Aiman Azlan
Langitlahi.com
Daripada artikel Aiman Azlan di Langitilahi.com saya ringkaskan artikel ini. Apa yang saya dapat daripada artike itu adalah ia berkenaan dengan sikap orang dewasa pada masa kini yang lebih serupa dengan perangai kanak-kanak atau boleh dikatakan sebagai tidak matang.
Dalam psikologi, manusia hanya dibahagikan dengan dua kategori sahaja iaitu kanak-kanak dan dewasa. Namun ianya telah mengalami fasa perubahan sekitar 200 tahun yang lalu, dan fasa itu dinamakan fasa adolescence (fasa pertengahan). Remaja digolongkan dalam fasa ini.
Pemikiran ini jauh telah meresap ke dalam minda masyarakat kita pada masa kini. Hal ini secara jelas bertentangan dengan agama Islam kerana Islam hanya membahagikan manusia kepada dua golongan sahaja iaitu golongan kanak-kanak dan dewasa.
Sebenarnya menurut Islam tidak ada istilah remaja yang mereka maksudkan. Setelah manusia baligh, dia akan terlepas daripada zaman kanak-kanaknya dan dosa pahalanya perlu ditanggung oleh dirinya sendiri. Hal ini jelas dalam sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud:

“Pena catatan amal itu tidak diangkat (tidak dicatat amalnya) untuk tiga orang, yakni orang gila sampai dia sedar, orang tidur sampai dia bangun, dan anak kecil sampai dia baligh.” (Hadith Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh Al-Albani)
Menyorot kembali kisah-kisah pemuda Islam pada zaman Rasulullah SAW yang hebat jihad juangnya dan kukuk kepimpinannya pada usia yang muda.
Menyorot kembali kisah-kisah pemuda Islam pada zaman Rasulullah SAW yang hebat jihad juangnya dan kukuk kepimpinannya pada usia yang muda.
1. Usamah bin Ziad
Mengepalai bala tentera Rom ketika berusia 18 tahun.
2. Saidina Ali r.a
Menggantikan Nabi SAW di tempat tidurnya ketika kaum Quraish ingin membunuh Baginda SAW pada usia 10 tahun.
Benar, mereka ini hidup di zaman Rasulullah SAW. Cuba kita lihat pula golongan yang tidak hidup di zaman Rasulullah SAW:
1. David Farragut
Admiral pertama Amerika Syarikat yang berjaya menawan dan mengawal sebuah kapal British sewaktu berusia 12 tahun.
2. Thomas Jefferson
Presiden ketiga Amerika Syarikat yang mengendalikan seramai 250 pekerja di sebuah ladang besar ketika berusia 12 tahun.
3. Sir Richard Branson
Seorang jutawan British yang berjaya melancarkan bisnes pertamanya ketika hanya berusia 19 tahun.
Mereka juga telah berjaya dalam usia yang muda walaupun tidak hidup di zaman Rasulullah SAW. Jadi kita bagaimana?
***
Sehubungan itu, apa yang kita dapat daripada perkongsian artikel oleh Aiman Azlan ini?
Asahlah minda untuk berfikir secara matang, kritis dan kreatif. Lepaskanlah diri dari fasa kanak-kanak. Zaman kanak-kanak kita sudah jauh berlalu sekarang kita perlu mengangkat jihad juang kita untuk berjuang di jalan Allah SWT, meninggikan Islam, menyeru manusia kembali kepada ajaran-Nya.
Saya teringat dengan perkongsian yang dikongsikan oleh Puan Nor Azlina iaitu ibunda kepada seorang pemuda yang telah diangkat kehebatannya oleh Allah SWT setelah kematiannya, iaitu Ahmad Ammar Ahmad Azzam. Dalam perkongsiannya di USM baru-baru ini beliau bercerita bahawa dia dan suaminya telah bersepakat untuk mengkhatankan arwah Ahmad Ammar seawal usia tiga hari.

Dengan itu,mereka mengharapkan agar arwah Ahmad Ammar akan matang lebih awal. Ya terbukti, arwah anaknya matang awal dengan izin Allah SWT. Namun zaman kanak-kanaknya tidak tergugat dengan kematangannya itu. Dia tetap melalui fasa kanak-kanak dengan baik, kematangannya terserlah selepas baligh.
Minda dan akalnya mengatasi usia. Jihadnya tinggi, akhlaknya baik. Icon manusia yang baik ini masih hangat dibincangkan dan masih disebut-sebut dalam kalangan masyarakat. Secara jujur, arwah telah mengangkat semangat juang saya juga dan mengubah perspeksi saya pada banyak perkara.
Oleh itu, kita yang masih hidup dan masih membaca artikel ini, cuba kita tanya pada diri di tahap mana kita sekarang? Adakah sudah matang dalam membuat perkara-perkara yang membuahkan jihad dan semangat kepimpinan? Atau masih berbasa basi dengan zaman kanak-kanak dulu?

Pisau yang tajam lama-lama akan tumpul,
Minda yang tidak diasah lama-lama berkarat.
Wallahualam..
Inan Naurah
20131226
No comments:
Post a Comment