Thursday 6 June 2013

'Kisah Aku dan Pointer'


“Angah dapat markah bape?”

Aku diam, aku tahu setiap kali ujian atau peperiksaan markah aku tak begitu memuaskan. Bukan salah guru yang mengajar, bukan salah kawan-kawan tapi sebab aku yang malas dan selalu sahaja tidak bersungguh-sungguh untuk belajar.

Sedar tapi serigkali juga buat perkara yang sama. Kursus yang aku ambil bukanlah mudah. Setiap yang bertanya kursus apa yang aku ambil di universiti, mereka akan mengatakan wah, susahnya kursus tu.

“hmm.. dapat 25 je.”


Acik dan along senyum, mereka dapat markah yang lebih tinggi. Aku redha, in sha Allah lepas ni aku buat yang terbaik.

Di universiti, aku suka sangat buat benda yang bukan-bukan. Masih ingat permulaan menjejakkan kaki ke universiti, berada jauh di perantauan membuatkan aku berdikari sendiri. Culture shock? Tak seteruk masa aku di matrikulasi.

Dahulu aku lebih teruk dan teruk kerana tak pandai untuk berkawan, senang mencari kawan tapi senang meninggalkan kawan. Itu manusia paling rugi kan? Teringat dengan satu hadis yang mana manusia yang paling rugi adalah manusia yang meninggalkan kawan yang telah dicari.

Dulu, banyak hati yang telah aku guris. Di universiti juga sama, mengabaikan kawan itu jenis aku.

Manusia belajar daripada pengalaman yang lepas, melalui pengalaman di universiti banyak yang aku belajar, aku belajar hidup berkawan, aku belajar untuk senyum, aku belajar berdikari, aku belajar untuk mengutamakan orang lain, aku belajar untuk hidup bermasyarakat dan belajar untuk berkongsi cerita.

Ramai orang kata, buat apa belajar tinggi-tinggi kan? Terus dapat kerja kan bagus, lagi-lagi kerja kerajaan. Tapi kita takkan dapat rasa apa yang ada di universiti, kehidupan yang mencorak warna-warni, pahit getir, dan kecekalan hati yang tinggi.

Walaupun bukan di universiti, mungkin di kolej, asalkan tempat untuk menadah ilmu. Bukan hanya ilmu dunia yang kita akan dapatkan tetapi ilmu kemahiran dan ilmu komunikasi.

“Angah kena extend..”

“Along pun nak extend juga, nak sekali ngan acik dan angah..”

“Acik memang ada satu semester lagi sebab acik kan daftar lambat dulu.”

Aku senyum dengar along cakap macam tu. Dia memang baik, mula-mula aku kenal dengan dia dulu waktu atas bas, nak pergi kuliah. Aku naek bas terus dok sebelah dia, lepas tu tegur dia, tanya corse apa. Sekali dia kata sama corse dengan aku, terus kami jalan sama-sama pergi ke kelas.

Acik pula masa tu aku di hadapan kuliah, tetibe dia tanya tentang corse kami, dia kata tahu tak kursus ni kuliah mana? Masa tu dia baru masuk ke universiti kami, transfer daripada universiti lama dulu, jadi dia masuk satu semester lambat daripada kami.

Kami bertiga jadi kawan rapat, dalam keakraban kami aku yang paling tak baik sekali, selalu menyusahkan diorang. Orang yang paling banyak aku guris hati adalah Along. Dia lembut, baik selalu sahaja kena ‘buli’ dengan aku. Aku rasa la perkataan buli tu sesuai kot.

Along pandai, acik pun pandai, aku memang yang paling terkebelakang sekali.. dan pointer aku memang yang paling teruk sekali sampai kena extend.

Masa di semester akhir, aku sedih diorang semua akan grad. Tapi aku.. akan tinggal dengan acik. Hanya kami berdua akan melalui detik-detik di kampus. Saat ditinggalkan itu terasa asing, tapi aku cuba untuk bertabah dan tenang.

Aku ingat lagi masa tu kawan-kawan yang dah habis belajar semua akan grad tapi aku tak pergi pun tengok diorang, teruk kan? Aku segan sebenarnya  lagi pula masa tu assignment kami bertimbun. Pensyarah nak kami hantar malam tu juga, jadi memang aku tak pergi, kawan-kawan yang dah grad ramai datang ke bilik kawan aku, masa tu aku tumpang dok bilik kawan sebab kan aku tak dapat bilik sebab extend.

Aku dan acik bersama-sama habiskan pengajian, tapi kelas aku dengan acik kebanyakannya tak sama, sebab acik amek kursus masa aku di semester satu dahulu. Jadi memang survive sorang-sorang je hidup. Masa ni aku dah ‘baik sikit’, i guess he.

Sebenarnya semester ketiga aku dah mula kenal diri aku sendiri, masa tu aku mula tinggalkan tudung segitiga, cuba pakai tudung yang kategori labuh tu tapi aku jahit segitiga, pendek sikit lepas tu lama-lama memang labuh sama macam aku sekolah dulu.

Bila je cuti semester aku join program-program yang dekatkan diri aku dengan Allah SWT, sejak daripada tu la selepas je cuti semester tudung aku makin labuh dan makin labuh. Aku pula makin selesa dengan tudung yang labuh dan makin selesa pakai baju kurung berbanding seluar.

Di awal semester tu aku cuba untuk join program-program yang melibatkan jemaah tapi tak dapat nak ikut, masa akhir semester juga sama tapi tetap tak dapat nak dekat. Aku selalu kata kat diri aku kenapa aku tak boleh nak berjemaah macam apa yang orang lain dapat. Aku tak ada kawan-kawan yang beri nasihat, survive sendiri je.

Kawan yang banyak bagi nasihat pun melalui online je, facebook, ym.

Memang aku pendam masalah aku, aku takkan cerita dekat orang lain kerana aku memang tak suka untuk berkongsi apa pun masalah kecuali dengan kakak aku. Itu dulu.. kini dah lain ;)

Di akhir semester, walaupun aku sendiri, tapi itu yang makin dekatkan aku dengan Dia. Aku jarang tinggal solat dhuha, aku selalu bangun malam. Aku memang tak suka tidur semula selepas subuh, aku selalu berdoa agar aku dikurniakan jemaah.

Di akhir semester yang aku extend itu aku kenal diri, aku tak pernah salahkan Allah SWT di atas apa yang berlaku kerana aku tahu semua ini adalah yang terbaik untukku.

Ditakdirkan aku melihat-lihat suatu laman website yang baik. Masa itu aku mencari-cari tempat untuk membuat latihan industri. Semua tempat yang aku pilih adalah berciri Islamik, walaupun tak relate pun dengan corse aku.

Jadi kami kena pilih lima tempat latihan industri, jadi aku letakkan satu tempat yang aku lihat dalam website itu sebagai tempat untuk aku latihan nanti.

Setelah membuat permohonan kami bercuti untuk pulang berhari raya. Seminggu sebelum hari raya aku pulang ke kampung maknanya aku sempat berterawikh dan berbuka puasa di rumah. Semasa sujud dan tiap doa aku minta doa betul-betul, doaku moga Allah pilihkan hanya satu tempat latihan industri yang paling baik agar aku tidak perlu untuk memilih lagi.

Alhamdulillah doa aku rasa diperkenan-Nya, hanya satu sahaja tempat latihan industri yang aku peroleh yang empat lagi sudah penuh dan ada juga yang tidak memberi maklum balas langsung. Dan aku tahu inilah yang terbaik untukku.

Kini, aku di sini dua bulan latihan industri yang asalnya menjadikan aku berdiri di tempat ini. Sudah setahun lebih aku bekerja di sini, aku gembira di sini. 

Tempat yang banyak memajukan kualiti hidup aku untuk lebih terarah kepada akhirat semata-mata, tempat yang berusaha untuk memuliakan Islam, belajar bukan hanya untuk peroleh nikmat dunia tetapi belajar untuk mengagungkan Islam dan memajukannya dengan cara yang memang lahirnya daripada al Quran dan Sunnah. Dan di sinilah aku rasai nikmatnya berjemaah.. aku tak lagi berseorangan ramai teman-teman yang memberikan nasihat. Di sini juga aku belajar untuk berkongsi segala suka duka bersama, itu menjadikan kami lebih rapat dan rapat ;)

Dan sungguh aku memang tak menyesal pointer aku rendah dan kena extend satu semester, kerananya aku ada di sini sekarang, dan inilah yang terbaik untuk aku dan aku harap untuk seterusnya hidupku. Jangan pernah berhenti berdoa kerana itu adalah hadiahnya yang paling indah yang Dia anugerahkan dan peluang untuk kita, ya

Allah, benar, hikmahmu itu terlalu agung dan yang teragung..

***
Ingatlah kisah silam bukan selamanya kelam, masa depan itu yang kita akan hadapi, terpulang pada diri sendiri untuk terus sesat atau untuk terus maju ke hadapan gapai redha Tuhan. manusia lain tak boleh ubah kita melainkan kita sendiri yang mengubahnya..

dan yang penting, pointer bukan segala-galanya. dengan kuasa Tuhan semua boleh jadi dan Dialah sebaik-baik penolong dan perungkai segala kesusahan. semua dengan izin-Nya, yakin dengan-Nya, bersangka baik dengan-Nya.

All the best semua ^__^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad