Sunday 24 November 2013

Ibrah: Hafalan Shalat Delisa


***

Alhamdulillah, baru siap menonton filem hafalan shalat delisa yang diadaptasi daripada novel hafalan shalat delisa yang ditulis oleh Habiburrahman el-Shirazy.

Cerita yang sangat baik dan mampu menjatuhkan berjuraian air mata saya. Cerita yang banyak ibrah dan pengajaran daripada kisah seorang anak, yang sangat tabah dan cekal dalam menghadapi musibah dunia (tsunami).

Bagi saya kisah ini memaparkan aspek kasih sayang, ketabahan, kebergantungan kepada Allah SWT, melakukan sesuatu kerna Allah SWT, kesatuan hati, penjagaan batas aurat, solat berjemaah, didikan yang baik, semangat setiakawan, redha, pasrah, keimanan,ketakwaan, kesabaran, keyakinan, tolong menolong, keikhlasan, saling memberi, berkongsi rasa, berkongsi nikmat, kekeluargaan, seni dalam mendidik, seni dalam berkomunikasi, sokongan, kekuatan dan kemanisan dalam menjalani hidup sebagai seorang hamba Allah SWT.

Daripada cerita ini juga saya memuhasabah diri sungguh-sungguh. Kita yang ada dua kaki, dua tangan, dua mata, dua telinga, badan yang sihat, suara yang baik, dan segala yang Allah SWT nikmatkan pada kita. Sudahkah kita gunakan dengan sebaiknya kerna Allah SWT? Sudahkah kita gunakan apa yang ada untuk berjuang di jalan-Nya? Sudahkah kita isi masa yang terluang dengan perkara-perkara yang bermanfaat dengan menguruskannya dengan baik dan cermat di jalan-Nya?

Sungguh, cerita ini memberi kesan yang mendalam pada diri saya, ibrah yang baik untuk makanan rohani saya. Tahniah untuk penulis dan penerbit filem ini. Moga-moga Allah SWT menghitungnya sebagai ibadah dan semoga lebih ramai hati yang tersentuh dan melahirkan kesan jiwa yang positif dan menumbuhkan semangat juang yang tinggi dalam kalangan masyarakat Islam seluruh dunia, inshaAllahu taala.


Allah SWT berfirman yang membawa maksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: 
Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (Surah al-Ankabut: 2-3)

~Senyumlah, kerna itu pengubat duka~




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad