Thursday 24 July 2014

Rindu Yang Masih Berbaki..



***

Beberapa bulan ni hidup dipenuhkan dengan berfikir dan merenung diri sendiri. Tapi diakui juga sebulan ni memang fokus pada bisnes. Matlamat nak bayar duit rumah sewa, menyumbang pada yang memerlukan dan yang utamanya adalah mengikut Sunnah Rasulullah SAW iaitu berniaga.

Bila tiba bulan Ramadan. Macam-macam perasaan ada. Rasa letih, demam pun ada juga dua hari, tapi rasa yang paling best adalah bila apa yang kita terlintas di fikiran terus jadi terutamanya kita rasa nak sesuatu terus kita dapat. Kita rasa nak tahu sesuatu benda terus datang sekelip mata. Pasal demam tu pun ada terfikir terus kena. Ya Allah betapa hebatnya bulan Mulia, apa yang terniat Allah SWT Maha Tahu dan Dia juga Yang Maha Mengurnia. Apa yang saya dapat? Alhamdulillah semuanya yang saya perlu dan mungkin Allah tahu itu juga yang terbaik untuk saya.





Saya yakin ramai sahabat-sahabat di luar sana yang merasakan kemuliaan Ramadan. Malah saya yakin ramai yang merasa sedih apabila Ramadan akan meniggalkan kita tidak lama lagi. Terkilan, rasa macam rugi sangat kalau tak manfaatkan bulan ni dengan baik terutamanya doa.

Beberapa hari sebelum masuk 10 Ramadan yang terakhir saya dan sahabat-sahabat mengisi cuti hujung minggu dengan membahagi-bahagikan makanan untuk berbuka puasa kepada orang ramai di suatu kawasan awam. Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya peroleh daripada apa yang kami lakukan hari itu. InsyaAllah saya akan kongsi pada entry seterusnya.

Hari ini saya merenung diri saya lagi, adakah cukup sekadar itu untuk kita mengimarahkan Bulan Ramadan ini dengan kebaikan? Ramadan masih berbaki, dengan hanya berfikir tapi tidak berbuat sesuatu itu juga merupakan pencurian kepada masa dan juga usaha.




SELAMAT BERJUANG SAHABAT-SAHABAT
RAMADAN MASIH BERBAKI
PELUANG UNTUK BERDOA DAN BERBAKTI MASIH TERBUKA LUAS,
SELEPAS INI PASTI RINDU UNTUK BULAN MULIA INI LAGI..

InsyaAllah
DAKWAH NO.1

--
inanNaurah
20140725
Ramadan27


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad