Thursday 17 April 2014

Warna Warni Kehidupan

***

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama tak menulis di blog ni, hampir dua bulan juga. Dua bulan ni lebih banyak melihat dan meneliti je, mentafsir tetapi tak diadunkan dalam bentuk penulisan. Rasa kosong pun ada juga.

Apa yang berlaku dalam dua bulan ni terhadap diri saya, macam-macam. Perkara-perkara di luar jangkaan tetapi semuanya hikmah yang cukup besar daripada Allah SWT. Belajar daripada pegalaman diri sendiri dan pengalaman orang lain. Itu semua memang mendewasakan diri dan menerjah hati untuk menerima kekurangan-kekurangan serta kelemahan yang ada.



Manusia itu takkan sempurna walaupun dia cuba untuk menjadi sempurna, namun itu tak bererti dia perlu berhenti untuk berusaha. Manusia itu takkan mampu melakukan semua apa yang dicakap dan dinasihatinya kepada orang lain, tapi itu tak bermakna dia perlu berhenti daripada menasihati. Manusia itu takkan pernah dipercayai oleh orang lain, namun itu tidak bererti dia perlu berhenti mempercayai. Manusia itu takkan pernah buat silap dalam kehidupan, namun itu tak bermakna dia perlu berhenti membuat kebaikan dan mula melakukan kejahatan.

Ya, berkata-kata atau menulis itu senang. Hakikatnya dugaan, cabaran, mujahadah yang besar perlu dialami oleh orang yang diduga, oleh mereka yang menimpa cabaran.

Kawan saya, ada yang putus cinta. Hebat penangannya, sampai sanggup meletakkan jawatan kepimpinan yang dipegang. Macam orang yang hidup tetapi tiada roh, menangis, bersedih dengan apa yang terjadi. Itu tak salah, memang hati itu susah untuk menerima perkara yang tak diduga apa yang terjadi. Tetapi apabila ditanya pada orang yang berkali-kali mengalaminya, ia ibarat imune tiada kesan lagi. Malah ada pula yang bertukar-tukar pasangan dan tiada perasaan bersalah langsung kepada orang yang ditinggalkan ataupun tiada kesan langsung apabila ada orang yang meninggalkannya. Kenapa ada dua situasi yang berbeza?

Hal ini kerana, mungkin mereka yang imune ini sudah biasa. mungkin juga mereka tidak meletakkan dunia di tangan mereka, mereka tidak meletakkan cinta itu sebagai suatu yang besar dan perlu ditangisi apabila belum ada ikatan pernikahan. Namun, bagaimana pula jika sudah ada ikatan pernikahan, tetapi meraung siang dan malam apabila suami atau isteri pergi meninggalkan kita selama-lamanya, apakah ada penyelesaiannya?


Ya, ada. Penyelesaiannya adalah bersedia dengan apa jua kemungkinan. Percaya sungguh-sungguh kepada Allah SWT. Dia lah Yang Maha membolak balikkan hati. Dia lah Yang Maha Mengetahui segala hal.

Kita sedih Dia tahu.
Kita gembira Dia tahu.
Kita Susah Dia Tahu.
Kita senang pun Dia tahu.

Ssemuanya Allah SWT yang pegang. Jadi, bersedia dengan sebarang kemungkinan , 100% hanya milik Allah SWT. Sebab tu kita perlu sentiasa bersedia, nak meninggal pun kita kena bersedia dari sekarang. Bersedia dengan amal, tingkatkan keimanan. InsyaAllah.

Ok lah entry sampai sini dulu.
insyaAllah ada kesempatan saya sambung lagi :)

Wallahualam
Hanya sekadar pandangan biasa.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad