Saturday, 28 December 2013

Man Jadda Wajada



***

"Kenapa Guru sayangkan Ahmad lebih daripada sayangkan saya. Padahal dia baru sahaja datang ke sini sedangkan saya yang lebih lama di sini."

"Panggil semua orang berkumpul di laman hadapan sekarang."

Semua pelajar dipanggil ke laman hadapan termasuk Ahmad dan Ali.



"Sekarang, Guru nak kamu Ali angkat lembu ini ke atas bumbung rumah ini."

"Besarnya lembu ni Guru, mana saya mampu nak angkatnya." Ali dengan mudah menyerah kalah.

"Sekarang kamu Ahmad, angkat lembu ini naik ke atas bumbung rumah ini."

"isk..isk..beratnya.." Ahmad terjatuh dan terjatuh lagi. Setelah berulang-ulang kali mencuba.

"Saya minta maaf guru, saya sudah mencuba sedaya usaha saya namun saya tidak mampu untuk mengangkatnya ke atas."

"Sekarang Ali, kamu faham kenapa Guru lebih sayangkan Ahmad?. Walaupun nampak mustahil untuk dilakukan tetapi Ahmad mencuba sebelum menyerah kalah. Dia patuh pada arahan pemimpinnya walaupun dia tahu mustahil untuk dia lakukan."

"Kamu ingat apa yang Guru pernah ajar di kelas. Kisah burung pipit yang tetap berusaha untuk menyejukkan api yang sedang marak membakar Nabi Ibrahim namun dia tetap juga berusaha untuk memadamkannya walaupun badannya kecil. Itulah usaha, Allah tidak melihat hasil apa yang kita lakukan tetapi usaha dan usaha. Jika tidak berhasil maka redhalah pasti ada hikmahnya, namun jika berhasil Alhamdulillah."

Ali tertunduk insaf.



***

Berusaha, berdoa barulah bertawakkal adik-adikku,
Selamat menempuh Ujian akhir semester.

Kejayaan bukanlah suatu penamat tetapi sebuah perjalanan,
Perjalanan menuju redha-Nya, inshaAllah.

^__^

Inan Naurah
20131229
1113am




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad