Dia: Pak cik nanti saya nak berhenti dekat dengan simpang tiga dekat dengan kampung saya boleh?
Pakcik Bas: Eh! Tak boleh nanti kena saman. Sekarang banyak polis buat sekatan, tak boleh! Tak boleh!
Dia: Saya selalu naik bas, diorang berhenti je kat situ. (Dalam hati dah rasa nak menangis, macam-macam fikir, takkan nak susahkan ayah pergi ambil dekat bandar, jauhnya.)
Pak cik Bas: Dah pergi naik, bas dah nak gerak ni, nanti kita tengok macam mana.
***
Dia naik bas dengan perasaan bercampur baur namun tetap redha jika ini kehendak-Nya. Di bibir tak henti-henti beristighfar, hanya Allah yang menjadi harapan.
Setelah beberapa ketika, bas yang dia naiki melintasi kawasan yang lebih kurang 20km sahaja lagi daripada kampungnya. Ada sebuah bas yang bercat oren sama dengan bas yang dinaikinya dilihat rosak tersadai di tepi jalan. Dua tingkat. Ramai penumpang berdiri, tidak kurang yang duduk-duduk di tepi bas dengan wajah yang gelisah, tambahan esok dah raya! Kesiannya mereka.
Dia hanya memerhati, ada rasa belas yang menyirap di ruangan hati. Bas yang dia naiki berhenti di tepi jalan, mungkin untuk membantu kerana bas yang dia naiki di bawah company yang sama dengan bas yang rosak itu.
Tiba-tiba terdengar bunyi suara pak cik bas tadi.
"Siapa yang nak berhenti di tepi jalan tadi?"
Dia mengangkat tangan pantas, beberapa orang yang lain turut mengangkat tangan dengan cepat. Sempat dia mengira, empat orang semuanya.
Dia melihat empat orang dipersila untuk menaiki bas yang sama dia naiki. Dengan naiknya empat orang tadi, maka dia dan tiga orang yang lain terselamat untuk turun di kampung masing-masing. Di tepi jalan. Di tepi rumah.
Hasbunallah wa ni'mal wakil
"Cukuplah Allah penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung." (Ali Imran:173)
Alhamdulillah, hanya Allah sebaik-baik penolong. Hanya Allah yang mampu membantu walau sesusah mana pun urusan kita, jika hanya mengharapkan Dia. Dia tak pernah menghampakan hamba-hambaNya. Semua dengan izin-Nya. Alhamdulillah...
* turun bas dengan perasaan lega, ayah melihat dengan bahagia, emak bersyukur dengan rahmat-Nya.
Alhamdulillah Ya Allah.
No comments:
Post a Comment