Tuesday, 13 March 2012

manisnya cinta yang bersemi..

* * *

Dengan debaran di hati, langkah kaki tetap dia teruskan. Sepanjang perjalanan menaiki bas ekspress mutiara tadi hatinya sudah tidak tenteram, jauh menerawang. Berfikir-fikir apa yang ingin diucapkan apabila berjumpa. Terima atau tidak mereka akan hajatnya. 

"Ya Allah.. mudahkanlah, mudahkanlah ya Allah."

Hatinya berbisik sendiri, hanya pada Tuhan dia mengharap. Sampai ke hadapan pintu pagar bewarna putih. kakinya kaku, otaknya ligat berfikir, mulut terkunci rapat, muka sedikit risau.

"Nak masuk ke tak nak, nak masuk ke tak." Lama dia berdiri. Berfikir-fikir sendiri. Namun hatinya masih tidak kuat, takut, resah, gelisah semua bercampur baur.

"Kalau tak terima macam mana?" Sudah lebih lima minit berdiri. Akhirnya dia mengalah. Berpusing balik, dua tiga langkah dilangkahi dengan longlai. 

Sudah sampai di persimpangan jalan, dia masih berkira-kira. Langkahnya terhenti, dipusing balik ke arah rumah berpagar putih tadi.

"Aku mesti kuat, mesti!" Sampai lagi dia di pintu pagar berwarna putih. hati masih berkira-kira, otak tidak dapat berfikir jalan terbaik. Segan, malu itu yang bermain di fikiran. lantas dia melangkah lagi menjauhi rumah itu.

Sampai lagi di persimpangan tadi. 

"Duit dah banyak habis, buat tambang bas, datang jauh-jauh begini, takkan nak mengalah." Bisik nya sendiri.

"Ya kali ni mesti masuk..mesti! Terima ke tak terima itu soal kedua. Yang penting kena cuba." Dia bertekad penuh yakin, langkah dihayun teliti. Pintu pagar bewarna putih sudah ada di depan. Lantas salam perlahan diucap kali pertama.

Kali kedua sedikit kuat. Lantas ada seorang lelaki yang menyambutnya di pagar.

Dia dipelawa masuk penuh hormat. Kemudian hajatnya dihulur lantas diterima. Bunga yang diingini berjaya disunting menjadi permaisuri hati.

Hatinya bersyukur sendiri. "Terima kasih ya Allah, terima kasih." Dia senyum penuh lega.

Tersingkap satu kisah cinta yang terbit dari seorang lelaki yang berani untuk menyunting pilihannya. Sudah lama diperhatikan bunga itu, akhirnya akan diakad di hari perkahwinannya nanti.

<3 <3 <3

Keberanian seorang lelaki untuk menyunting diri setiap wanita idaman. Itu yang sentiasa diharapkan. manisnya cinta bersemi dalam rumahtangga seorang pemimpin yang bijak menakhoda bahtera rumahtangganya dengan hati nurani dan keimanan yang utuh pada Allah S.W.T. 

Allah telah berfirman bahawa:

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji (pula), dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik (pula).." [Surah an-Nur; 26]

..berbahagialah bila mendapat yang soleh dan solehah di antara kamu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...