Saturday 16 January 2016

1515

***

Sejak dari pagi hingga petang aku tak lepas meneliti susunan cerita yang dikisahkan Faisal Tehrani dalam 1515. Mungkin novel yang berusia sejak tahun 2003 sudah dihabiskan bacaan sejak dahulu oleh peminat setianya. Bagi aku, aku mengenal Faisal Tehrani masih agak baru dengan bermula membaca karyanya bertajuk Manikam Kalbu berkisar berkenaan falsafah pakaian pada masyarakat melayu, bagaimana baju kurung dicipta. Bagaimana gambaran hikayat dipersembahkan dengan fiksyen yang menjadikannya seolah-olah hidup.

Dan kisah berkenaan dengan 1515 adalah berkishkan sejarah. Sejarah Portugis menakluk Melaka dan diangkat kisah seorang srikandi melayu yang perawan iaitu Nyemah Mulya. Kadang-kadang bila aku baca, ia agak pelik kerana terkadang begini dan terkadag begitu. Namun, jika diteliti baik-baik ianya sangat menarik kerana ia menceritakan bagaimana sejarah itu tercipta walaupun hanya sekadar penceritaan. Bagaimana dan apa yang akan berlaku jika sejarah diubah. Bagaimana sekiranya sejarah dilupakan dan tidak dipedulikan.




Ianya juga meningkatkan semangat agar para pemuda dan pemudi negara, memahami sejarah dan tidak meninggalkan sejarah. Jika sejarah diluapakan dan tidak difahami, kemungkinan sejarah pasti akan berulang semula. Sama seperti hidup kita sehari-hari, jika berlaku sesuatu yang salah atau dosa yang diperbuat, perlulah sekiranya bermuhasabah agar perkara dosa tidak diulangi kembali.

Begitulah sejarah, kelekaan para pemimpin dalam memimpin negara dikritik secara halus dalam novel ini. Menarik dan mempunyai kritikan sinis yang bermatlamat agar kita tidak mengulang sejarah. Dilihat kini, kita masih lagi mengulang sejarah dan tidak berpegang pada ajaran Islam sebenar-benarnya, dan di manakah silapnya? Sejarah atau kita?

Novel ni menarik untuk dibaca jika anda benar-benar mencintai sejarah dan menginginkan suatu pemikiran yang lain. Kritis dan sinis.

---
inanNaurah
20160116
11.33pm





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad