Friday, 15 January 2016

API TAUHID


***

Seindah tahun 2016 yang baru menjelang tiba. Januari menjadi laluan yang mungkin baru bagi mereka yang mengambil tahun hijrah sebagai sandaran. Manakala sudah menjadi laluan yang telah sedia ada yang memulakannya di jalan Masihi.

Tahun baru hijrah, aku mengambil tekad untuk menetapkan mengambil berbanyak ilmu daripada mereka yang suci dan murni hatinya dalam menegakan kalimah Allah SWT dengan karya . Berdakwah dan mendidik dengan pena, dan menjadikan diri sebagai pejuang atau doktor pengubat jiwa-jiwa manusia yang semakin lesu dengan teknologi yang menggila dan emosi dan nafsu yang tidak ada arah tuju.

Ok, tanpa banyak meleret. Aku dah habis baca tiga buku bermula 1 Januari 2016. Buku pertama Edensor karya Andrea Hirata, walaupun novel ni dah agak lama, sejak 2009 lagi. Kedua Jazirah Cinta karya Randu Alamsyah juga dari Indonesia dan ketiga Api Tauhid karya Habiburrahman el Shirazy.







Perasan tak kesemua karya-karya ini adalah tulisan Indonesia? Ya, tepat aku peminat novel Indonesia. Mungkin putik-putik cinta dengan novel Indonesia ni lahir ketika aku membaca karya Habiburrahman el Shirazy pada tahun 2010  iaitu Ketika Cinta Bertasbih. Masa tu aku masih menuntut di Universiti mengambil Iazah Sarjana Muda.

Berbalik pada tiga novel yang dah habis aku baca, setiap novel yang aku baca ketiga-tiganya memiliki kelebihan masing-masing. Ada mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Masing masing mempunyai tujuan dan strategi yang berbeza namun niat wallahualam hanya Tuhan yang tahu.

Edensor dan Jazirah Cinta akan aku kupas kemudian InshaAllah. Sekarang aku ingin kupas buku yang baru beberapa minit aku habiskan muka surat terakhirnya iaitu Api Tauhid. Harini 16 Januari 2016. Aku mula baca buku ni sejak 13 Januari 2016. Maksudnya tiga hari juga aku perlu habiskan buku ini. Aku ada masa yang sangat terhad untuk baca, selepas waktu pejabat kerana aku bekerja, masa rehat dan juga sebelum tidur. Dah baca buku ni kali pertama aku rasa aku akan baca lagi buat kali kedua untuk lebih faham dan hafal sejarah dan juga mungkin ada ayat-ayat yang ingin aku catat.

Ok, tanpa berlengah. Buku ni namanya API TAUHID: Cahaya Keagungan Cinta Sang Mujaddid, Novel Sejarah Pembangun Jiwa. Beberapa penulis atau orang terkenal yang sudah membaca draft novel in terlebih dahulu sebelum penulisnya mencetak untuk dijual telah memberi komen-komen yang sangat baik, dan aku kira aku juga memberikan lima bintang inshaAllah. Alhamdulillah.

Buku ni emm.. pada awalnya dimuakan dengan kisah seorang pemuda yang bernama Fahmi yang belajar di Madinah. Diceritakan dengan baik keadaan di Madinah, sejarah peperangan sedikit, kemudian bagaimana Fahmi gigih beriktikaf di Masjid dan berniat untuk khatam 40kali. Jalan cerita menyebabkan aku tertanya-tanya kenapa dia gigih sedemikian.

Selanjutnya diketahui bahawa keadaanya begitu adalah untuk melarikan diri dari masalah dan menghilangkan bayangan seseorang Dia nyata telah kemaruk cinta sehingga menyebabkan hatinya mempengaruhi emosi dan tidak berfikir secara rasional. Akhirnya dengan keadaan Fahmi yang beriktikaf dan sentiasa berada di Masjid siang malam tanpa makan minum, hanya berhenti untuk buang hajat sahaja, dia akhirnya lemah dan dimasukkan ke hospital.

Dalam novel ni diceritakan dengan jelas siapa yang dicintai Fahmi dan bagaimana pertemuannya dengan gadis tersebut. Kalau nak tahu kena baca. Kemudian, cerita diteruskan dengan Fahmi bersetuju untuk mengikut Hamzah, rakan yang berbangsa Turki di Universiti untuk bercuti ke Turki dengan ditemani Subki, sahabat dari Indonesianya yang menuntut di Universiti yang sama.

Di Turki, diceritakan dengan jelas jalan-jalan di Turki, pemandangannya, sejarah bagaimana Sultan Muhammad al Fateh membuka kota konstantinopel yang kini disebut sebagai Istanbul. Istanbul dengan nama sebenarnya adalah Islam Bul, Kota Islam. Cerita makin menarik dengan perjalanan mereka yang sangat indah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan beberapa konflik yang terjadi dalam perjalanan. Yang bestnya dalam perjalanan itu, di samping melawat kota turki yang perjalanannya hampir di seluruh Turki, Hamzah akan bercerita dengan terperinci berkenaan Syeikh Badiuzzaman Said Nursi

Cerita berkenaan tokoh hebat Penulis Risalah al Nur itu dimulakan dengan kisah hidup ibu dan ayahnya Mirza dan Nuriye, bagaimana pertemuan mereka dan perkahwinan mereka. Dengan tauhid yang tinggi kepada Ilahi, akhirnya mereka dikurniakan tujuh orang anak dan salah seorangnya adalah Sheikh Badiuzzaman al nursi yang dinamakan Said. Diceritakan bagaimana sejak usia masih kecil, anak kecil itu hebat, memiliki keinginan yang sangat kuat dalam menuntut ilmu, memiliki dayahafaz yang sangat kuat dan pada usia 15tahun dia telah habis menghawal 80kitab kitab hebat dan rumit. Diceritakan bagaimana gigihnya Sheikh Badiuzzaman Said Nursi berpindah dari satu pondok ke pondok yang lain dalam mengejar ilmu. Betapa beliau dahagakan ilmu.

Seterusnya, dalam novel ni juga diceritakan bagaimana meletusnya Perang dunia pertama,bagaimana permulaan kejatuhan Turki Uthmaniyah, Bagaimana Kitab Risalah al Nur ditulis dan disebarkan. Bagaimana kejamnya Kamal Mustafa atau Kamal Atarturk. Semuanya diceritakan dengan detail, Bagaimana Sheik Badiuzaman dipenjarakan dan berlepas diri dari penjara. Bagaimana kuatnya tauhid dirinya dan berpegang teguh dengan ajaran Islam. Dikritik hebat juga pada politik dan pemimpin dengan kata-kata Sheikh Badiuzzaman Said Nursi yang sangat patriotik dan mencintai Islam. Turut diceritakan bagaimana giginya bangsa Yahudi untuk memiliki tanah di Palestin.

Dalam novel ini bukan sahaja sejarah yang ditekankan tetapi nilai-nilai persahabatan, nilai kasih sayang, akhlak dan ikhtilat, kesabaran yang paling utama dan keredaan terhadap takdir Allah SWT itu diketengahkan. Allah SWT memberikan setiap sesuatu ada sebab dan hikmahnya. Ada jalan cerita yang dilalui, tapi kitalah yang kena berusaha untuk mengubahnya menjadi baik dan lebih baik setiap hari dan menggali lagi mencari ilmu. Bukan berhenti apabila keadaan sudah mula selesa seterusnya jangan menjadi masyarakat yang lembik dan lemah.

Nak tahu kesudahan cerita Fahmi dan pada siapa cinta hatinya? Kena baca, tak rugi membaca novel ini InshaAllah.

***

Dengan membaca Api Tauhid, aku benar-benar sedar ia benar-benar menyalakan api dalam diri pembacanya. membuatkan kita untuk terus berjuang dengan nama Allah SWT, bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk berdakwah dan meninggikan Dia di mata manusia.

Oleh itu jom baca karya Habiburrahman el Shirazy ni.
Boleh membakar semangat yang hampir dah layu inshaAllah.
Doakan aku jadi insan solehah dunia akhirat.
Doakan aku termasuk dalam kalangan mereka yang bertaqwa dan beramal soleh. Amiin.


---
inanNaurah
20160116
10.38am




.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad