Saturday, 8 February 2014

Biarlah alunan menerjemahkan sebaris kata

***

Pernah dengar lagu tak? Saya yakin semua orang pasti pernah dengar lagu, sama ada lagu berbentuk islamik atau tidak. Alunan lagu mempunyai lirik-lirik yang kadang-kadang sangat bermakna dan menyentuh hati. Ada juga yang sampai buat orang menitiskan air mata dan berubah.



Saya? Saya suka nasyid yang mempunyai lirik lagu yang ada nilai Islam. Sebab kadang-kadang manusia mudah lalai dengan lirik yang tak baik, kita pula ada potensi pelupa. Bila iman naik rasa sangat dekat dengan Allah SWT, dan tak kisah dengan apa pun hiburan dunia tapi bila sekali iman turun, banyak pula karenahnya, lalai.

Sebab tu saya lazimkan diri saya untuk dengar alunan nasyid je. Banyak makna yang tersurat dan tersirat kalau kita analisis liriknya satu-satu. Baru-baru ini murabbi saya analisiskan kami lagu Sudah Sunnah Orang Berjuang yang dialunkan oleh kumpulan Rabbani. Nak tau lirik dia? Ni dia.

Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri
Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu
Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang
Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang
Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri
Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Perjuangan tetap diingati
Sudah sunnah orang berjuang

Cuba hayati satu-satu. Best kan ^_^

Wassalam
inanNaurah
20140209
109pm





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...