Sunday 30 November 2014

Masalah

***

"Saya nak kerja sebab nak beli kereta!"

"Saya nak kerja besar untuk beli rumah besar, untuk hidup selesa, untuk pakai kereta mewah."

"Saya nak kerja gaji tinggi untuk buat kenduri grand..grand.."

.
.
.
.
.



. "Semuanya saya nak, kalau boleh tanpa kerja saya nak semuanya."

Hmmmmm.........

***

Kerja bukan untuk kita jadi hamba duit. Bukan untuk kita target itu ini kerana dunia dan isinya ataupun kerana untuk kepentingan diri sendiri. Ce cek semula niat kita? Kita ni golongan yang macam tu ke?

Bukan tak boleh nak beli kereta, beli rumah, boleh No Problem.
Beli kereta untuk memudahkan ibadah kita, nak pergi kerja juga kan ibadah. So beli la kereta kalau itu akan lebih memudahkan urusan. Namun, jika boleh jalan kaki. Usahakan jalan kaki. Sihat lagi mengikut sunnah :)

Kereta besar ke kecil ke takpa yang penting niat.  Rasulullah SAW sendiri suatu masa dahulu memilih kuda yang paling elok untuk tunggangan Baginda SAW. Jadi kita nak pilih yang mahal sebab paling elok, silakan. Jika yang besar boleh dimanfaatkan untuk agama dan manusia lain. Silakan, silakan ^_^

Nak beli umah besar? Boleh, tak ada masalah jika niat beli rumah untuk ibadah. Untuk menyelesakan isi keluarga. Untuk sama-sama berkongsi dengan orang yang susah. Dapat pahala lagi. Tapi kalau beli rumah besar, akan mengenepikan kesatuan isi rumah, sorang dok bilik hujung sana, sorang dok bilik hujung sini, tak nak berjumpa langsung, baik lagi rumah kecik, senang nak kawal anak-anak. Keluarga pun jadi erat.

Nak buat kenduri grand, grand? Pasai apa? Kalau buat kenduri lepas tu berhutang sila fikirkan semula. Nak hidup dengan pasangan bukan sehari dua, tapi kalau boleh selama-lamanya. Usia panjang, banyak lagi hal yang nak dibuat dengan duit tu. Mungkin untuk menyambut kelahiran cahaya mata jika ada rezeki insyaAllah.

Kebanyakan orang juga fikir nak beli baju cantik-cantik dan mahal hanya untuk sehari perkahwinan, banyak berabis pada pelamin dan hantaran. Tetapi ramai yang tidak memikirkan hidangan yang akan disediakan pada tetamu yang hadir, sedangkan tetamu itu membawa rahmat, yang akan mendoakan kita. Tapi kita layan macam nak tak nak je, kita hidangkan macam orang yang tidak rela kehadiran tetamu. t_t. Pakailah pakaian seadanya, binalah suasana kenduri yang harmoni dan bersyariat. Niatkan seikhlas hati insyaAllah, yang baik-baik akan terjadi :)

Yang penting sebenarnya adalah niat. Semua pun yang kita lakukan jangan sekali-kali untuk kepentingan diri sendiri. Tetapi hidup ini adalah untuk memberi. Hidup sebagai khalifah.

Jangan pernah cemburu dengan kebahagiaan orang lain. Setiap manusia memiliki jalan hidupnya sendiri. Allah SWT lebih tahu daripada kita yang memang tidak tahu apa-apa ini. Yang pentingnya kita sentiasa berusaha untuk menjadi khalifah, dai'e yang terbaik sebelum kita tinggalkan dunia yang hanya sementara. Dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Bukanlah tidak boleh hidup senang, namun jika itu akan menjadikan Islam itu lebih Mulia. Maka silakanlah....... :)


***

Entry sedikit emosi. huhu



inanNaurah
20141201
1128am







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad