Thursday 20 February 2014

Sakit yang dianggap Biasa

***

Banyak perkara yang berlegar dalam minda saya sejak dua menjak ini. Menjadi berat kerana susahnya mencari ubat. Ya, ubat kepada masyarakat yang semakin ramai buta mata hatinya sendiri dan tidak mahu pula mengubati ketika sedang sakit malah membiarkannya menjadi tenat.

Sebenarnya apa yang saya nak utarakan adalah mereka yang tahu, yang banyak ilmu agamanya, yang sedar akan anutan agama yang diikutinya tetapi tidak mengamalkan apa yang mereka tahu. Atau cara mudahnya menganggap itu secara mainan dan tidak berusaha untuk mengekalkan apa yang benar tetapi lebih selesa dengan meninggalkan apa yang memang hati sudah mempercayainya bahawa benar.



Kebelakangan ini, saya asyik melihat sahabat-sahabat yang asalnya daripada sekolah agama, bahkan sesetengahnya ada yang mengambil aliran arab tetapi sudah mencintai perkara biasa yang sudah diyakini sebagai dosa, tetapi mengambil perkara tersebut untuk menyelesakan kehidupan.

Saya percaya bukan seorang dua yang mengalami perkara seperti ini. Dosa dianggap sebagai mainan sahaja. Sakit yang biasa, tidak perlu dirawat dan tidak perlu kepada sihat.

Hati cukup menderita untukk melihat umat tidak kasihankan diri mereka sendiri sebaliknya menjuruskan diri kepada kehinaan yang boleh menjerumuskan diri pada neraka. nauzubillah.

yang dulunya muslimah yang setia dengan stokin kini hilang di sebalik selipar sandal yang comel.
yang dulunya bertudung labuh, kini singkat sampai ke leher.
yang dulunya bersarung lengan, kini menyisih ke tiga suku.
yang dulunya mengajar mengaji, kini mengaji jadi aktiviti ketika lapang.
yang dulunya berkurung cantik, kini seluar ketat dan t-shirt jadi pilihan.

Ya Allah, kau bantulah kami dan mereka.
Untuk mendapatkan solat yang khusyuk dan sempurna, kerana hanya dengan itu penawar kepada segala kejahilan dan agar kami dapat memilih kebaikan yang benar di sisi-Mu, Ameen.

Mungkin tulisan saya ini agak berat, tetapi amat bimbangkan ummat masa kini, keluarga sendiri, sahabat-sahabat sekeliling, pemimpin masa hadapan. Apa yang akan terjadi dengan kita juga mereka apabila melihat keadaan masyarakat yang semakin hari semakin sakit tapi dianggap sakit yang biasa.

Ada baca tulisan Ustaz Hasrizal? Pemikiran skeptis umat Islam semakin menular, kita pula seperti biasa meninggalkan perkara yang berpahala dan lebih selesa mengejar dosa..

Silapnya siapa? Hukum Tuhan atau diri sendiri?

Ya Allah kau bantulah kami menuju jalan yang lurus. Bimbinglah kami, arahkan hanya pada kebenaran yang satu. Ameen Ya Allah.

InanNaurah
20140220
1019pm












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad