Friday 10 May 2013

Lukis Pelangi..


#..

Bermaknanya sesuatu penulisan itu bergantung kepada setakat mana olahan ayat yang digunakan pengarang, betul dan bagi saya pula setakat mana keikhlasan hati si penulis itulah sebenarnya yang mampu mengusik jiwa dan qalbu.

Alhamdulillah selesai membaca buku tulisan oki setiana dewi (OSD). Ya Allah Ya Tuhanku Engkau yang mengurniakan izin untuk aku membaca buku yang penuh makna yang menyentuh segenap qalbu, hati jiwa dan menumbuhkan buah-buah harapan kembali. Alhamdulillah.




Untuk apa aku hidup, untuk apa aku lakukan aktiviti harianku, untuk apa aku berjuang??

Kadang-kadang aku tewas dengan persoalanku sendiri mencari jawapan yang meresahkan hati. Namun dengan pertanyaan-pertanyaan inilah aku lebih kenal diri dan setakat mana tahap keimanan aku pada Dia.

Seseorang yang tidak mengalami ujian yang tenat, jarang untuk menjadi manusia hebat kerana ujian itu pelajaran yang paling berharga.  Jika melihat kepada buku ini, oki mengalami perubahan yang drastik disebabkan diuji dengan kesakitan ibunya.

Manusia bukan tempat pengharapan bahkan Allah SWT yang hanya mejadi pengharapan sejati. Oki yang setia mencintai ibunya bersungguh-sungguh mengharapkan kesembuhan ibunya. Hakikat manusia itu hanya ada Allah untuk bergantung harap dan dia kembali pada Allah dengan ujian yang demikian.

Bukan cerita dia sahaja yang berubah dan menjadi manusia mulia yang semakin hebat perjuangannya di jalan Allah. Jika melihat kepada banyaknya insan yang mengalami perubahan seperti wardina safiyyah, diyana amir, sham kamikaze, amer munawer dan ramai lagi yang berusaha untuk menjadi pendakwah kepada manusia lain. 

Tengoklah betapa hebatnya perjuangan mereka setelah merintih menjalani kesesatan pada awalnya, menempuh ujian hidup yang penuh liku-liku dan amat jauh kehadiran hati mereka daripada Allah SWT sebelumnya.

Kesedaran hanya hadir apabila dicari dan berjuang, manusia yang pernah diuji akan menjadi manusia hebat dan sukses dunia akhirat dengan jayanya. Walaupun tidak dinafi setelah ujian yang dilalui hampir kelam datang pula beribu ujian dan yang musuh yang paling hebat adalah diri sendiri.

Saya sendiri sedang berjuang untuk menjinakkan musuh yang sebenar dalam diri saya iaitu diri saya sendiri agar tidak mudah kalah dengan nafsu jahat dan godaan syaitan. Auzubillahiminasyaittonirrojim..

Ya Allah bantulah aku menggapai kejayaan dunia untuk menuju akhirat-Mu.

#Bacalah buku yang mampu mencorakkan hati kerna di setiap buku itu ada kisahnya, moga buku yang bermanfaat kita baca dan menjadi hamparan untuk kita capai redha-Nya setiap masa.
Ameen Ya Rabbal Alamin.

Jom bersama kita LUKIS PELANGI.. ^__^



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad