Saturday 27 September 2014

TERBANG DENGAN HATI


***

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Di sini aku berdiri dengan kudrat yang sepenuhnya daripada Tuhan Yang Maha Pengasih. Aku pandang diri sendiri di dalam cermin fikiran. Aku rasa aku dah banyak berubah dalam banyak hal. Lebih matang dan lebih mandiri bak kata orang Indonesia. Lebih berdikari.

Bagaimana? Bukan satu hal yang baru apabila kita nak mengetahui jawapannya. Sebenarnya perubahan yang aku rasa adalah banyak dipengaruhi oleh orang sekeliling aku. Bila iman mereka kuat. Aku turut merasakan iman aku juga selamat. Kerana? kerana mereka yang berusaha untuk membawa diri mereka ke Syurga. Akan juga berusaha membawa kita bersama-sama mereka.

Lagi?


Buku dan filem yang bermanfaat untuk makanan jiwa, banyak mengajarkan aku erti sebuah kehidupan yang bermanfaat dan menyedarkan aku untuk menjadi seorang khalifah yang sebenar-benarnya faham erti seorang khalifah. Seorang dai'e yang memahami tugas keberadaannya di bumi.

Tingkap dunia yang banyak mengajarkan aku erti kehidupan itulah dia sang buku dan sang filem. Aku bukan lagi menjadi katak bawah tempurung yang hanya belajar teori di buku teks, membaca peradaban namun tidak tahu aturan kawasannya. Lebih meletakkan buku dan filem di hati menjadikan aku sang pemikir dewasa yang makin hari aku rasakan makin cerdas memilih yang baik dan yang buruknya.

Akhir-akhir ini aku banyak menonton filem, melunaskan hutang janji untuk membaca buku-buku yang dibeli 2,3 tahun yang lalu. Baru aku sedar, semakin aku membaca semakin aku cetek pemikiran dalam penentuan keputusan pada cerita kehidupan yang lepas. Semakin aku menonton filem yang bermanfaat terutamanya daripada negara jiran, Indonesia. Semakin aku rasa aku banyak membuang masa dengan bersahaja dan mengabiskan kudrat untuk perkara yang sia-sia di masa dahulu. Kini aku tekad to mirai e. Menuju masa depan dengan cemerlang insyaAllah.

Hilang.

Hilang daripada fikiran aku rasa-rasa yang membuatkan aku menjadi manusia yang kecil hatinya. Hilang rasa rendah diri yang selama ini aku agung-agungkan dalam diri . Hilang rasa sangsi yang aku simpan kemas-kemas bahawa dunia hanya terkurung di sekitaran aku sahaja.

KINI AKU MAHU TERBANG BEBAS. TERBANG DENGAN HATI.

Kebelakangan ini filem yang sudah aku habiskan adalah,

99 Cahaya Di Langit Eropah Part 1 & 2
Negeri 5 Menara
Sang Pemimpi
Sang Kiai
Sang Murabbi
Cinta Suci Zahrana

Semua ini adalah filem-filem Indonesia yang menarik pernah aku tonton. Filem yang kebanyakannya adalah kisah benar daripada penceritaan dan watak-wataknya. Filem yang aku hanya tonton di youtube. Sangat best dan memberikan inspirasi mendalam. Dengan syarat kita letakkan isi kandungan filem ini di hati dan menjadikan perkara baik yang diperoleh daripada kisahnya menjadi amalan kehidupan sehari-hari untuk menjadi a better Muslim.

Gokusen.

Cerita daripada Negeri Matahari Terbit yang dikatakan bertahun dahulu yang pernah ditonton oleh mereka yang kebanyakannya adalah remaja dan berada di universiti dan kolej. Tetapi kebelakangan inilah filem drama yang aku tonton dari Part1 hinggalah part 3 yang ada berpuluh  episod bagi setiap part.

Aku sejak habis belajar sudah aku tinggalkan lama movie Korea dan Jepun kerana pada fikiran aku cerita yang disandarkan oleh mereka lebih kepada pencintaan. Namun, ia tidak sama dengan Gokusen. Ceritanya adalah cerita yang menarik dan menunjukkan kecintaan yang tinggi oleh Guru terhadap murid. Beginilah sepatutnya guru yang dicari. Guru yang benar-benar menagajar erti kehidupan kepada setiap pelajarnya. Ikhlas MENDIDIK. Bukan semata-mata kerana gaji.

Banyak juga aku terkesan dengan cerita ini. Menarik. Dan aku terfikir kenapa cerita Malaysia lebih kepada cerita dan drama yang lebih menumpukan kepada pencintaan. Berbeza sekali dengan cerita negara lain yang lebih kepada pengetahuan dan sejarah yang banyak.

Buku pula, benar-benar yang menusuk terus ke jantung aku.

Novel Sinergi karangan Hilal Asyraf
Novel Negeri 5 Menara
Keajaiban Firasat-63 kisah pengubat hati.

dan banyak lagi sebenarnya. InsyaAllah. Akan aku ceritakan kemudian.

Bukan hanya cerita yang menjadikan aku terbuka akan dunia moden ini. Terbuka fikiran pada dunia yang aku rasa adalah tempat berlelah mencari wang kemudian wang itu hilang di sebalik timbunan kemahuan dalam diri. Pandangan aku berkenaan dunia begitu sekelip mata hilang bila aku menonton rancangan Jazirah Islam di youtube yang disiarkan oleh trasn7 di Indonesia.

Rancangan ini memaparkan kisah-kisah penduduk Islam. Hampir di keseluruhan dunia. Terbaik sekali. Apabila aku menonton rancangan ini, terasa banyaknya tugas seorang dai'e yang masih belum selesai dan keinginan untuk mencari gali sejarah Islam dan penduduk-penduduk Islam di seluruh dunia semakin penasaran.

Jazirah Islam yang aku tonton sudah mereka jelajahi banyak negara antaranya.

boleh klik sini :)

Jazirah Islam ke Romania, Islandia, Jepun, Skandinavia, Mexico City, Nepal, China, England, Rusia, Denmark, Britania Raya, Scotland, Kashgar. Itu yang disiarkan di Youtube. Saya percaya di trans7 Indonesia. Lebih banyak lagi negara-negara yang mereka telah pergi yang masih belum diupload di youtube. Menarik kan?

Rancangan di tv alHijrah juga tidak kurang hebatnya. Banyak juga yang turut membuka minda dan hati saya. Terutamanya program ayat riwayat. Best dan menarik.

Rancangan-rancangan sebeginilah yang seharusnya diperbanyakkan. Kita sebagai Muslim sedikut sebanyak akan terinsprasi apabila melihat sendiri masyarakat Muslim yang lain banyak di negara-negara yang lain dan membuatkan kita makin bersemangat untuk menajadi manusia yang bersyukur dan menjadi sesemangat mereka yang tinggal di negara yang kecil jumlah masyarakat Muslimnya.

Dalam banyak-banyak negara yang dipertontonkan saya lebih tertarik kepada Negara ?????

##########

#Hanya menceritakan pendapat sendiri sahaja. Di bahagian seterusnya saya akan huraikan berkenaan dengan movie dan novel-novel yang telah dibaca insyaAllah, juga lagu yang didengar yang menjadi inspirasi pada kehidupan saya insyaAllah.



...............

To be continue.

Arigatou Gozaimasu
Kerana sudi membaca.
--
Terbang dengan Hati~ 1
inanNaurah
20140928
1218pm.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad