Sunday 4 March 2012

MARIA

* * *

hanya Allah yang tahu rasa hati saat ini..

huluran lembut yang saya terima melalui pembacaan yang dapat menjernihkan hati.. terima kasih Allah.. baru sudah membaca buku bertajuk 'MARIA' suatu kisah benar dari seorang gadis Jerman. kisah yang diceritakan kepada seorang penulis Turki bernama Emine Syenlikogiu, ia mengisahkan kisah benar seorang gadis bernama Maria  yang terlibat dalam 'Pergelutan tiga penjuru Islam-Ateis-Kristian'. Akhirnya dia menemui hanya Islam agama yang benar.

buku ni saya baca sejak darjah enam, kepunyaan akak sepupu  hasil kiriman tunangnya dari mesir. ya masa tu masih tak kenal erti kehidupan, tak mampu untuk mentafsir apa itu dunia, mungkin faham tapi tak sama dengan kefahaman sekarang. Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk membaca buat kali kedua yg dipinjam dari seorang kakak :)

dalam meniti ranjau kehidupan saya rasa saya masih bergelut dengan tuntutan dunia, yang pastinya iman memang selalu turun naik. hidup kerana Allah masih jauh, seringkali saja tersasar bila dirundung gelisah. 

..dan hakikatnya Allah tahu masalah kita, Allah tahu kita mencari-Nya, dan Allah beri bila kita sungguh-sungguh, saya bersyukur kerana menerusi pembacaan kisah ini persoalan yang terbuku terjawab dengan penuh makna dan mendalam..

antara petikan-petikan dalam buku ni yang saya rasa ada satu semangat yang menitik:

"..saya bimbang kamu mendapat dosa kerana saya.."

"Sesungguhnya penat dalam berjuang adalah perkara biasa dan ia berakhir setelah tibanya waktu berehat. Manakala takut dan menyerah tidak berakhir dengan rehat."

"Jangan menghindarkan diri daripada orang yang benar-benar kasih kepada Allah. Mungkin kita tidak berjumpa dengan mereka itu pada masa sekarang, tetapi percayalah, bilangan mereka bertambah dari semasa ke semasa."

"Jangan memusuhi atau mengenepikan mana-mana golongan atau mazhab yang ada kerana kewujudannya disebabkan perselisihan dalam mentakwil atau mentafsir. Jika mereka menyisihkan kita , jangan sekali-kali rasa tersisih. Bantu dan sokonglah apa yang berunsur baik dan memberi faedah yang terdapat dalam mana-mana golongan. Orang yang taksub membabi buta sekali-kali tidak menyetujui apa yang dilakukan oleh golongan lain. Awas, jangan sekali-kali jadi golongan seperti itu!"

<3 <3 <3

..dan yang positifnya dalam novel ini, dia sanggup mengutuk agama yang dianutinya dulu hanya kerana Allah. kita sekarang bagaimana? Saya sendiri rasa saya tidak seberani dia.

..dalam keadaan negara yang tidak sempurna sepenuhnya menjalankan sistem Islam, dalam puja-pujaan pada artis yang sama sekali mengikut telunjuk barat, pakaian dan cara hidup barat yang diagung-agungkan

umat Islam sudah lama tersesat jauh. saya juga mungkin pernah tersesat suatu ketika dahulu dan kerana itulah, saya menyeru kepada bangsa saya dan semua yang menganut agama Islam, bangkitlah dalam menegakkan kebenaran agamamu dan jauhilah budaya yang menjajah pemikiran dan akal kita selama ni yang hanya akan menghancurkan dan menyesatkan kita jauh daripada jalan menuju Allah S.W.T.

"..dan medan penulisan itu adalah satu senjata yang utuh dalam berdakwah.."

with luv,
Inan Naurah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad