Wednesday 1 October 2014

Tips Khusyuk Dalam Solat

***

Hatim al-Asyam ditanya, "Bagaimanakah keadaan solatmu?"

Dia menjawab, "Jika waktu solat telah tiba, aku berwuduk dengan sempurna. Selepas itu aku berjalan ke tempat solat yang kuinginkan. Aku duduk di sana dan berusaha bersungguh-sungguh menumpukan seluruh anggota tubuhku untuk solat.

Kemudian, aku berdiri untuk solat.






Aku letakkan Kaabah tepat di hadapanku.
Titian menuju neraka di bawah kedua telapak kakiku.
Syurga di kananku,
Neraka di kiriku,
Malaikat pencabut nyawa di belakangku.
Dan aku menganggap itulah solatku yang terakhir.

Aku berdiri menghadap-Nya dengan penuh perasaan harap dan takut. Kemudian, aku mengucapkan takbir dengan penuh kesedaran, aku membaca ayat-ayat al-Qur'an dengan tartil. Ketika rukuk aku merendahkan diriku di hadapan Allah SWT.

Ketika sujud aku melakukan dengan khusyuk. Ketika duduk tahiyyat awal, aku letakkan telapak kaki kiriku di bawah punggung dan aku tegakkan kaki kananku dengan bertumpu kepada ibu jariku.

Aku kerjakan semua itu dengan ikhlas. Kemudian, aku tidak tahu, adakah solatku diterima Allah SWT atau tidak?"

---
# Abu Abdur Rahman Hatim bin Alwan, terkenal dengan gelar 'al-Asham'. Termasuk tokoh ulama besar Khurasan. Dipanggil al-Asham' (orang yang tuli) bukan sebab benar-benar tuli, tetapi dia pernah berpura-pura tuli untuk menjaga kehormatan orang lain. Meninggal pada 237H (751M).


---
Buku Keajaiban Firasat
63 Kisah Pengubat Jiwa
Muhadir Haji Joll
m/s:104-105



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad