Wednesday 5 February 2014

Siapa Sang Pemurah?

***

Seminggu tak menulis, rasa ada sesuatu yang hilang.
Benarlah, istiqamah akan setiakan kita dengan amalan. Bila hilang pasti jiwa rasa tak tenteram dan kosong.

Begitu juga dengan pengisian ilmu dalam dada. Ilmu merupakan makanan bagi rohani untuk setiakan hati dengan amal baik. Ilmu yang benar-benar diamalkan pula perlu kepada hati yang bersih. Itu kerana hatilah punca segala amalan, niat kena betul, hati ikhlas dan yakin hanya pada Allah SWT.



Empat hari balik ke kampung. Terasa benar pengisian daripada ayah walaupun hanya beberapa saat. Penekanan ayah kepada keikhlasan hati dan buat semua niat kerana Allah SWT. Kata-kata itu diulang-ulang bila ada kesempatan dan bila ayah nampak niat kami menyimpang daripada yang benar. Hmm..

Berfikir berkenaan perkara ini, bila dalam perjalanan ke rumah sepupu. Saya berfikir-fikir berkenaan dengan hari semalam. Ramai saudara yang datang bertandang, rasa macam hari raya puasa sedangkan kamu cina yang menyambut perayaan. Bagus juga macam ni, bila cuti yang banyak ramai saudara mara yang akan bercuti dan datang bertandang.

Walaupun arwah nenek dah lama tiada. Alhamdulillah, mereka tidak lupa untuk menjenguk kampung halaman. Bila saya berfikir berkenaan dengan hari semalam, apabila menjamu apa-apa sahaja yang ada di rumah. Siapa sang pemurah sebenarnya?

Apa yang saya boleh definisikan pada diri saya sendiri, sang pemurah adalah mereka yang bahagia apabila memberi. Rasa nikmat dan senang ketika menghulurkan sesuatu kepada orang lain. Sang pemurah bukan merasa hebat ketika dapat memberi bantuan, wang atau apa sahaja pada orang lain, bukan hendak menunjuk-nunjuk dan bukan pula rasa kesian. Rasa kesian belas boleh hadir tapi hati takkan merasakan keikhlasan yang sebenar.

Ini berdasarkan pengalaman saya. Tidak semestinya betul. Itulah definisi sang pemurah bagi saya. Pemurahnya dia dengan melihat kebahagiaan orang lain. Tidak ada langsung di hatinya untuk memandang rendah pada si penerima, merungut-rungut, tidak bersungguh dalam pemberian, sang pemurah selalu melakukan yang terbaik untuk memberi dan merasa bahagia dengan kebahagiaan orang lain.

Pada saya, orang yang pemurah dan benar-benar ikhlas, walaupun dia buat suatu perkara yang kecil dia akan mendapat ganjaran ataupun perhatian daripada ramai orang. Sedangkan dia sendiri merasakan apa yang dia buat hanyalah suatu yang kecil. Ini kerana dia hanya mengharapkan redha Allah SWT. Sebenarnya  itulah yang benar, itulah matlamat sebenar kehidupan. Mardhatillah (menuju redha Allah SWT).

Siapa sang pemurah? Awak la, awak yang suka senyum tu ^_^
SebarkanSenyuman.



Wallahualam.

inanNaurah
20140206
905am






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad