Thursday 24 July 2014

#22 Ramadan

***

Alhamdulillah dengan daya dan upaya yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kami dah menyiapkan makanan untuk diedarkan kepada mereka yang berkemungkinan tidak semat berbuka puasa kerana menaiki kenderaan awam. 100 packaging selamat disediakan. Alhamdulillah.



Dalam membuat kerja-kerja begini bukan usaha seorang tetapi perlukan ramai tangan yang sedia membantu. Kami beruntung dan bersyukur kepada Allah SWT kerana housemate dan kenalan, ringan tulang membantu. Saya pasti mereka yang rajin membantu itu yakin, ganjaran Allah SWT pasti berlipat ganda di bulan puasa.




Usaha ini mungkin nampak kecil tetapi prosesnya bukan sehari dua. Perlu dirancang dan ada yang merancang. Si perancang pula bukan perlu berfikir dalam masa sehari. Banyak proses yang perlu dilakukan untuk kesempurnaan majlis.

Housemate saya antara pencetus aktiviti. Niat masing-masing di hati insyaAllah kerana Allah SWT. Seorang perancang perlu berkomitmen dan berdaya usaha yang tinggi dan perlu pula ada networking untuk kejayaan aktiviti yang dirancang. Saya melihat usaha dan kecekalan beliau di situ.

***

Bila kami dan pergi ke tempat yang dirancang untuk mengedarkan makanan. Sampai pada jam lebih kurang 630 petang. Dalam jam 7.00-7.30 kami mula mengedarkan makanan kepada sesiapa sahaja yang  beragama Islam. Alhamdulillah habis juga makanan yang kami edarkan dan kami berbuka puasa di kawasan itu juga berbekalkan makanan yang sama kami bahagikan kepada orang ramai.

Dalam proses membahagikan makanan itu, banyak yang saya peroleh. Itulah antara tujuan beraktiviti. Untuk menyedut hikmah dan pengalaman daripada apa yang kita buat. Nak tahu apa yang saya dapat?

***

1. Dapat merasa aura kebaikan. Bila orang senyum dengan pemberian kita. Terasa nikmatnya, tak dapat kita ceritakan baggaimana bagusnya perasaan orang yang memberi. Cubalah.

Sesungguhnya Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima, insyaAllah.

2. Apabila melihat kesungguhan kawan-kawan dalam membahagikan makanan. Melihat ada kesatuan di situ. Bukan sahaja di saat membahagikan makanan. Malah sejak daripada mula membungkus makanan. Masing-masing buat kerja masing-masing tanpa disuruh. Jika seorang pastinya berat bahu yang memikul.

Lidi, jika seurat mudah dipatah-patahkan. Jika sebungkas, cubalah try patahkan, kompem geliat tangan.

3. Melihat beragam manusia yang pergi dan balik ke sana ke sini. Ada yang mengejar kereta, ada yang mengejar bas, ada pula yang berniaga, ada pula yang membiarkan bekas kosong di hadapan dengan mata dan badan merenung tanpa arah tuju. Terlintas di fikiran, jikalah manusia tahu begitu pentingnya Ramadan, pasti masa yang ada tidak dihabiskan dengan sia-sia..

4. Melihat seorang pakcik yang mendahulukan doa sebelum azan menyapa telinga kami. Syahdu, insaf terus kat relung hati. Kami tak berdoa sebelum azan, bila azan baru nak menadah tangan. Sekarang bila nak masuk berbuka. Belum azan pun saya dah banyak-banyak berdoa. Masuk je waktu azan, berdoa untuk makan dan terus berbuka. Terima kasih pak cik for te great Qudwah for me.


Qudwah Qabla Dakwah
Contoh Teladan Sebelum Dakwah

5. Saya melihat ada yang mementingkan untuk membuat kebaikan tetapi lupa untuk menutup celah dosa yang lain. Ada yang ingin membuat kebaikan tetapi masih mengeluh dengan suasana dan letih. Rugi sungguh, dah kita buat untuk pahala, free jadi sifar disebabkan keluhan silap haribulan ada negatif lagi.

Mengeluh akan menghilangkan seri di wajah. rugi-rugi.

Dan benarlah..


Allah SWT janji akan ganjarkan orang yang memberi makan kepada  orang 
yang berpuasa sama seumpama orang yang berpuasa.
ce kira, kita bagi makanan pada 100 orang yang berbuka puasa.
wah...

moga Allah SWT Redha dan terima amalan kami 
insyaAllah, ameen.

p/s: Terima kasih keppada yang membeli tudung dengan inan. Hasil daripada jualan, 10% inan dah salurkan pada palestin. Alhamdulillah, moga Allah SWT membalas jasa-jasa kalian dengan kebaikan pula insyaAllah. Ameen.


-------------------
inanNaurah
20140725
1248








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad