Friday 13 March 2015

Taubat.

***

Akhir rasa, manusia akan tersungkur jatuh dalam kelemahan sendiri.

Akhir-akhir ni saya memang banyak berfikir sebenarnya. Apabila melihat kepada akaun facebook sahabat-sahabat. Saya melihat kawan-kawan banyak post kan gambar anak, gambar suami, gambar makanan, gambar keluarga di facebook.

Saya berfikir dan merenung diri sendiri, adakah aku juga akan menjadi seperti itu setelah memiliki sebuah keluarga. Adakah aku akan menjadi manusia yang lalai dengan keluarga sehinggakan melalaikan status khalifah yang tergalas di bahu.

Ya Allah, sungguh aku bertaubat kepada-Mu, jika niat untuk aku memiliki sebuah keluarga adalah jauh daripada untuk memperjuangkan agama-Mu. Ya Allah aku bertaubat kepada-Mu jika harapan aku untuk memiliki seorang pendamping hidup melalaikan aku daripada tujuan sebenar dalam sebuah kehidupan dan penyerahan diri kepada-Mu.

Hati dan fikiran aku ketuk sungguh-sungguh untuk mujahadah dan muhasabah.
Moga-moga tujuan sebenar hidup aku tidak jauh daripada landasan Tuhan.
Dan aku redha sungguh dengan ujian ini Ya Allah, Engkaulah Yang sungguh menyayangi aku. Engkaulah yang memberikan aku apa yang aku mahu dengan jalan yang tidak aku sangka-sangka.

Dan aku lebih bahagia demgan diri aku kini. Alhamdulillah.

***

inanNaurah
20150314
1054am

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad