Sunday, 8 December 2013

Antara Pelangi dan Air Mata: Hebatnya Kuasa Alhamdulillah


***

Dulu, saya beli handphone Alcatel, kena tambah rm50 je dengan guna rebate. Kemudian, ingatkan handphone itu akan kekal dengan saya tapi bila adik nak, saya bagi pada dia. Redha dan ucap alhamdulillah saja. Ada juga rasa sedih, tapi sekejap je. Saya yakin ada hikmahnya inshaAllah. Allah lebih tahu.

Sekarang, saya dapat beli handphone samsung galaxy grand dan memang sangat kena dengan jiwa saya. Alhamdulillah, handphone yang jauh lebih baik daripada yang sebelumnya. Jadi apa hikmahnya?



Ya.. Allah SWT tahu apa yang sesuai dengan diri kita. Dia dah sediakan yang terbaik untuk kita. Dia sebenarnya nak yang lebih baik untuk kita dalam apa jua perkara pun. Saya dapat yang lebih baik daripada apa yang saya nak dan lebih daripada apa yang saya jangka.

Kalau lihat dari persepektif jodoh pun macam tu. If korang rasa dah jumpa seseorang yang benar-benar sesuai tetapi Allah SWT tarik dia kemudiannya. Itu bermakna dia tak sesuai dengan diri kita sebenarnya. Pasti ada orang lain yang lebih baik daripada orang yang kita rasa dah baik untuk kita tu. Kena yakin dan bersangka baik dengan Allah SWT selalu. SELALU. ^_^

Bersyukurlah dalam apa jua perkara. Allah SWT pasti dah sediakan yang terbaik dan lebih baik  daripada apa yang pernah kita dapat. InshaAllah :)

Kita sangka panas sampai ke petang,
Namun hujan di tengahari,
puas kita merintih-dan merintih.
Rupa-rupanya selepas hujan..
Ada hadiah yang indah Allah SWT nak bagi.
Ada PELANGI yang indah.



Tiba-tiba saya teringat dengan satu kisah ni. Nak dengar satu cerita? Cerita ni best.

***

"Alhamdulillah.." Kata si pembantu yang melihat jari sang raja terpotong.

"Kenapa kamu mengucapkan Alhamdulillah sedangkan jari beta telah terpotong?"

Si pembantu kepada si raja hanya mendiamkan diri dan banyak-banyak mengucapkan Alhamdulillah di dalam hati.

"Kamu dipecat!" Kata si raja.

"Alhamdulillah." Ucap si pembantu tersebut.

***

Dengan ketiadaan pembantu yang telah dipecat tadi. Si raja pergi berburu juga kerana dia terlalu rindu untuk berburu. Namun, dia telah tersesat, biasanya pembantu tersebut yang menunjukkan jalan.

"Ini, kita jumpa manusia. Boleh kita masak untuk dipersembahkan kepada raja kita. Tentu Baginda gembira." Kata sekumpulan orang asli yang telah bertemu si raja tadi. Si raja telah ditangkap dan telah disiap-siapkan untuk dimasukkan ke dalam kawah yang besar.

"Jari dia telah terpotong!" Jerit salah seorang daripada mereka.

"Kita tidak boleh persembahkan manusia yang tidak sempurna kepada raja kita!" Teriak seorang asli yang lain.

Kemudian, si raja terus dilepaskan dan dia berjaya pulang ke istananya.

"Panggil si pembantu beta yang telah beta pecat dulu. Beta sangat ingin bertemu dengannya."

Kemudian, datang si pembantu menghadap si raja tersebut.

"Beta telah tahu kenapa kamu mengucapkan Alhamdulillah dahulu. Beta sangat bersyukur kerana jari ini terpotong. Dengan itu, beta terselamat daripada menjadi jamuan kepada orang asli di dalam hutan."

"Alhamdulillah.." Kata si pembantu.

"Kamu tidak marah kenapa beta pecat kamu dahulu?"

"Alhamdulillah Tuanku. Tuhan telah menyelamatkan saya. Jika saya tidak dipecat oleh Tuanku. Tentulah saya yang akan menjadi jamuan kepada mereka kerana badan saya yang sempurna."

Raja tersebut memandang si pembantu dengan wajah yang sangat bersyukur. "Hebatnya kuasa Allah SWT.
Hebatnya kuasa Alhamdulillah."

****


Setiap sesuatu ada hikmahnya.
Say Alhamdulillah always and always.
Bukalah Mata Hati pasti kita akan temui banyaknya permata daripada kaca.

 








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad