***
Jam menunjukkan tepat 10 malam. Kelibat bas masih dalam khayalan, menunggu dan terus menunggu. Dalam hati ada rasa gelisah. Bukan kerana bas yang dinanti belum muncul tiba, namun gelisah siapa yang akan mengambil diri di stesen bas nanti. Pasti sampainya lebih kurang jam 4/5 pagi. Sorang-sorang, takut.
Memang ada sahabat di rumah sewa, hati memang tak nak menyusahkan. Rasa sangat tidak ingin menganggu tidurnya. Lagi pula dia baru dapat rehat di rumah. Hanya sehari sahaja harinya untuk bercuti di hujung minggu kerana majikan mewajibkan enam hari masa bekerja.
Lebih kurang 10 minit menghampiri ke jam 10.40 akhirnya bas yang dinanti tiba juga. Sayu melihat kepada mak dan ayah yang akan ditinggalkan. Pada riak muka aku ikhlaskan dengan senyuman, bimbang emak mengetahui tiada siapa yang akan mengambil aku di hentian bas nanti.
"Ya Allah hanya Engkau tempat aku bergantung harap." Dalam hati banyak-banyak aku istighfar, moga Allah mudahkan, moga Allah mudahkan ameen inshaAllah.
Aku melambai sayu mak dan ayah dari atas bas yang sudah beransur-ansur keluar daripada hentian yang riuh rendah.
***
Jam menunjukkan jam 1 pagi. Tiba-tiba aku terdengar suara pemandu bas yang tidur di belakang menepuk-nepuk dinding bas. Setelah itu kakinya dilangkah merapati pemandu bas yang sedang khusyuk memandu.
"Berhenti, berhenti.. berasap dah bas ni."
Setelah itu, bas berhenti dengan serta merta. Asap berkepul-kepul di bahagian belakang bas. Rupa-rupanya tayar bas makin haus dan telah terbakar sedikit di bahagian tepi.
Aku beristighfar di dalam hati. Ya Allah moga Kau ampunkan kami semua.
***
Kami semua diarahkan turun dari bas. Semua bergerak menjauhi bas. Kelihatan masih lagi ada yang berada di atas bas, beransur-ansur bergerak turun. Aku menggigil kesejukan. Di atas bukit yang sunyi, hanya dua, tiga kereta yang melintasi kami.
***
Setelah lebih kurang sejam berada di situ. Pemandu bas mula berteriak.
"Naik bas cepat, tak pasal-pasal gajah datang nanti. Takpa kita bergerak slow-slow"
Dalam hati ada rasa cemas juga. Kami mula naik, bas ada bau asap sedikit-sedikit. Pemandu memandu dengan kelajuan yang sangat perlahan. Dalam hati aku sangat bersyukur.
***
Kami sampai di hentian rehat. Jam menunjukkan jam 3.30 pagi. Dalam perkiraan aku akan sampai lewat ke destinasi. Lama kami berhenti di situ. Apabila jarum jam menunjukkan pukul 430 pagi. Kami mula bergerak meninggalkan hentian rehat tersebut
***
Hikmahnya, Alhamdulillah. kami sampai ke destinasi jam lapan pagi, dan aku tak perlu menyusahkan orang lain untuk ambil aku. Dan tidak ada rasa takut sampai seorang di hentias bas yang biasanya sampai jam 4/5 pagi.
Ya Allah Engkau lah segala pengharapan. Engkau tak pernah tinggalkan kami. Betul kan, setiap yang berlaku ada hikmahnya. mungkin bagi orang lain sampai lewat itu tidak baik, tapi bagi saya baik. Namun sebenarnya tiada yang tidak baik, semuanya ada baiknya jika kita buka mata hati kita.
PERCAYALAH, setiap yang terjadi ada sebabnya yang tersendiri.
I LUV ALLAH.
Bersambung dengan kisah bas yang seterusnya.
Pengalaman mencambahkan hikmah.
Hikmah membuahkan Nikmat.
Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment