Wednesday 5 November 2014

Lihatlah dengan mata burung, bukan tempurung

***

Saya masih ingat lagi dialog dengan kakak sekerja saya.

"Kak macam mana nak jadikan diri kita ni matang?" Alasan kenapa saya bertanya adalah kerana saya merasa diri saya ini terlalu tidak matang dan cetek pengetahuan.

Dengan tenang dijawab oleh kakak itu,

"Banyakkanlah membaca dan menonton filem yang baik-baik, sedikit sebanyak kita akan belajar daripada ilmu baik yang disampaikan. Juga pekalah dengan setiap hikmah yang berlaku dantabahlah dengan ujian Dengan itu, hati dan fikiran akan sentiasa bekerja untuk berfikir dan mencari kebaikan serta jalan penyelesaian."

Setelah itu, saya termenung sendiri dan meminta kepadanya cadangan buku-buku yang sangat baik untuk dibaca dan cadangan filem yang bagus-bagus.

Sejak hari itulah saya terjebak dengan cerita-cerita dan novel dan Indonesia. Hasil daripada cadangannya. Sebenarnya filem serta novel Inodonesia sangat mengispirasikan diri saya. Dan hasil daripada itu, saya merasakan perlu untuk saya berkongsi novel yang sangat membekas dalam diri saya saat ini dan selamanya inshaAllah.

***





NOVEL NEGERI 5 MENARA

Negeri 5 Menara adalah novel permulaan bagi ketiga-tiga novel di atas. Ianya adalah kisah benar yang digarap oleh penulis Indonesia A. Fuadi berdasarkan pengalamannya di Pondok Gontor, Indonesia yang disesuaikan dengan nama Pondok Madani dalam novel tersebut.

Kisahnya yang memaparkan kehidupan dia sebagai seorang pelajar di pondok tersebut besertakan keikhlasan para guru dan ukhuwah bersama santri yang lain amat berbeza dengan novel-novel yang pernah saya baca. Sekaligus menambahkan rasa kagum saya dengan semangat pelajar dan semangat mengajar para guru di pondok tersebut.

Kalimah yang selalu diutarakan dalam novel in adalah Man Jadda Wa Jada.
Sesiapa yang bersungguh dia akan dapat. Sesuai dengan usaha yang dilakukan tanpa putus-putus untuk dia meraih menjadi pelajar yang sangat cemerlang dan tinggi sahsiahnya. Ceritanya sangat membuatkan diri saya menjadi manusia yang makin bersemangat dengan kehidupan dan mula meletakkan cita-cita yang tinggi dalam setiap perkara yang ingin dicapai dalam hidup.

RANAH 3 WARNA

Ranah tiga warna adalah sambungan daripada negeri 5 menara, ia mengisahkan kehidupannya selepas tamat di pondok Madani dan berusaha untuk menempatkan dirinya di universiti tempatan. Hasil daripada kesungguhan yang tidak pernah putus dan kalimat yang sentiasa membekas di hati iaitu Man Jadda Wa Jada, dia berhasilkan menempatkan dirinya di universiti UNPAD dengan jurusan hubungan internasional. Berhasil menjejakkan kaki ke Jordan dan Negara impian ke Benua Amerika, iaitu Kanada.

Cerita dan pengalaman di Kanada seolah-olah dekat dengan pembaca. Sangat menarik dan menambahkan pengetahuan yang mendalam berkenaan dengan negara orang. Walaupun saya masih tak sampai lagi ke sana. Namun dengan penceritaan daripada penulisannya, saya seolah-olah sudah mengenal keadaan di sana.

ceritanya sangat memberi kesan inspirasi yang sangat mendalam dan memang rugi kalau tak baca.

RANTAU 1 MUARA

Cerita yang ketiga ini adalah kesinambungan daripada ranah 3 warna. Cerita ini adalah berkisarkan dirinya yang telah mendapat ijazah di UNPAD. Setelah itu kerana kemahirannya dalam bidang penulisan dia telah menjadi seorang wartawan dan akhirnya melanjutkan pengajian master di Amerika. Negara yang diimpikannya sejak daripada kecil lagi. Di sini banyak dikisahkan berkenaan dengan negara Amerika dan perantauannya di sana.

Melalui rantau 1 muara dan ranah 3 warna, membuatkan semangat saya untuk menulis semakin tinggi.

KATA-KATA INSPIRASI DALAM NOVEL TERSEBUT

Man Jadda Wa Jada= Siapa yang bersungguh-sungguh akan sukses
Man Shabara Zhafira= siapa yang bersabar akan beruntung
man sara ala darbi washala= siapa yang berjalan di atas jalannya akan sampai ke tujuan

Going the extra miles, I'mali fauqa ma 'amilu= Berusaha di atas rata-rata orang lain

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman,
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang,
Merataulah, kau akan pengganti dari kerabat dan kawan,
Berlelah-lelahnya, manisnya hidup terasa setelah lelahnya berjuang.
Syair Imam Syafi'i

Lan tarji' ayyamullati madhat= tidak akan kembali hari-hari yang telah berlalu

Min haitsu la yahtasib= dari tempat yang tidak disangka-sangka, Rezeki daripada Tuhan memang bisa datang daripada mana saja dan kapan saja



************************************************

Sebenarnya membaca memang membuatkan manusia itu menjadi lebih matang dan berfikiran luas. Bila melihat daripada ayat pertama yang diwahyukan Allah SWT kepada Rasulullah SAW iaitu kalimah iqra' (Bacalah), maka benarlah manusia perlu meletakkan kalimah itu setiap masa hingga ahir hujung usianya, membacalah sehingga ke liang lahad. Tidak akan rugi dan beruntunglah dia.

Namun, bacalah novel, buku, majalah, tesis yang boleh menambah nilai ilmu terutamanya berkenaan Islam dan kehidupan, juga yang boleh mematangkan diri.

Untuk langkah yang pertama bacalah novel-novel ini. Dengan buku ini bukan saja saya dapat menambah nilai ilmu tapi juga dapat mengenali dunia luar.


Alhamdulillah
Wallahualam

~~
inanNaurah
20141106
922aam



--
library













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad