Friday 16 March 2012

semangat yang hilang



* * * 


Dunia terasa sepi tanpa dia, bercucuran mutiara jernih jatuh di kanan dan kiri pipinya. Dia lemah, tidak berdaya menanggung rindu. Puas sudah ditahan namun kenangan tetap memujuk rayu untuk menerjah ke ruang sempit mindanya.


Dikerling jam di tangan kirinya, sudah pukul 11 malam. tapi kaki tetap berdiri di situ, tidak mahu berganjak. Dia pasrah namun bukan menyerah, dia redha namun seakan paksaan pada hatinya.


"Pasrahkah aku atau redha aku? Jiwa ku kosong, derita ini tidak mampu untuk aku tanggung. Inikah yang aku mahu?"


Monolog suhairah sayu, kecewa dengan hidupnya. Derita dengan sikapnya sendiri.  Segala harapan yang dibina masihkah ada harapannya, dia keliru dengan dirinya sendiri. Teringat kembali kenangan dua minggu lepas,


"Saya tak layak untuk awak.. saya rasa awak boleh dapat yang lagi baik daripada saya. Saya nak awak bahagia, saya nak awak dapat yang lebih baik daripada saya."


"Tapi saya nak awak, kita akan usaha ke arah yang lebih baik kan. Saya juga bukan insan sempurna seperti yang awak anggap. Saya punya banyak kekurangan."


"Saya tak pernah nampak kekurangan dalam diri awak. Saya rasa saya banyak berdosa, dosa-dosa semalam masih menghantui fikiran saya. Betul, saya sayang awak, malah awaklah lelaki nombor satu untuk saya jadikan suami. Namun hati saya tak boleh nak terima, saya takut untuk kecewakan awak. Saya tak nak awak menyesal berkahwin dengan saya."


"Ya Allah su, bukankah setiap manusia juga punya hati dan perasaan. Punya kelebihan dan kekurangan. Oleh sebab itulah suami dan isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain. Apabila ada kekurangan pada si siteri, si suamilah pelengkapnya. Apabila ada pula kekurangan pada suami, isteri yang menjadi pelengkapnya. Adil kan."


"Tapi.."


"Dah, tak ada tapi tapi lagi, cukuplah su." Mesej itu hanya tergantung di situ.


* * *


"Saya nak hubungan kita ni bertahan. Saya tak nak lepaskan awak su. Saya sayang awak. Malah hanya awak satu-satunya dalam hati saya. Walaupun saya tak berdaya untuk lafazkan kata sayang dan cinta sekarang namun saya nak awak tahu. Awaklah pilihan saya." Bisik amri sendiri.


bip..bip


satu mesej sampai..


"Jika awak ada pilihan yang lebih baik, saya redha.. saya rela undur diri." Satu sms daripada Suhaira.


Amri hanya diam seribu bahasa. Tidak mahu dia membalas mesej itu. Dia tahu jika dilayan, makin parah pula jadinya. Dia hanya diam. Membiarkan Suhairah dengan emosinya sendiri. Dia juga mahu mengajar agar Suhairah  bertambah matang dalam membuat keputusan.


bip..bip


"Maaf"-sender Suhairah


Suhairah tidak dapat duduk diam, hatinya bergolak resah. Tiada satu pun sms nya berbalas. Sudah dua minggu. namun masih tidak ada sebarang berita dari amri.


Fikirnya sendiri "Adakah mereka sudah putus?"


* * *


Hatinya tidak tenang, memang dia merelakan Amri untuk pergi dari hidupnya. Namun dia tidak mampu. Ini bukan kali pertama dia berbuat seperti ini. Sudah banyak kali. Namun perkara yang sama diulang-ulang. Emosinya tidak dapat dikawal.


Suhairah merenung diri, dia sukar untuk melupakan Amri. Baginya jika Amri memilih untuk berkahwin dengan orang lain suatu hari nanti dia lebih rela untuk hidup sendiri dan hanya mampu melihat kebahagiaan Amri dari jauh. Dia hanya memiliki semangat yang lemah, tidak yakin dirinya untuk bahagiakan Amri. Seringkali dia tewas dengan perasaaan sebegini.


Sukar untuk dilawan. Perlukan mujahadah. Rasa rendah diri menebal lagi, terutamanya apabila dia berstatus bendera merah. Dia tidak mahu melayan sangat hatinya. Namun jiwanya tidak kuat.


"Maafkan saya, awak masih marahkan saya." Suhairah menghulurkan satu mesej kepada Amri.


tiada balasan, namun pada jam tiga pagi telefon bimbitnya bernyala. Menandakan ada mesej yang masuk.


"Saya tak marah awak pun.." Sender Amri.


Suhairah tersenyum sendiri. 


"Ya Allah, dia tidak marahkan aku walau sedikit pun. terima kasih ya Allah.


Hatinya kembali tenang. Mesej dari Amri tidak dibalas. Dia berazam perkara yang sama dia tidak akan ulanginya lagi. Payah untuknya melepaskan orang sebaik Amri. Suhairah termenung seketika. Teringat akan pesan ustaznya.


"Berkahwin juga suatu ibadah, maknanya dalam soal ibadah kita perlu dahulukan diri kita sendiri daripada orang lain. Rezeki itu Allah yang bagi, beruntunglah mereka yang bersyukur kepada-Nya, insyaAllah bila kita dah buat yang terbaik, Allah akan mudahkan urusan dan jalan kepada kita."


Dia tahu silapnya, selepas ini dia tidak akan mendahulukan orang lain lagi dalam soal ibadah. Diri perlu diutamakan. Mendapat lelaki soleh juga merupakan suatu rezeki yang tidak boleh ditolak. Selepas ini dia perlu lebih berhati-hati bermain emosi, tidak boleh diturutkan perasaan namun perlu dibatasi dengan akal.


Dua hari selepasnya dia menghantar mesej kepada Amri.


"Terima kasih kerana memahami saya, moga awak dapat memimpin saya dan menjadi pemimpin yang baik kepada saya suatu hari nanti.. insyaAllah, sentiasa doakan saya ya." sender- Suhairah


Amri hanya senyum memandang, dalam hatinya berdesis "Sayang awak kerana Allah." Bagi Amri Suhairah sudah sempurna di matanya, apa pun  kekurangan yang ada asalkan ada takwa yang dilandaskan pada Allah semua ok rasa cinta.


Pertunangannya dengan Amri kekal seperti biasa, namun perhubungan telefon tidak ada sama sekali sejak dahulu lagi, pernah tapi sekali dua semasa diri masih rapuh dalam permainan cinta. Hanya sms yang menjadi penghubung, itupun sudah jarang.  Mereka saling menjaga, dan juga merasa berdosa dan salah jika ada sms-sms yang melalaikan mereka jauh dari Allah. Taubat dilakukan untuk menyucikan segala dosa-dosa semalam.


Akhirnya perkahwinan mereka berlangsung setahun selepas itu. Alhamdulillah. 


                  "..indahnya perkahwinan bersulamkan barakah, mawaddah, warahmah.."


<3 <3 <3


Hilang keyakinan dan hilang semangat dalam diri manusia, adalah satu perkara yang senang terjadi. Bukan sahaja dalam perhubungan dengan kawan-kawan malah kerja, belajar. Ada yang senang mengundurkan diri dengan mudah, namun itu bukan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah.


Emosi wanita seringkali mengalahkan akal, katakan tidak layak, hanya akan menghiris diri sendiri. Bukankah baik kalau kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. Layak atau tidak itu urusan Allah. Dia tahu yang terbaik untuk setiap hambanya. Doa dan tawakal itu perlu, selayaknya manusia itu mendapatkan apa yang dia usahakan, kerana itu juga janji Allah pada setiap hambanya yang berusaha.


Ayuh kawan kita terus usaha untuk membuat yang terbaik di dalam kehidupan kerana tanpa cinta dunia juga, sukar untuk mencapai Akhirat yang Abadi.


"..dan lelaki yang baik itu akan sentiasa memahami perasaan setiap wanita, sayangilah mereka dan terimalah kekurangan mereka seadanya..kerana setiap wanita ada emosi yang kadangkala hilang kadangkala pula ada"








4 comments:

  1. salam awak, salam ukhuwah
    cerita ni mmg trkesan pd sye . coz mngalami bnde ni. N still cube tuk mujahadah. Ni kisah bnar ke ? atau skadar cerpen semata ..?


    do visit mine
    http://sarahimtiyaaz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. nice story.. happy ending at last.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad