Sunday, 9 June 2013

'Kek Coklat Kukus Sedap & Simple'


*gambar hiasan*sumber:google
gambar sendiri, lupa nak bawak hard disk
len kali saya update :)

***

Resepi ni pun daripada kazen saya, ambil resepi ni masa lepas SPM, dok umah dia, keja.. so belajar sama.. dia buat simple ja, sampai sekarang pun dok try resepi ni ja..

Mula-mula kita baca Bismillahirrahmanirrahim dulu, pastu selawat, pasang  mp3 ayat-ayat Quran kat dapur. Ok jom mula masak:


Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 cawan minyak masak 
1 cawan susu cair 
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula 
2 biji telur
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

1. Masukkan minyak masak, susu cair, susu pekat, serbuk coklat, dan gula ke dalam periuk kemudian kacau hingga mendidih dan biarkan sejuk.

2. Apabila dah sejuk, masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan telur. Kemudian kacau hingga rata.

3. Masukkan dalam loyang (renjis air dalam loyang sebelum letak acuan untuk mudah kek dikelurkan bila dah masak) Then, ambil kukusan dan kukus.

4. Nak tau bila masak? Ambil garpu/lidi cucuk kat bahagian tengah kek yang dikukus. Kalau tak ada kek yang melekat kat garpu/lidi itu tandanya dah masak. Tutup api dan MAKAN.. yeay!

5. Kalau nak buat toping dia kat atas tu, boleh guna coklat masakan campur sikit susu cair dan sikit majerin, letak dalam bekas kaca dan ada air yang dididih kat bawahnya, kemudian kacau-kacau sampai cair, dan boleh letak atas kek.

*Selamat Mencuba!

p/s: jangan lupa selawat ye, tiup-tiup sikit dalam masakan, mudah-mudahan Allah berkati dan jernihkan hati kita Insha Allah. Pada yang nak buat mereka lembut hati dan makin bertambah sayang, suami/isteri/anak-anak/famili boleh baca ayat-ayat yang berkenaan, sambil kacau sambil baca. Mudah-mudahan Allah kekalkan kebahagiaan rumahtangga, in sha Allah.

Luv: InanNaurah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...