Monday 24 February 2014

Penulisan Berkait Dengan Kepimpinan?

***

Alhamdulillah, sekarang saya sedang mengkaji berkaitan kepimpinan dalam penyelidikan sarjana saya. Semoga penyelidikan ini lebih mematangkan diri saya dan lebih mengenal diri sendiri sebagai seorang hamba dan khalifah Allah SWT.

Khalifah?

Ya, banyak disebutkan dalam al-Qur'an bahawa makhluk manusia diutuskan sebagai khalifah-Nya untuk berdakwah dan sebagai hamba-Nya.





Khalifah biasanya disebut sebagai pemimpin. Pemimpin yang memandu arah panduan manusia lain untuk sama-sama mengejar redha Allah SWT. Tidak banyak yang saya baca berkenaan dengan kepimpinan, ada yang dibaca pula masuk ke otak kemudian tidak lekat di hati, tidak cintakan ilmu yang diperoleh menyebabkan senang lupa. Allahu, moga Allah SWT ampunkan saya.

Dalam membaca dan menulis berkenaan dengan kepimpinan, saya terfikir-fikir adakah penulisan juga berkaitan dengan kepimpinan? Adakah penulisan boleh memandu ke arah pimpinan yang baik atau sekadar tulisan pena sahaja?

Adakah kepimpinan pula mempengaruhi penulisan seseorang? Ya, bagi saya kedua-duanya sangat berkait rapat. Kepimpinan berkait dengan penulisan, begitu juga dengan penulisan mampu mempengaruhi kepimpinan.

Kita sebenarnya boleh melihat tulisan seseorang dan kita akan mengagak apa sebenarnya agenda atau fahaman dirinya. Sama ada berbeza atau tidak dengan sunnah Rasulullah SWT. Sama ada membelakangkan hukum Allah SWT atau tidak. Dan sama ada, penulisan tersebut akan menjadi suatu penghormatan atau tidak. Dijadikan rujukan atau tidak dan akhirnya dapat mengubah hati seseorang ke arah yang lebih baik lagi.

Kepimpinan pula saya rasa sangat mempengaruhi penulisan seseorang. Ini sebenarnya yang ingin ditekankan. Apakah seorang penulis hanya menulis sahaja dan tidak mempunyai daya kepimpinan yang tinggi? Adakah penulisannya hanya sekadar di pena, dan rebah di luar?


Adakah anda begitu? Saya juga bertanya pada diri sendiri?
Sedarkah apa itu maksud khalifah?
Sedarkah apa itu maksud kepimpinan?
Sedarkah apa itu maksudnya memimpin?
Dan jawapannya ada pada diri kita sendiri.

*Muhasabah diri sendiri.

Wallahualam

inanNaurah
1115pm
20140224









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad