life.. hidup berlalu dari hari ke hari. Blog ni kadang -kadang jadi macam diari, kita boleh lihat semula apa yang kita tulis dan fikirkan di masa lepas. Yang uniknya kadang-kadang fikiran yang kita tulis di masa lepas tu dah berbeza dengan masa sekarang. Hati, berubah kan.. bergantung kepada bagaimana kita melalui pengalaman hidup, ujian dan dugaan diri. Allah SWT jadikan kita matang dengan macam-macam cara.

Saya yakin, setiap dari kita berubah dari masa ke masa, Cuma apa perubahan yang ada pada diri kita tu kita kena muhasabah setiap masa, Sama ada kita berubah dari yang baik ke buruk atau dari buruk ke baik. Saya selalu dengar ustaz ustazah pesan agar sebelum tidur kita perlu muhasabah diri setiap hari apa yang kita buat hari itu, dan jika baik maka teruskan jika buruk maka cuba ubah untuk ubah story line kita jadi lebih baik setiap hari.

***

Setiap hari kita melakukan sesuatu yang dirasakan bermanfaat dalam hidup kita. Rasanya kita perlu tanya balik, apakah yang kita buat tu memberikan manfaat kepada orang lain? Kenapa saya tulis macam ni? Kadang-kadang saya rasa, apa yang saya buat contohnya banyak buku yang saya baca, mungkin ada yang saya dapat habiskan 300page setiap hari, satu buku. tapi apa sumbangan saya pada dunia, pada masyarakat, pada orang lain umumnya?Atau cukup ilmu yang saya baca atau dapat tu untk diri sendiri sahaja? Adakah jika saya melancong atau musafir ke negara lain, cukupkah untuk diri saya sendiri?

Bagi saya? Its nothing if apa yang kita baca tu tak dapat jadikan kita lebih kenal dengan Allah SWT, tak dapat ubah diri kita menjadi manusia yang lebih baik dan lebih baik kepada manusia. Tambah-tambah jika ia perkara yang tidak memberi manfaat pada orang lain. Mungkin ini makna yang saya cari dalam diri saya. mungkin setiap orang ada definisi manfaat, ada definisi bahagia, bergantung pada apa yang kita suka, bagi saya inilah maknanya.

Berkongsi dan berkongsi. Melakukan yang terbaik bukan untuk diri sendiri tapi untuk membahagiakan orang lain memberi satu kepuasa pada saya. So? Apa yang awak buatkan awak bahagia?

Shine, live your life, live your dreams
Your precious beauty is unique
There's never been anyone like you and never will be again
Fly, now's the time to be free
You can be anything you wanna be
There's never been anyone like you and never will be again

So shine (Shine by Jade Ambroze)



SO LETS BLOGGING
AND LEST SPREAD OUR LOVE
OUR ISLAM AND OUR BELIEVE
INSHAALAH ITS THE MEANING OF HAPPINESS

***

InanNaurah
20160108
1045am






Saturday 16 January 2016

1515

***

Sejak dari pagi hingga petang aku tak lepas meneliti susunan cerita yang dikisahkan Faisal Tehrani dalam 1515. Mungkin novel yang berusia sejak tahun 2003 sudah dihabiskan bacaan sejak dahulu oleh peminat setianya. Bagi aku, aku mengenal Faisal Tehrani masih agak baru dengan bermula membaca karyanya bertajuk Manikam Kalbu berkisar berkenaan falsafah pakaian pada masyarakat melayu, bagaimana baju kurung dicipta. Bagaimana gambaran hikayat dipersembahkan dengan fiksyen yang menjadikannya seolah-olah hidup.

Dan kisah berkenaan dengan 1515 adalah berkishkan sejarah. Sejarah Portugis menakluk Melaka dan diangkat kisah seorang srikandi melayu yang perawan iaitu Nyemah Mulya. Kadang-kadang bila aku baca, ia agak pelik kerana terkadang begini dan terkadag begitu. Namun, jika diteliti baik-baik ianya sangat menarik kerana ia menceritakan bagaimana sejarah itu tercipta walaupun hanya sekadar penceritaan. Bagaimana dan apa yang akan berlaku jika sejarah diubah. Bagaimana sekiranya sejarah dilupakan dan tidak dipedulikan.




Friday 15 January 2016

API TAUHID


***

Seindah tahun 2016 yang baru menjelang tiba. Januari menjadi laluan yang mungkin baru bagi mereka yang mengambil tahun hijrah sebagai sandaran. Manakala sudah menjadi laluan yang telah sedia ada yang memulakannya di jalan Masihi.

Tahun baru hijrah, aku mengambil tekad untuk menetapkan mengambil berbanyak ilmu daripada mereka yang suci dan murni hatinya dalam menegakan kalimah Allah SWT dengan karya . Berdakwah dan mendidik dengan pena, dan menjadikan diri sebagai pejuang atau doktor pengubat jiwa-jiwa manusia yang semakin lesu dengan teknologi yang menggila dan emosi dan nafsu yang tidak ada arah tuju.

Ok, tanpa banyak meleret. Aku dah habis baca tiga buku bermula 1 Januari 2016. Buku pertama Edensor karya Andrea Hirata, walaupun novel ni dah agak lama, sejak 2009 lagi. Kedua Jazirah Cinta karya Randu Alamsyah juga dari Indonesia dan ketiga Api Tauhid karya Habiburrahman el Shirazy.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad