Saturday 15 February 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar

***


Alhamdulillah, selesai membaca buku cerita cinta Ahmad Ammar yang merupakan seorang sehidimiz, seorang yang telah syahid di bumi Turki. Buku ini adalah himpunan cerita cintanya bersama orang-orang sekeliling yang rapat dengannya. Mereka bukan sahaja bercerita berkenaan dengan akhlak beliau tetapi juga harapan dan kasih sayang beliau pada ummah.

Antara orang terdekatnya yang menulis dalam buku tersebut ialah, ibunya Puan Nor Azlina. Ayahnya, tuan Ahmad Azzam, kakaknya, abang ipar, ustaz Hasrizal serta sahabat-sahabat rapat di sekolah mahupun di Turki. Cerita yang mereka ceritakan, masyaAllah baik-baik belaka berkenaan dengan akhlak Ahmad Ammar. Bukan tujuan untuk mengagungkan beliau tetapi untuk dijadikan teladan, sebagai pencetus ummah dalam keadaan ummah yang semakin tenat dan sakit jiwanya.

Jarang ada anak muda yang berakhlak mulia dengan begitu sekali melainkan lahirnya daripada pendidikan yang berterusan dan berakar umbi dengan benih Islam sejak kecil lagi. Saya akui kepimpinan yang mendidiknya adalah sangat baik sehinggakan lahir dirinya dengan akhlak yang sangat baik.

Tambahan pula, niat yang telah diniatkan oleh ibu ayahnya menjadi penentu kepada pembentukan dirinya. Doa tentu sekali. Banyak yang saya belajar daripada arwah. Antaranya, dia meletakkan satu target dan dia tahu apa yang dia inginkan pada masa hadapan yang semuanya adalah untuk kebaikan ummah. Apabila kita sudah ada targer dan matlamat, hala tuju kita akan terpandu dan tersusun. itu sangat benar. yang utamanya niat kita, kenapa kita nak buat semua itu. untuk Allah SWT atau untuk diri kita sendiri.

Apabila saya lihat pengalaman saya sendiri, jika sesuatu yang saya niatkan dan buat target dalam diri saya unuk mencapai suatu tahap, walaupun perkara tersebut nampak mustahil. Namun, apabila sudah ada niat dalam diri, Allah SWT akan mudahkan inshaAllah jika kita niat dengan sungguh-sungguh.


Gambar di bawah menunjukkan visi dan misi Ahmad Ammar semasa hidupnya:




Nak tahu yang lebih lanjut berkenaan dengan beliau dan matlamat-matlamatnya. Boleh beli buku ini.  Akhlak daripadanya yang boleh ditiru, yang sememangnya akhlak tersebut adalah qudwah hasanah daripada Rasulullah SAW.

Wallahualam
inanNaurah
20140215
0657pm





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad