Wednesday, 4 December 2013

Bila Sejarah dan Ibrah Bersatu

***

Sejarah, bukan hanya semalam, bukan dua malam, bukan seminggu, bukan bertahun-tahun yang lepas sahaja. tetapi sejarah adalah suatu perkara yang akan berterusan selama-lamanya, hari ini juga sejarah, hari esok juga akan menjadi sejarah.

Sebenarnya sejarah adalah suatu ibrah, suatu pengajaran yang sangat berharga jika sejarah itu diambil iktibar dan tidak kita biarkan ia berlalu tanpa dianalisis, tanpa difikir dan tanpa dinilai.




Ibrah yang baik, perlu kita ambil iktibar dan dijadikan panduan untuk kita jadikan hidup kita, iman kita semakin meningkat di sisi Allah SWT. Namun, jika sejarah yang telah terhasil adalah buruk, itu juga kita perlu ambil iktibar, agar kita tidak menjadikan ia salah satu daripada kisah hidup kita. Tidak melakukan salah yang sama berulang kali.

Jadi, bacalah sejarah-sejarah yang tersingkap kerana banyaknya ibrah.
Bacalah kisah-kisah benar, banyak kisah-kisah penceritaan yang diceritakan dalam al-Qur'an, dalam Hadith, dalam kitab-kitab yang lalu.

Nescaya, kita akan lebih menghargai kehidupan, lebih berjaya dalam hidup, lebih bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan, lebih mencintai ilmu, lebih mencintai Para Rasul, Anbiya', Ulama', dan segala perkara baik, inshaAllah.

Jom membaca sejarah,  #book.
Jom mendengar Ibrah #ikim.fm.
Jadikan sejarah hari ini, sejarah yang baik dan berterusan. #istiqamah.


Saya suka ikim.fm#segmen ibrah#sejarah# 
Alhamdulillah :)





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad