Tuesday, 28 February 2012

Tak Kenal Maka Tak Cinta

* * *


dulu.. menulis jadi satu kesusahan buat saya, perasaan tak suka lebih banyak dari yang suka, tapi entah macam mana, rasa terinspirasi dengan penulisan seseorang.. 


gaya bahasa yang dia tulis cantik, mudah.. nak faham senang, mesej pun sampai. saya selalu tengok blog diorang, seorang lelaki dan sorang perempuan.. dua-dua kenal cuma satu di alam maya tak kenal kat realiti, 


walaupun blog diorang nampak macam blog peribadi namun diorang menonjolkan mesej yang baik untuk dikenang-kenang, gaya bahasa yang tercatit cukup indah.. memang hati saya cepat tertawan, inilah namanya takdir dan sekarang bidang penulisan rasa semakin bersemi dalam diri saya, apa saja yang dibuat pasti ada hubung kaitnya dan penulisan dah jadi sebahagian besar dalam hidup saya.. Alhamdulillah




mungkin, ini caranya untuk Allah tunjukkan pada saya, apa yang kita benci tak semestinya tak baik untuk kita, 


"..dulu benci sekarang suka, dulu suka sekarang dah naik muaknya.."


 dan yang mudahnya,


"Tak kenal maka tak cinta."


with luv,
Inan Naurah







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...