Saturday 31 January 2015

Menghadirkan Hati Pada Mereka Yang Diuji

***

Semalam, saya join sukarelawan untuk menziarahi pesakit-pesakit yang berada di salah satu general hospital di malaysia.

Kami tak ramai dalam berbelas orang sahaja, namun pengalaman yang saya dapat menjadikan hidup saya semalam lebih bererti dan lebih menghargai diri sendiri dan kehidupan.

Mungkin.. dah ramai yang dah join perkara macam ni. Tetapi bagi saya ia suatu pengalaman baru yang insyaAllah saya akan join lagi pada masa akan datang.




Program macam ni membuka mata saya, betapa ramai manusia lain yang diuji oleh Allah SWT. Tidak kira sama ada mereka yang beragama Islam mahupun bukan Islam tetap akan diuji.

Wad pertama yang kami pergi adalah wad padeatrik, iaitu wad kanak-kanak. Sayu hati bila melihat ramai anak-anak kecil terbaring lesu di wad. Ada pula wayar-wayar di kiri kanan tangan. Ada juga yang aktif, sangat comel.. tersipu-sipu senyum bila kita pergi kat diorang. Comel sungguh.

Wad seterusnya, kami ke wad sakit di bahagian dada bagi lelaki dan perempuan.

"Saya sakit kanser, stage 4. Saya baru tahu a few days ago."

Kata seorang pesakit perempuan, muda lagi orangnya. Non muslim. Tapi dia kelihatan bersemangat dalam bercerita, tidak lesu dan tidak nampak riak takut di wajahnya. Simpati saya, rasa macam, tabahnya dia.

Di sebelah katilnya pula, ada seorang nenek tua, juga non muslim. Bila kami pergi dekat dia, bersungguh dia nak bercakap, tapi kami tak dapat dengar suaranya dengan jelas. Dia salam kami kemudian lambaikan tangan bila kami nak ke tempat lain pula. Kami doakan mereka agar cepat sembuh dan moga beroleh hidayah Allah SWT, kata-kata di dalam hati.

Bagi yang Muslim, kami pergi bertanya keadaan mereka, pergi kuatkan hati. Ada yang mahu untuk didekati, ada pula yang menolak. Namun, kami mendoakan mereka di situ juga sama ada secara jelas mahupun dalam hati.

Pengalaman, yang saya peroleh ni. Menjadi penguat semangat untuk sentiasa bersyukur dengan kesihatan yang Allah SWT bagi pada saya dan ahli keluarga saya. Mensyukuri nikmat masa yang sangat banyak berada di tempat sendiri untuk berbakti kepada ummah.

Juga, saya sangat-sangat menghargai usaha doktor dan jururawat yang bersengkang mata siang malam, yang bekerja 16 jam sehari, 36 jam tanpa henti. Shift siang, malam. Kadang-kadang tidak sempat menjaga kebajikan sendiri kerana menjaga kebajikan orang lain. Moga Allah SWT berikan kekuatan, ketabahan dan pahala yang banyak kepada para tenaga di hospital.

Terima kasih. Dan i'm proud all of you.

Doakan kami tabah macam kalian untuk melakukan segala aktiviti untuk kebaikan agama dan ummah insyaAllah.



inanNaurah
20150201
332pm








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad